Saturday, November 15, 2008

~~BERAKHIRNYA SEM NI..~~


Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua,syukur ke hadrat Allah S.W.T,kerana memberi kesihatan yang baik kepada kita semua,selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w,ahli baitnya, para sahabat baginda serta seluruh umat Islam..

Lama rasanya,Minda Islami ni sunyi daripada post2 terbaru,semuanya sbb sibuk menjalani kehidupan seharian selain daripada last exam yang baru habis..alhamdulillah..

Erm,kali ni saya cuma nak paparkan beberapa incident yang terjadi kepada diri saya sepanjang sem ni. Ada yang sedih,lawak dan sebagainya,tapi semuanya,beri pengalaman yang berharga buat diri ini...alhamdulillah..

Firstly: Hampir terjatuh tangga semasa nk turun beli nasik kat cafe CG,tapi ..alhamdulillah.. nasib baik tak cedera atau luka..alhamdulillah..

Second: Saya dan seorang kawan terpaksa berlari ke Dewan Utama Pelajar (DUP) daripada foyer DK, untuk jawab test,gara2 tempatnya diinform last minit..penat..tapi alhamdulillah dapat masuk n jawab dengan sempurna...huhu..tapi apapun alhamdulillah,syukran Ya Allah..

Third: Terlanggar tiang lampu masa balik drp pasar malam..huhu,kawan2 yg lain dah jalan kat dulu,depan masjid Al-Malik Khalid USM..semuanya gara2 jalan tak tengok depan..tengok tepi..nasib baik la..org tak ramai..n ada makcik pegawai keselamatan di pondok keselamatan tu,n beberapa org student bawah pondok rehat tu..harap2 depa semua tu tak perasan la..heh.. apapun,sakit la jgk dahi ni..( Malu..tapi buat relax ja..) kawan2 saya kat depan ingat barang jatuh..heh..bila bgtau depa..semuanya gelak..heh..

Seterusnya: Tolong bbrp org pegawai Pusat Kesihatan angkat seorang student yang kakinya sakit,masa nk turun cafe..alhamdulillah..moga kaki kawan kita ni dah sihat..insyaallah..

Lastly: Minggu study,pastu exam...harap semuanya berjaya n dapat gred yang baik..insyaallah..
Exam start 5/11-14/11..alhamdulillah..dah habis..

P/s: Buat semua yang masih on the way exam, teruskan berusaha..moga Allah permudahkan urusan kita semua..insyaallah..buat yg nk blk kmpg..slmt blk n slmt bercuti..moga sem depan kita jumpa lagi,insyaallah..dan isikan masa cuti dgn perkara2 yang bermanfaat..

Syukran kpd sahabat2 semua especially for my roomate (Ina), syukran atas segalanya,n mintak maaf banyak2 klw terkhilaf sepanjang sem ni..smg berjaya dlm exm 21/11 ni..insyaallah. Buat kakak2 yg akan berLM atau praktikal smg berjaya...Syukran n mintak maaf jgk buat Kak "G",sbb selalu bagi nasihat,semangat,n lawak2 yang mencuit hati ini..heh..Syukran untuk semua..

Kat sini saja kali ni..salam perjuangan..wasalam..


..Faqirah Marhamah Mokhtar..
..15/11/08..
..1:35 PM..
..H34/338 CG..
..USM..

Thursday, October 23, 2008

~~KEINSAFAN BUAT DIRIKU~~


Assalamualaikum dan salam perjuangan semua,syukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberi kesihatan yg baik dalam meneruskan kehidupan yg penuh mencabar ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli baitnya,dan para sahabat baginda sekalian.

Kali ni saya hanya nak coretkan dengan ringkas sekali, perkara yg memberi keinsafan kepada diri drp suasana persekitaran yang mencabar dan serba moden sekarang ni...huhu..

Herm,dalam bercerita dan menjalani kehidupan seharian,macam2 perkara yg kita dgq,yg kita buat dan terbuat,yang mana kadang2 tu tersasar daripada landasan yang Allah tetapkan..erm..cmna tu ya..? Mcm ni, kadang2 kita sering mendengar sesetengah org bercerita dgn selambernya ttg sesuatu perkara yang melanggar hukum Allah dan seterusnya memberi alasan yang tak relevan, dan tak dapat diterima dek akal yang waras kita sebagai seorang muslim.. ( Disini,saya tak nak detailkan ttg perkara yg dibuat,kerana terlalu banyak jika mahu di senaraikan, cuma terpulang kepada sahabat2 untuk berfikir perkara atau perbuatan2 yg termasuk dalam ruang lingkup penulisan saya di atas).

Dan..apa yang saya nak tegaskan di sini ialah, jangan hanya kerana faktor keduniaan dan kemodenan hidup seperti kemesraan dalam berkawan,kita sebagai seorang muslim melupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim ya...peringatan ni untuk diri saya sendiri dan sahabat2 yang saya sayangi semua..

"Fikir sebelum bertindak..."
"Jangan menghalalkan sesuatu cara bagi mencapai matlamat kita"
"Jangan mengabaikan Hukum Allah hanya kerana kemodenan hidup masa kini"
"Jangan hanya dgn sesebuah kemesraan dan sesuatu hubungan, kita melanggar Hukum Allah"


Kat, sini sahaja coretan saya kali ini, fikir-fikirkan dan semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan pada setiap masa dan ketika,insyaallah..

Semoga Allah memberkati kita semua,insyaallah..
Wasalam..

..Faqirah Marhamah Mokhtar..
..USM,Penang..
..2.45 am..
..malam yg hening..

Friday, October 17, 2008

SUBHANALLAH vs FUYOO@ FULAMAK

Subhanallah,cantiknya awan ni ya...

Salam kembali sahabat2 semua..apa khabaq?..firstly..syukur ke hadrat illahi,sbb masih diberi kesihatan yg baik buat kita semua,selawat dan salam kpd junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli baitnya dan para sahabat baginda semuanya.

Lama tak saya tak postkan sesuatu dlm blog ni..sibuk rasanya,kdg2..rasa malas menyelubungi diri ini mnyebabkan Minda Islami ni sunyi drp post2 terbaru..

Erm..kali ni saya nk ketengahkan kalimah Subhanallah dan fuyooo..hah,mesti sahabat2 confius ttg tujuan saya ni ek..Sebenarnya,mcm ni..idea ni saya dapat apabila saya membelek2 majalah di kedai buku USM tempoh hari dgn seorg kawan. Ermm...perkataan ni sering kita dgq bila seseorg memuji sesuatu yg disukai atau ciptaan2 yg cantik dan mengagumkan. Tak kira la..perkara yg dipuji tu Allah yg ciptakan atau sekadar ciptaan manusia..

Tapi la ni,apa yg slalu kita dgq bila org puji sesuatu yg cantik atau yg depa kagum,mesti..perkataan yg keluar drp mulut kebanyakkan org ialah.."fuyoo,cantiknya","mak oii,segaknya","huihhhhhh..kagumnya aku",dan mcm2 lagi yg disebutkan..kalimah2 mcm ni yg slalu keluaq drp mulut kebanyakkan org. Jarang kita dgq org sebut kalimah,"SUBHANALLAH,cantiknya"..betul tak..ya kan..? Tak selalu kita dgq kan?..tambah2 dlm kalangan muda mudi kita lani..huhu..sedih bangat..

So..saya nak sarankan dan nasihatkan buat diri saya n sahabat2 semua,banyakkanlah,berkata Subhanallah bila kita tgk sesuatu yg kita suka @ kita kagum..selain kita memuji kehebatan Allah..secara tak langsung..itu merupakan zikir kita kpd Allah..drp sini jgk..kita dapat pahala,drp sebut perkataan kosong mcm "fuyoo @ fulamak.."dan seantero dgnya tu... ingat tu...

Selain itu jgk..dgn byk mengucap kalimah2 spt SUBHANALLAH ini,ia akan menjadikan kita lebih dekat kepada ALLAH S.W.T,rasa kerdil sebagai hamba Allah..dan hati akan selalu memuji dan mengagungkan ciptaan Allah...insyaallah..

Oklah..kat sini aja..buat kali ni..salam kasih sayang dan salam berjuang semua..

wassalam..



..Faqirah Marhamah Mokhtar..

...2.41 pm,CG..

..17/10/08..

..USM penang..

Monday, September 15, 2008

~~PENGHARGAAN BUAT AYAH~~


Assalamualaikum dan salam ramadhan buat muslimin dan muslimat semua. Salam kasih sayang saya kepada sahabat-sahabat dan smga dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu..insyaallah..

Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk merasai nikmat ramadhan pada hari yg ke-15 ini,rupanya..dah dipertengahan ramadhan ya.. kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli baitnya,para sahabat a'laihimussalatuwassalam serta seluruh umat Islam di muka bumi ini.

Kali ni..saya meluangkan masa saya skit untuk mencoretkan sesuatu di dlm blog ni, setelah lama tak sempt nk coretkan sesuatu. Agak sibuk rasanya diri ini,terutamanya dgn kedatangan bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Dalam bulan ramadhan ni,semuanya rasa nak buat kerana mengingatkan ganjaran pahala yang Allah nak berikan kepada kita. So, jomlah kita sama-sama berlumba mengutip ganjaran pahala yg nk Allah berikan kepada kita, dan menebus kesilapan dan dosa-dosa kita yang lalu..

Sebenarnya,tujuan utama sya menulis pd kali ini,sebabnya nk mengucapkan slmt ulang tahun kelahiran ayahanda saya yang tercinta iaitu Haji Mokhtar bin Mohamad, yang bakal jatuh pada esok hari iaitu 16 September 2008. Ni,merupakan ulangtahun yang ke-69 ayahanda saya. Herm..dah dekat 70 dah umuq ayah saya ni...



Apapun,di kesempatan ni,cek..nak mengucapkan selamat hari lahir @ hapy birthday kat ayah. Cek doakan semoga ayah sentiasa sihat, dapat melakukan amal ibadah dgn sempurna, sentiasa ceria dan dilindungi Allah selalu..

Erm...lama rasanya tak dgq ayah bagi tazkirah kat kami semua especially lepas makan pagi. Selalunya, untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua,ayah saya ni seorang yang suka bersembang dengan kami, anak2nya. Bila ada masa dapat dok sama2 ja, mesti ada topik yang akan disembangkan..sambil2 tu, diselang selikan dengan lawak2 spontan, tak kira la,lawak tu drp ayah, mak, atau kami sendiri. And, setiap kali dapat berkumpul mesti suasananya akan kecoh..sbb walaupun bincang tajuk serius..tapi, akhirnya, di sudahi dgn isu2 yang lawak..heh..rindunya..lama jgk tak balik rumah ni..rasanya dah dekat tiga minggu dah ni..huhu.. takpa..sabaq2..insyaallah 26 hrbln ni smpi jgk di kmpg..insyaallah..

Owh..selain itu,tak lupa jugak..cek doakan smg ayah dapat menjalankan tugas sebagai seorang Imam yang di amanahkan dengan sebaik mungkin, dan dapat mengajak anak2 kariah menjadi mukmin dan muslim yang sentiasa taat kepada Allah S.W.T, insyaallah..And..cek jugak harap ayah dapat sabaq dalam mendepani karenah anak2 kariah yang bermacam2 dan dapat terus menjalankan misi dakwah ini dalam mencapai redha Allah azzawajalla..ameen..
Semoga ayah dan keluarga kita sentiasa diberkati dan berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu..tak lupa jugak buat semua umat Islam..insyaallah..


Lirik lagu AE-MAN

Ayah

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Album : Permata Ayah BondaMunsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com

Faqirah Marhamah Mokhtar..

15 Ramadhan 1429 Hijrah..
15 Sept 2008,
Meja study,bilik H34/338 CG.. 11:30 pagi..Isnin..
USM APEX..
P.Pinang..

Friday, August 29, 2008

SYA'ABAN DI PENGHUJUNG, RAMADHAN KIAN MENJENGAH..




Assalamualaikum, salam sya'aban,salam mempersiapkan diri dgn kedatangan ramadhan al-mubarak dan salam perjuangan untuk semua..

Firstly..alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberi peluang kepada kita bernafas dan menyedut udara di bumi ini dalam perjalanan menuju ke alam akhirat yg kekal abadi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w,ahli baitnya,dan para sahabat baginda a'alaihimussalatuwassalam..

Sedar tak sedar dan dalam kesibukan kita semua menguruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini,rupanya bulan sya'aban yg mulia ini kian hampir meninggalkan kita semua. Dan harapnya..bulan sya'aban yg hampir berlalu ini,meninggalkan banyak kenangan dan jaringan kejayaan kepada kita sebagai hamba Allah dan sebagai insan yg sentiasa berada dalam perjuangan menegakkan yg hak dan menghapuskan yg batil..insyaallah.

Hampir di penghujung sya'aban dan detik hari menjelang ramadhan ini,saya ingin mengemukakan sebuah hadis drpd Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

"Daripada Salman r.a meriwayatkan bahawa: " Pada hari terakhir Sya'aban, Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami:" Wahai manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yg tersangat berkat terkandung di dalamnya satu malam yg lebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulan yg Allah fardhukan puasa di siang hari dan menjadikan solat tarawih sbg sunnnah di malam hari. Sesiapa yg ingin menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik di bulan ini,maka akan dibalas kepadanya dgn ganjaran seolah-olah melakukan amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu.

Barangsiapa melakukan amalan fardhu akan dibalas kepadanya dgn tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran yg sejati ialah "Jannah;". Inilah bulan simpati terhadap sesama lainnya, di bulan inilah rezeki org2 beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada org yg berpuasa maka dibalas kepadanya dgn keampunan terhadap dosa-dosanya dan bebas drp api neraka jahanam dan dia juga memperoleh ganjaran yg sama sebagaimana org berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala org yg berpuasa itu.

Maka kami pun berkata: " Ya Rasulullah tidak kesemua kami mempunyai sesuatu pun yg dapat diberikan kepada org yg berpuasa makan untuk mereka berbuka. " Jawab Rasulullah s.a.w: " Allah akan mengurniakannya balasan kepada org yg memberi walaupun sebiji tamar kepada org yg berpuasa,ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa. " Inilah bulannya yg pada awalnya Allah menurunkan rahmat,dan pada pertengahannya Allah memberikan keampunanNya, dan pada akhirnya Allah membebaskan hambaNya drp api neraka jahanam."

Di dalam bulan ini berusahalah segiat-giatnya memperbanyakkan empat perkara. Dua di antaranya ialah untuk menyukakan Allah S.W.T,sedangkan yg dua lagi kamu tidak boleh lakukan tanpanya. Perkara yg dapat menyukakan Allah S.W.T ialah kamu hendaklah memperbanyakkan membaca "kalimah Tayyibah dan beristighfar. Dan perkara yg kamu tidak dapat lakukan tanpanya ialah kamu memohon kepada Allah untuk masuk syurga dan
berlindung dgnNya daripada dicampak ke dalam api neraka jahanam.

Barangsiapa memberi minum kepada org yg berpuasa, maka Allah akan memberinya minum drp telagaku (haud) yg sekali minum dia tidak akan kedahagaan lagi sehinggalah dia memasuki Jannah.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya.)

Ya Allah,dapat kita semua lihat drp hadis ini, bahawa begitu besarnya ganjaran yg Allah nak bagikan kepada kita dalam bulan ramadhan al-mubarak ini sehinggalah dgn hanya memberikan makan org yg berpuasa dgn sebiji tamar@ kurma. Drp hadis ini juga,dapat kita ambik iktibar bahawa begitu banyak sekali nk Allah bagikan kepada kita,dan apapun terpulang kepada kita samaada untuk kita rebutkan ganjaran ini atau tidak.

Sungguhpun begitu baiknya dan sayangnya Allah kepada hamba2Nya,tetapi masih lagi terdapat insan2 yg tak tahu bersyukur dan sering mengabaikan perintah Allah.Semoga kita semua sentiasa menjadi hamba2 yg bersyukur dgn rahmat Allah dan menegakkan amal ma'ruf dan nahi mungkar...insyaallah..

Di sini,saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat2 semua,bentuklah diri kita supaya menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah dan sentiasa mempertingkatkan amal ibadah dan amalan2 baik yg lain supaya kita memperoleh halawatul iman dalam kehidupan..insyaallah..

Insyaallah,semoga sya'aban yg kian berlalu pergi yg terkandung di dalamnya pelbagai peristiwa penting spt Nisfu Sya'aban dan sbgnya,dapat menyumbang kepada beratnya hitungan amalan di sebelah kanan kita..insyaallah.. Dan marilah kita bersama2 mempersiapkan diri dgn kedatangan ramadhan yg kian hampir ini, dan sama2 berlumba memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah..insyaallah.

Akhir kalam..selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak 1429 hijrah pada tahun ini, smga ramadhan kali ini memberi seribu kemanfaatan dan keberkatan kepada kita semua..insyaallah..

Salam ramadhan dan assalamualaikum kepada semua...


Faqirah Marhamah Mokhtar..
27 Sya'aban 1429 hijrah..
9:30 am..
29 Ogos 2008..
Jumaat yg ceria..
USM..






Monday, August 25, 2008

~PENGHARGAAN BUAT IBU~~

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua umat Islam di muka bumi ini.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi nikmat Iman dan Islam kepada kita semua. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w, ahli baitnya,dan para sahabat a'laihimussalamtuwassalam...

Ungkapan ibu,ummi,mak,mama, dan mami antara ungkapan yg biasa kita dengar apabila seseorang anak memanggil seorang insan yang melahirkan kita semua. Ibu,merupakan seorang insan yang mulia yang dikurniakan oleh Allah ketabahan,kecekalan dan segala sifat yang perlu kita sanjungi. Dan tidak semua insan di dunia ini yg berpeluang melihat wajah ibu mereka apabila mereka dilahirkan kedunia. Di sini, saya ingin tegaskan bahawa tingginya martabat ibu disisi Allah tidak dapat kita nafikan lagi..

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat Al-Hakim

Selain itu, Rasulullah ada menegaskan sebanyak tiga kali ttg soalan sahabat berkaitan siapa patut diutamakan dalam sesuatu hal,dan jawapan Rasulullah ialah..Ibumu,ibumu dan ibumu..

Selain itu,ingatkah kita tentang cerita Alqamah yang di saat kematiannya susah untuk mengucap shahadah. Ini juga adalah akibat drp kesan menderhakai ibu.Dan setelah ibunya mengampunkan kesalahannya,barulah Alqamah dapat mengucap dua kalimah shahadah dan pergi menemui Illahi dgn tenang. Di sini saya ingin tegaskan bahawa, martabat ibu di sisi Allah sangat tinggi dan mulia. Oleh itu, kita sebagai anak perlu mentaati ibu dan juga bapa kita dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu menghormati,mengasihi dan menyayangi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita. Semoga dgnnya kita dapat beroleh ketenangan dan dapat meraih redha Allah S.W.T.

~p/s~ "Buat mak..selamat menyambut ulang tahun kelahiran yg ke-59 pada esok hari, 'cek' doakan semoga panjang umur,dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik dan dapat melakukan amal ibadat dengan sempurna dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Tak lupa juga buat ayah, semoga dipanjangkan umur,dilimpahi dgn ketabahan,ketenangan,dapat berterusan melakukan amal ibadah kepada Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu..


"DOA ANAK UNTUK KEDUA IBU BAPA"


" Berdoalah kepada kedua ibu bapa kita setiap kali selepas sembahyang"
Faqirah Marhamah Mokhtar..
11:25 pagi..
25 Ogos 2008..
25 Sya'aban 1429 Hijrah..
Pagi yg gemilang..
P.Pinang..


Monday, August 11, 2008

~~MARHABAN YA SYA'ABAN~~

Assalamua'laikum dan salam kemesraan buat semua...

Selamat menyambut kedatangan bulan Sya'aban yang mulia ini dengan penuh keinsafan dan penuh dgn amalan yg dapat mendekatkan lagi jiwa hamba kita dgn Allah S.W.T..moga2 kita semua diberi kesihatan yg baik dan dalam rahmat Allah selalu..insyaallah..Oklah,kat sini saja..moga amal perbuatan kita yg baik diterima Allah dan diberi ganjaran pahala serta mendapat redhaNya..dan marilah kita seboleh-bolehnya menjauhkan diri kita drp melakukan perkara yg dilarang oleh Allah..insyaallah..ameen..

~~p/s: Tak lupa buat semua..selamat menyambut Nisfu Sya'aban pada 15 Sya'aban ni bersamaan 17 Ogos 2008..

...Faqirah Marhamah Mokhtar...
...9 Sya'aban 1429 hijrah...
... 11 Ogos 2008...
...mlm selasa yg mendidik jiwaku...
......9:55 malam.......

Thursday, July 31, 2008

~~BULAN REJAB VS OGOS~~

Assalamualaikum dan salam kesyukuran kepada Allah untuk semua umat Islam di bumi Allah ini...

Firstly,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memanjangkan usia kita dan dapat menyedut udara Allah di muka bumi ini,serta selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli baitnya serta para sahabat baginda a'laihimussalatuwassalam,dan tidak lupa juga kepada seluruh umat Islam yg berada di jalan Allah dalam usaha memartabatkan Islam di atas muka bumi ini..ameen..insyaallah.

Alhamdulillah,tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi yg berpuasa sunat ataupun menghabiskan puasa ganti pada bulan Rejab yg mulia ini. Tak terlambat rasanya,saya juga ingin mengucapkan selamat menghayati peristiwa Israk mikraj iaitu pada 27 Rejab yg lalu. Moga dgnya kita beroleh manfaat dan pengajaran drp peristiwa yg penting dalam kalender Islam tersebut.

Ermm....bulan Ogos,merupakan bulan yg bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana pada bulan inilah,negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan,dan tidak terkecuali pesta konvo yg akan giat berlangsung di kebanyakan universiti di negara kita.Bagi Universiti Sains Malaysia,pesta konvokesyen yg ke-38 dijadual berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos ini.Dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berkonvo kepada semua kakak2 dan abang2 kat USM ni especially kak erina,kak sern,kak basit,serta yg lainnya dan semoga beroleh kejayaan yg cemerlang pada masa depan..insyaallah..ameen

Ha'aa..then bagi diri saya sendiri serta sahabat2 yg lain,selamat berjuang dalam perjuangan memperoleh ilmu dan dalam jihad untuk mendapat redha Allah S.W.T..Moga kita semua akan sentiasa diredhai Allah dan diberi kelapangan olehNya..

p/s~~ Selamat berkonvo kepada kak saya sendiri iaitu kak Mahirah,yg insyaallah bakal menerima ijazahnya dalam bidang pendidikan (TESL) pada 6 Ogos ini di Universiti Malaya insyaallah. And buat mak n ayah serta family yg lain yg insyaallah bakal berangkat ke K.Lumpur insyaallah hari selasa minggu depan,semoga selamat pergi dan balik dan dalam lindungan Allah selalu. Tapi yg sedihnya,huhuk..huhuk...cek tak leh pi jgk la yg ni,sbb ada test n kelas 6 hrbln ni...huhu..sedihnya..teringin sangat nakpi..lps yg koklah n basyad pn takleh pi..=)Apapun selamat berkonvo buat kak mahirah n kawan2 yg lain..

Tak lupa juga selamat berangkat ke Sabah pada 8 Ogos ni, insyaallah,dalam langkah pertama memasuki dunia pendidikan yg sebenarnya kpd kak Mahirah,semoga dapat berdepan dgn anak2 murid yg pelbagai ragam dan dapat mendidik dgn penuh sabar dalam mencari redha Allah..insyaallah.

Apapun..selamat berjuang semua dan smga diredhai dan dirahmati Allah selalu..insyaallah..

...Faqirah Marhamah Mokhtar..
...31 Julai 2008...
...bersamaan 28 Rejab 1429 Hijrah...
...Petang yg damai dan suara azan berkumandang...
...4.52 petang USM,Penang...

Wednesday, July 30, 2008

PERLUKAH KITA BERSEDIH?


Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua....

Erm...perlukah kita bersedih dalam hidup ini? Dan ketika mana kita perlu bersedih...?
Bagi kebanyakan insan dan juga diri saya sendiri,bersedih atau sedih ini memang sudah lumrah kehidupan setiap insan di muka bumi ini. Hal ini kerana,sedih merupakan salah satu daripada perasaan halus manusia yg terluah apabila menghadapi @ mengharungi satu-satu masalah dalam kehidupannya,contohnya seperti menghadapi saat kematian org yg disayangi,dipersendakan orang,mungkin juga kecewa dalam percintaan dan sebagainya. Daripada peristiwa2 seperti inilah akan tergambar dan terluahlah kesedihan seseorang manusia dan juga bagi makhluk Allah yg lain. Hal ini adalah normal bagi seseorang manusia yang waras akal fikirannya.

Tetapi pokoknya,perlukah dan sesuaikah kita bersedih di atas perkara2 yg mungkin boleh dianggap remeh oleh sesetengah orang?. Pada pendapat saya dan mungkin juga bagi sahabat2 di luar sana, berpendapat bahawa,situasi sedih bagi seseorang manusia itu berbeza dan mengikut persepsi dan naluri masing2. Dan ianya mungkin perlu dan mungkin juga tidak perlu dan mungkin sesuai dan mugkin juga tak sesuai. Dan mungkin seperti contohnya, si A ini akan bersedih apabila dirinya rasa tak dipedulikan,manakala si B pula merasakan,situasi tersebut tidak memberi kesan sedih kepada dirinya.Hal ini bergantung kepada kekuatan diri seseorang dalam menghadapi dugaan dalam hidup ini.Apapun terpulang kepada pandangan individu itu sendiri.

Tetapi sebagai muslim,kita sepatutnya perlu bersedih dan perlu rasa sedih apabila tertinggal perintah Allah dan apabila terlanggar perintah Allah S.W.T.Bagi kebanyakan insan dan termasuklah diri saya sendiri,kita hanya akan bersedih apabila menghadapi masalah yg ada hubung kait dengan manusia atau dalam kata lain berkait dengan perkara2yang berkaitan hal keduniaan sahaja seperti gagal dalam peperiksaan,mungkin kecewa dalam percintaan dan sebagainya. Tetapi apabila perkara tersebut berhubung kait dengan perintah agama dan perintah Allah,kita seperti tidak sedih atau tidak mempunyai rasa sedih terhadap perkara tersebut. Ianya seperti contoh,kita kurang rasa sedih apabila terlewat solat,terlibat dalam pergaulan bebas yg jelas tidak disukai Allah,tidak menutup aurat dgn sempurna,dan sebagainya.Sepatutnya perkara2 seperti inilah yg lebih memberikan kesedihan kepada kita tetapi tidak bagi kebanyakan insan.

Apapun,kesimpulannya,bersedih itu perlu dan lumrah bagi setiap insan dalam menghadapi sesuatu situasi yg sedih dalam kehidupan. Tetapi,kita sebagai seorang muslim perlu rasa lebih sedih apabila melihat atau kita sendiri yg melakukan perkara yg bercanggah dgn agama.Dan apabila rasa sedih,letakkanlah pergantungan hati kita kepada Allah,supaya dgn ini kesedihan hati kita dapat diubati dgn cara yg paling indah dan paling cemerlang sekali.Hal ini kerana,kepada Allah selayaknya tempat kita mengadu dan meluahkan perasaan kita,kerana daripada Allah kita datang,dan kepada Allah kita kembali.

Motivasinya dan jawapannya di sini,rasa sedih itu perlu bagi setiap insan yg normal di dunia ini..
Akhir kalam,salam perjuangan dan teruslah menjalani hidup ini dgn gembira dan di atas landasan tg telah ditetapkan.

Renung2kan dan selamat beramal...

..Faqirah Marhamah Mokhtar..
..30 Julai 2008..
..10.00 pagi..
..pagi yg damai lagi ceria..
..desa CG H34/338..
..usm,Penang..

Saturday, July 26, 2008

~~CUTI HUJUNG MINGGU~~


Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua...

Erm...hujung minggu tu..hari apa ekk..? Mungkin ada yg masih tak mengerti lagi maksud cuti hujung minggu kan..? huhu...tapi harap sahabat2 semua dah tahu lerrrr.... Ok..bagi yg taktau tu,cuti hujung minggu tu selalunya jatuh hari Sabtu and Ahad bagi negeri2 cthnya,P.Pinang,K.L,Melaka dan Selangor,manakala hari Jumaat dan Sabtu pulak cthnya bagi negeri Kedah..

Erm..apa aktiviti hujung minggu kebanyakan org? Erm..klu dari segi pemerhatian saya selama saya hidup ni,selalunya, hujung minggu ni..org akan bangun tidor lewat(tido semula lps solat subuh..insyaallah),especially yg masih bergelar student..and ada pulak yg dok rumah sepanjang hari,bersembunyi dalam bilik sepanjang hari,tgk TV..walaupun ceritanya tak best,ngadap laptop,jalan2 and macam2 lagi la..hehe..opssss...ada lagi..balik kampung maaaa...

Hah..bagi student yg dok kat hostel pulak,slalunya,cuti2 camni,mesti rasa hostel sunyi ja..ye..la., kan ramai yg ambik kesempatan balik kampung, ziarah mak and ayah..Lps tu,rasa la mcm kita sorang aje yg ada duduk kat dalam bangunan ni..huhu..kot ya pun sunyi drp suara2 manusia,jgn la sunyikan hati kita drp ingat Allah ya..sahabat2 semua..
Tak kurang jugak yg time hujung minggu ni la..sstgh org tu, nak basuh baju2 yg bertimbun setelah seminggu tak dan basuh..Al-maklumlah,masing2 sibuk kan..and time ni la, hamba Allah(mesin basuh) ni sampai tak dan nak rehat..penat dia..kesian..huhu..hangin satu badan la mesin basuh ni,wlpn dia guna air..heh..

Erm,kat sini ja la..nak tulih panjang2 pun,dah tak larat..besa la..kan hujung minggu,bukan boleh buat fikir byk2 sangat,minda pun perlu rehat,spya tak jem dia..hehh...

Ok..wlapapun definisi dan aktiviti hujung minggu kita,yang penting,kita sbg org Islam,jgn lupa yg ibadah fardhu jangan ditinggalkan,malah disempurnakan,dan rajin2kan lakukan ibadah2 sunat,sbb time cuti2 ni la kita dapat lebih dekat dgn Allah,sebabnya,klu hari lain tu..kita kan selalu sibuk dan hanya sempat buat ibadah2 fardhu aja..tak gitu..
OK...kat sini dulu coret2 hujung minggu ni..renung2kan dan selamat beramal...("0";)


.......Faqirah Marhamah Mokhtar...
.................26 Julai 2008.....................
............23 Rejab 1429 Hijrah.......
...Sabtu,hujung minggu yg mendamaikan minda dan rohani....



Friday, July 25, 2008

~SENYUMLAH~




Senyum....mudah ka nak senyum? Ntahlah,kdg2 senang kdg2 susah....! Ye ke...?betui ka..?,
Ye la..betui maaaaaaaa....tak tipu...mana boleh tipu....;tipu kan berdosa maaaaaa.....huhuhu....

Dalam hidup sehari2,kita akan jmpa macam2 jenis orang,ada yg suka senyum,ada pula yg tak suka senyum and ada pula yg mukanya memang sentiasa tersenyum. Hah..,ada pulak org yg saya penah jumpa,memang suka senyum,sbb bila jmpa saja org dia mesti senyum punya. Ada pulak yg saya penah jumpa,payah nak senyum,sbb bila kite senyum dia buat tak reti ja..dan2 kita yg senyum ni terus malu,sebab org yg kita senyum tu buat taktau ja...huhu..sedih maaa...sabaq ja la...."Innallahhama'assobirin" yg bermaksud..ssungguhnya Allah beserta org2 yag sabar..insyaallah. Ni satu jenis org pulak..memang kejanya senyum 24 jam...huhu..ade ka org macam ni? Mesti la ada,tak kan tak dak kot...lalalaaaa....

So,kita sume masuk dalam kategori mana?
Suka senyum,suka masam,payah nak senyum,suka senyum sorg2,atau memang muka jenis tersenyum?..Apapun terpulang kepada kita sendiri,kerana kita semua lebih arif tentang siapa kita...

Kat bawah ni saya paparkan istillah2 yg sinonim dengan perkataan "senyum" drp bahasa Arab drp sebuah buku yg saya baca...

#Basama- yg bermaksud tersenyum,dan merupakan bentuk dari tertawa paling sedikit dan paling halus.


#Al-Bisyru dan Al-Bisyasyah- wajah yg berseri-seri dan menyambut dengan hangat kepada org yg menyukaimu serta tertawa riang kepadanya.


#Al-Bahjah dan Al-Ibtihaj- gembira


#Al-Dughdughah- rasa teruja

Hah,macam mana? Dah fikir kita semua dalam kategori mana? Tak kisah dalam kelompok manapun..tapi yang penting,kita mesti sentiasa senyum dan belajar senyum. Sebab apa ya perlu senyum? Nak tahu ker tak nak? hah sebabnya..senyum kan satu sedekah,dak tu dapat pahala tanpa susah2,just senyum dan maniskan muka ja..huhu..senang kan? Apa...! susah...! takde la..senang jer..ermmm......try la senyum kalau nak tau betul ka salah...

ok...apapun..kita mesti senyum..apatah lagi sbg org Islam,wajib senyum yer..sbbnya org akan tertarik dgn sesebuah agama jika org2nya bermanis muka. So,mesti senyum ya..moga non muslim akan tertarik dan rasa ingin mengetahui tentang agama Islam kita yang mulia ni...insyaallah..

ok..renung2kan dan selamat beramal..
("0";) SeNyUM CeK SeNyUM...


....Faqirah Marhamah Mokhtar.....
.....petang jumaat yang damai.....
~~ 25 Julai 2008 ~~
~~22 Rejab 1429 Hijrah~~




Monday, July 21, 2008

~~MAHA SUCI ALLAH~~

Laut,
tenang dan damai,
ombaknya memikul tebing dengan perlahan sekali di pagi yang damai ini,
melihat laut memberi kedamaian pada jiwa ini,
terdetik di hatiku,
ombak juga makhluk Illahi,
sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Ya Rabbi,

semakin jauh mataku melihat kebiruan laut,
semakin damai hatiku ini,
semakin kuat iman di hatiku ini,
meyakini bahawa tiada tuhan yang lebih agung selain Allah,
pencipta yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh isinya,
tercetus kalimah keramat,
Ashhaduallailahaillah..waashaduannamuhammadarrasullullah,
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
betapa Agung dan Mulianya Allah,
tuhan sekalian alam..

tetapi, walaupun seluruh isi alam telah tahu akan hal ini,
namun..ada juga insan-insan yang tak mengerti dan
tidak mentaati Allah,
bermula sejak zaman nabi Adam a.s hinggalah zaman nabi S.A.W,
mengingkari janji kepada Allah semasa di alam rahim,
bahawasanya akan mentaati Allah s.w.t,
inikah balasan kepada pencipta kita?

fikirkanlah wahai hati-hati yang tenang,
kembalilah kepada Allah,
tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
syukurilah nikmatnya,
tunaikan segala perintahnya,
dan jauhilah segala larangannya,
yang jauh drp Allah,kembalilah kepadaNya,
yang dekat dengan Allah,tambahkan amalan,
moga makin dekat denganNya,
ingatlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan hambanya,
pada setiap masa dan di mana jua,
oleh sebab itu,marilah kembali,
jiwa-jiwa yang suci kepada Allah,
moga dengannya kita beroleh,
ketenangan dan keberkatan hidup,
di dunia dan akhirat...
ameen......=)

Nukilan,

Faqirah Marhamah Mokhtar,
9.53 AM,
Perjalanan pulang ke kampung,
Jumaat..Penghulu segala hari,
18 Julai 2008..

Saturday, July 12, 2008

~~CETUSAN MINDA SUFI~~

REMAJA

Remaja,
satu ungkapan yang indah, seindah kota Al-Hambra,
kerna pada diri remaja tersandar harapan dan cita-cita,
tetapi kini..ungkapan remaja tidak lagi seindah empunya diri,
kerna siang malam merempit disana sini,
tidak berakhlak dengan akhlak yang terpuji,

Remaja,
Ingatlah! hidup ini hanya sementara,
tiada yang kekal abadi kecuali Illahi,
kikiskanlah sifat mazmumahmu wahai remaja sekalian,
contohilah Saidina Ali Karamallahuwajhah,
contohilah Asma' Abu Bakar,
yang merupakan pemuda pemudi Islam yang disegani,
membangunkan Islam menjadi inspirasi hati,
tidak gentar,tidak lemah walau diuji,

Ayuh remaja semua,
marilah berubah kearah kebaikan,
buangkan sikap degilmu,egomu dan segala sifat burukmu,

Remaja,
nyalakan api perubahan,
bangunkan Islam, sematkan impian,
agar nur Islam kembali gemilang,
di tangan pemuda pemudi Islam,

Oleh itu,
ayuhlah remaja semua,
lakukan perubahan demi Islam dan ummah,
agar kegemilangan Islam kembali gemilang,
ditangan pemuda pemudi Islam akhir zaman.

Under property,
Nukilan,
Faqirah Marhamah Mokhtar,
9 Rejab 1429 Hijrah,
bersamaan 12 Julai 2008.
P.Pinang.

Wednesday, July 9, 2008

~~KENANGAN~~

~~KENANGAN~~
kenangan,
kadang-kadang ianya menggembirakan,
tetapi tidak kurang yang menyedihkan,
begitulah lumrah kehidupaninsan,
ada yang suka dan juga duka,
kanvas kehidupan yang telah ditentukan tuhan..
Bagi seorang insan yang beriman,
pasti menerimanya dengan reda hati,
kerana itulah ketentuan Illahi,
yang mesti dilalui sebagai khalifah di muka bumi..
Tetapi tidak pula bagi insan yang meragui hakikat diri,
menyesali kenangan dan kejadian yang ditempuhi,
kerna ceteknya iman dan rapuhnya konsep berserah diri,
yang patut diamal oleh setiap muslim di dunia ini...
Nukilan,
Faqirah Marhamah Mokhtar,
9 Julai 2008,
P.Pinang...
Malaysia...

Tuesday, July 8, 2008

~SAHABAT-SAHABATKU~

Perjuangan Sahabat-sahabatku...
Dalam pendakianku memiliki segulung ijazah,
seorang sahabatku sudah memulakan pengajian di peringkat sarjana,
tak kurang juga di tahun tiga sarjana muda,
di politeknik menyiapkan diploma,
mencari ilmu,mengasah bakat sebagai pendidik di institut perguruan,
bergelar isteri dan ibu di usia muda,

sahabatku sekalian,
kuharap kalian akan berjaya menggapai impian,
bergelar ibu,guru,profesional dan usahawan,
membangun ummah pada masa hadapan,
menerapkan ilmu dan iman kepada generasi impian,
mendapat ganjaran pahala sebagai bekalan,

sahabat-sahabatku,
ku ingin berpesan,kepada kalian dan empunya badan,
walausiapapun kita pada masa depan,
janganlah lupa ibu dan ayah yang membesarkan,
rukun Iman dan Islam sebagai panduan,
Rasullullah sebagai ikutan,
Islam agama junjungan,
dan pencipta kita iaitu Ar-Rahman,

sahabat-sahabatku,
kuharap ukhwah kita akan berkekalan,
terbina atas dasar Iman dan Islam,
sentiasa diiringi senyuman dan salam,
menjadi lambang kebahagiaan insan,
setiap muslim akhir zaman...

*Khas buat sahabat-sahabatku semasa di zaman sekolah rendah*
"Semoga ukhwah kita sentiasa mekar dan diredhai Allah"
Under property,

Nukilan....

Faqirah Marhamah Mokhtar,
Senja Selasa,
8 Julai 08,
CG,USM,
Penang..

Monday, July 7, 2008

"SENJA YANG DAMAI"


Senja..
kau datang dan pergi,
dengan penuh qanaah dan rela hati,
demi mengikut perintah rabbul izzati,

Senja..
hadirmu membawa penyeri,
kepada jiwa insan sufi,
yang mencari kebahagian abadi,
di sebalik malam yang sunyi,
bagi mendapat cinta Illahi,

Senja..
kadang-kadang senjamu disalah erti,
oleh jiwa yang dikawal nafsu hati,
kerna di sebalikmu datangnya malam yang sunyi,
yang menerajui maksiat duniawi,
yang semestinya dilaknati Illahi,

Tetapi kau senja...
tetap datang dan pergi,
menuruti perintah Illahi,
kerana taat itu penting bagi setiap makhluk yang mencari cinta hakiki,

Walauapapun erti yang diberi,
namun kehadiranmu,membawa damai di hati,
bagi insan yang tahu menghayati,
setiap detik yang dinanti,
dalam perjalanan cinta menuju cinta hakiki,
yang diimpi oleh insan yang berjiwa sufi,
bagi mencapai makrifat tertinggi,
mendiami syurga firdausi,
mewangi dan kekal abadi..


Under property,
Faqirah Marhamah Mokhtar,
Jun 2008,
Kedah Darul Aman.


Saturday, June 7, 2008

~NUKILAN......~

"KU KEMBALI......"

Tanggal 6 Julai 08,
ku kembali lagi ke pusat ilmu yang ku rindui,
dengan azam dan semangat yang baru,
mengatur langkah,membina impian,
memahat cita-cita,
meneruskan perjuangan,
sebagai seorang hamba,seorang anak dan seorang pelajar,
Hari ini,
aku sebagai hamba Allah dan seorang insan yang hanya tahu merancang,
tetapi tidak tahu apakah kesudahan,
kerana rencana Allah tentulah lebih hebat dan sempurna,
apapun aku sangat berharap,
moga kembalinya aku di sini lagi pada saat ini,
mampu membawa perubahan,
membawa kejernihan, dan kegembiraan,
moga dengannya akan tercetus sebuah kejayaan,
yang disinari cahaya keimanan,
dipasak di atas tiang kesyukuran,
dan ketaqwaan kepada Tuhan Rabbul Jalil....

Nukilan...,

Marhamah Mokhtar,
6 Julai 2008,
CG,USM,
Penang.

"FI BAITI...."




































































Indahnya desa menggamit hati......
Under prosperty:
Marhamah Mokhtar
Pendang,Kedah Darul Aman...





Wednesday, April 23, 2008

~~SALAM PERPISAHAN SEMUA~~


Esk,insyaallah,24 April 2008,saya akan balik rumah sebab cuti sem selama tiga bulan..kemungkinan besar blog ni tak diupdate,tapi klu saya rajin pi cafe cyber,insyaallah terupdate la blog ana ni...insyaallah

buat yg bercuti,ana ucapkan slmt bercuti dan penuhi masa cuti dgn aktiviti yg bermanfaat,manakala bagi yg baru nak start exam, selamt menghadapi exam dan semoga berjaya,insyaallah...
salam a'laik...

Monday, April 21, 2008

~~KALAMULLAH~~

Cantiknya al-quran...
>Berapa kali dalam sehari kita membaca kita suci Allah ini?
>Berapa byk kita ambil manfaat drp wahyu Allah ini untuk jadikan panduan dalam hidup seharian kita?
>Adakah kita faham isi kandungan al-quran yg kita baca @ sekadar baca dan khatam?
>Adakah kita baca mengikut tajwid dgn fasohah?
Renung-renungkan dan lihatlah kedalam diri kita...
Al-quran bukan sekadar utk dibaca,tetapi diamal,diambil panduan drpnya,dijadikan pegangan kehidupan kita...
Rajin-rajinkanlah diri kita membaca Al-quran dan mengambil pelajaran drpnya...insyaallah,dgnnya kita akan menjadikan diri kita lebih baik drp hari sebelumnya,dan sekaligus menjadi hamba Allah dan ummat yang terbaik..
~~RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL~~

~PERKONGSIAN ILMU DRP TULISAN PARA ILMUAN~

Post kali ni ana nak petik kata@ hikmat dan mutiara kata drp buku Tip2 Cemerlang dari Al-Quran tulisan Dr Danial Zainal Abidin....best buku ni.....klu teman2 sume nak dapat tau lebih tentang isi kandungannya bolehlh beli kat kedai buku ya..........

>Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat

>Kecemerlangan bermula dari dalam. ledakan iman dan taqwa mampu mengubah dunia dan seisinya

>Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat

>Sebahagian daripada ilmu dunia yg terdapat pada hari ini wajib dikuasai oleh sebahagian umat Islam kerana hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah

>Jalan kecemerlangan memerlukan peta. Peta umat Islam perlukan adalah Al-Quran kerana ia adalah peta yg lengkap lagi selamat.

>Umat Islam menganggap dunia sebagai ladang bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat menuai hasilnya. Mereka hanya dianggap berjaya apabila tanaman mereka di dunia dapat dituai di akhirat

>Hati perlu disemai dengan nilai2 terpuji supaya terpelihara daripada anasir yang boleh merosakkan. Antara perkara yang ditekankan agama adalah keikhlasan dan anasir yang akan merosakkan adalah riyak.

>Syariat boleh dikiaskan seperti rel kereta api. Tanpanya, kereta api tidak akan sampai ke destinasi. Tuhan mengurniakan kepada umat Islam landasan atau rel hidup yang kukuh.

>Kata-kata Aisyah,: kamu melupakan satu ibadat yang utama iaitu warak.' Warak bermaksud tidak mengambil sesuatu yang mempunyai unsur syubhah ataupun haram.

>Sembahyang adalah ibadat yang penting sehinggakan semasa sedang berperang sekalipun tidak boleh meninggalkannya.Sembahyang juga adalah tiang agama..

Ana harap drp kata2 dan mutiara kata dia atas, kita sume dapat menjadikan sbg salah satu cetusan minda dan paradigma yang positif bagi memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah azzawajalla...insyaallah...amin...
Rasanya kat sini saja post ana pada hari yang berbahagia ini....jaga diri ye teman2....sentiasalah bermuhasabah diri....

Friday, April 18, 2008

~Hehehe..Ermmm..PencaWanG MeNARi..~


~~BaLiK KaMpUnG~

Ahad /13 April 08/ 2.3opm

lepas habis exam paper SEP 228,lps rehat solat dan makan aku terus balik ghumah,balik sorang ja...drp bilik aku jalan ke sungai 2 tunggu bas rapid nakpi jeti. lepas lebih kurang setengah jam perjalanan sampailah aku n penumpang lain kat jeti..
sampai2 ja kat jeti,perkara pertama yang aku buat ialah beli topup maxis sbb kredit dah habis..hehe...
pastu jalan la pi kat tempat tunggu feri mai...Ya Allah!!..tekejut aku tengok ramai org dok tggu kat tmpt feri mai tu..dahla tu, yg ramainya bukan org tempatan kita tapi org luar mcm org myanmar,kemboja,n filipina...n dgn serta merta rasa takut menerpa hati aku,..dahla sorang2,huhu...
aku yg mula2 galas beg kat belakg,tukaq posisi beg tu kat depan...bukanya apa,ramai sngt org..takut ada yg ambik kesempatan seluk dalam beg..time dok tunggu feri mai tu, aku rasa macam dok kat oversea pulak...hehe..sbb org luaq negara ramai sngt,besa la ...hari ahad..pakat jalan2 kat pusat bandar..
time feri dah mai tu..Ya Allah sekali lagi,pakat berebut2 nakpi dulu..ermmm..aku yang boleh dianggap kecik ni dlm ramai2 kat situ,terpaksalah bergerak ke tepi sikit..nak bg laluan kat depa dulu..n malas nak bersesak-sesak..hish...ramai sungguh org time tu..
masa nak masuk dlm feri pulak,aku dapat rasa yg feri ni bergerak2 tak mcm biasa..mgkin ramai sngt org yg naik sampai hamba Allah ni pun tekejut...hehe..penuh sangat..masa dlm feri mmg tmpt duduk tak cukup..ramai berdiri..tapi alhamdulillah .. aku dapat gak duduk..masa feri dok tgh jalan tu..aku dpt tgk mcm2 ragam manusia yg Allah bg jadi..masa tu.. terdetik rasa hebatnya ciptaan Allah..macam2 jenis,cara dan perangai..ada yg putih,gelap,sawa matang,tinggi,rendah dan macam2 lagi...
lps 10 hgga 15 minit,sampai la kat sebelah butterworth..pastu beli tiket..n balik rumah...sampai rumah dalam pukul 5.30 ptg...ayah pi ambik kat Kobah..
Alhamdulillah..syukur dapat balik dgn selamat..n mai pulak USM,kemarin..kamis 17April sbb exam, last paper 23 April...doakan ya...
* Satu pengalaman berharga*

Thursday, March 27, 2008

~~~ASSALAMUALAIKUM~~~

~~MINGGU ULANGKAJI@ STUDY WEEK~~
salam ukhuwah dan salam imtihan
bulan april kebanyakan drp kita akan menduduki exam akhir semester
Apa perlu dilakukan..?
*ALLAH*
~~mintak doa kat Allah moga diberi ketenangan,kelapangan dan segala kebaikan
~~mintak Allah ampunkan dosa-dosa kita selama ini
~~mintak Allah permudahkan urusan mengulangkaji dan exam kita nanti
~~selalu buat solat hajat,baca al-quran dan berzikir
~~paling penting mintak kat Allah agar diberi hasanah finddunya dan hasanah fil akhirah
*mak n ayah*
~mintak mak n ayah doakan kejayaan kita
~mintak ampun dan maaf atas kesilapan kita selama ini dan akan datang
~mintak mak n ayah halalkan makan minum kita selama ini
*kawan-kawan*
~mintak kawan-kawan ampunkan kekhilafan kita selama ni
~mintak supaya tolong doa kejayaan bersama
**uLaNGkAJi*
mulakan membaca dgn baca doa
baca nota kuliah dan latihan yang pensyarah bagi
buat rujukan tambahan
baca elok2 dan tumpu sepenuhnya
hafal yang patut dihafal
baca berulang kali
tanya kawan jika tak ada yang kurang faham
*lain-lain*
tidur bagi cukup
makan makanan seimbang
jaga kesihatan
~~~Ok..Selamat Menghadapi Imtihan~~
~~moga result kita semua adalah yang terbaik~~
SALAM MUJAHADAH SAHABAT-SAHABATKU

Tuesday, March 25, 2008

~~HAYATILAH **SAIR**~~

~~TERJEMAHANNYA:::**
Tuanku oh tuanku(Allah)
Tuanku,sesungguhnya aku adalah musaffir,
Demi agama aku pasti adalah musaffir,
Maka Al-Quds
memanggil untuk berangkat,
Melembutkan hatiku dengan kesucian,
Dan panggilan Al-Alqsa membuatkanku menangis,
Membangkitkan kewujudanku,
Dan diri ummatku wahai Tuhanku,
Mati tanpa pembunuhnya,
Penjenayah (Zionis) mengatakan kerana aku,
Menolak penghinaan yang besar,
Menolak hidup berdiam diri,
Biarkan kuterpaksa menempuhinya,
Maka biarkanlah mereka dengan apa yang mereka kata,
Engkaulah yang aku harap keredhaan,
Engkaulah yang mengetahui bahawa aku,
Demi-Mu aku menggadai nyawa,
Wahai yang diriwayatkan,dengan darahmu,
Bertumbuhlah kemuliaan dan kemenangan,
Jika mereka mencurimu daripada sejarah kita,
Tidak sekali-kali dapat mereka cabut dari dada-dada kita.
Wahai syahid,wahai syahid,wahai syahid.