Friday, March 21, 2014

Rintihan sekeping hati#

Assalamualaikum...

Alhamdulillah wasyukrulillah..Allahumma sollia'la muhammad..

Tabahlah wahai hati,kerana ia bermula segalanya...sucinya hati maka indahlah kehidupan,kotornya hati maka musnahlah kehidupan.

Ya..cabaran pasti datang,kadang-kadang sehingga boleh menggoyah kesabaran dan tahap keimanan diri insan. Senyumlah walaupun hatimu galang,badanmu lesu bak pepohon yang kekeringan. Sabarlah dengan semua kerenah insan,kerana kau jua seorang insan,yang ditakdir Allah untuk diberi ujian.

Ya...pasti cabaran ada susah dan senang. Terimalah dengan seikhlas dan setulus kesabaran. Kerana setiap amalan pasti diberi ganjaran.

Sabarlah dan tabahlah wahai hatiku...
walaupun kesedihan dan darjah kesabaran sentiasa diuji..
Mengadulah pada yang Hak..
Allah tempat yang paling layak engkau mengadu wahai hatiku.

#Post kedua pada tarikh yg sama#

Marhamah..
10.54 mlm


Keletihan#

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..wasyukrulillah

Hidup ni memang meletihkan. Tapi yang pasti,keletihan yang kita rasa akan hilang,dan segala amal kebaikan kita pasti akan kekal. Ya.!!!dunia ni tempat untuk berjuang,akhirat tempat kita berehat..Bersabarlah selagi mampu wahai insan yang bergelar marhamah dan sahabat-sahabat sekalian,sebabnya setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah pasti akan dinilai oleh yang Maha Esa.

Allahumma amin.
Petang Jumaat
6.00pm



Thursday, March 6, 2014

Harapan 1#

Doa dan harapan ini merupakan hasrat murni hati untuk menjadi sebahagian drp mereka. Semoga Allah S.W.T memakbulkan doaku yg satu ini.

Tiada niat lain selain ingin terus membawa diri menuju redhaNYA.

"Istajibillah humma du'a ana."

Amin yarabbal a'lamin.