Wednesday, March 25, 2009

~~MENGIMBAU KENANGAN DI PETANG YANG DAMAI...~~

Senja di Ottawa
Termenung jauh Ana pada petang yang damai itu. Entah apa yang berada dalam fikirannya ketika itu,perkara apa yang membelenggu dirinya pada waktu itu,tetapi yang pasti, sudah dua tahun rupanya dirinya bergelar sebagai seorang mahasiswi iaitu sejak tahun 2007 dan bakal menamatkan pengajian sarjana mudanya pada tahun 2010. "Erm....subhanallah,tak sangka ya, sudah dua tahun aku kat U ni, tahun depan insyaallah dah nak grad, cepat sungguh masa berlalu.." Ya Allah..permudahkan jalanku, lorongkanlah jalanku ini Ya Allah..," katanya pada diri dan doanya pada Yang Maha Esa.

Sejak tahun keramat dirinya bergelar sebagai seorang mahasiswi, pelbagai ilmu yang dikutip dan ditimba olehnya. Tidak kira samaada didalam bilik kuliah ataupun dalam pergaulannya bersama kawan-kawan dan warga kampus yang lain. Tidak kurang juga pelbagai onak dan duri dan liku-liku kehidupan yang dilaluinya sepanjang tempoh tersebut dan setahun yang akan datang.

Masih segar di ingatannya, ketika hari pertama iaitu sesi pendaftaran dirinya sebagai seorang mahasiswa, dirinya ditemani mak, ayah, adik, dan seorang abang. Pada hari tersebut ayah dan emaknya sentiasa di sisi bagi memudahkan urusan pendaftaran kemasukan ke hostel. " Ayah,teman cek ya, nakpi kat khemah tu, kena daftar hostel dan ambik kunci bilik..," katanya pada ayah. Itulah antara dialog yang masih segar di ingatannya sehingga kini, yang mana dirinya memerlukan sokongan mak dan ayah dalam menyelesaikan semua urusan pada hari tersebut.

Tetapi, semua itu telah pun berlalu, dan kini telah pun hampir dua tahun dia bergelar sebagai seorang mahasiswi sebuah universiti tempatan di utara tanah air. " Cepat sungguh masa berlalu, dan harap-harap lepas ni boleh sambung master terus, insyaallah....," Ana bermonolog sendirian. Perkara itulah yang berada dalam perancangan dan juga merupakan tekadnya.

" Ok..hari ni, kita akan sambung topik utiliti sut berkurangan dan pasaran persaingan sempurna," ucap Prof. Amir yang merupakan pensyarah ekonominya. Ekonomi adalah jurusan yang diambil Ana ketika ini. Semuanya kerana minat yang mendalam dan juga galakan daripada seorang gurunya ketika di bangku sekolah. Maka, bidang ekonomilah yang sedang dihadapinya dalam bilik kuliah setiap hari sepanjang dirinya bergelar sebagai mahasiswi. Walaupun ada kalanya terdapat juga topik-topik yang kurang difahaminya, namun semua itu tidak mematahkan minatnya terhadap bidang ini dan dirinya selalu sahaja memohon kepada Allah supaya mempermudahkan urusannya. " Erm...macam mana nak guna formula ni ya..huhuk,aduh..susahnya...,"rintihnya. " YaAllah..permudahkanlah urusanku, permudahkanlah untukku memahaminya," pintanya kepada Allah..

" Erm...kak nak tanya ni...tauhid terbahagi kepada brape?Sapa tau, cuba terangkan," tanya kakak merangkap ketua usrahnya. Sebagai seorang mahasiswi, Ana tidak terlepas daripada terlibat dalam aktiviti seperti berpersatuan, usrah dan bermacam-macam acara yang dianjurkan di universiti. Teringat dirinya tentang usrah yang pernah disertainya pada tahun keduanya sebagai seorang mahasiswi. Ahli usrah terdiri daripada lima orang ahli iaitu kak Siti,kak Ti, As dan Na. " Aduh..rindunya usrah dulu,"rintihnya dalam hati. " Wah..!!! sedapnya mee goreng ni dan roti telur ni," manisnya buah rambutan ni..," " Ha...kek ni buat sendiri tau..,hehe..," "ye ke adik..? " betui la..tadi adik buat,tapi buat kat kedai mahasiswa la..hihihi..,"katanya apabila kakak-kakak usrah bertanya tentang kek yang dibawanya pada usrah terakhir mereka. Dialog-dialog inilah yang mengimbau kenangan dirinya semasa usrahnya satu ketika dulu. Sekarang Ana tidak lagi berusrah kerana kakak-kakak usrah ada yang sedang membuat praktikal dan dirinya pun membuat keputusan untuk tidak berusrah kembali dan begitu juga dengan dua sahabatnya yang lain. Ya Allah..rindunya diriku pada semua saat-saat itu dan rindu juga pada sahabat-sahabat yang pernah mewarnai kehidupanku sejak hari pertama dirinya bergelar seorang mahasiswi hinggalah sekarang.

Allahuakbar...Allahuakhbar... Terdengar suara azan maghrib berkumandang dari Masjid Al- Malik Khaliq." Lama sungguh aku termenung, sampai tak sedar maghrib dah pun masuk..," katanya pada diri.

Tetapi, sebelum Ana ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk, dia bertekad pada dirinya, lepas habis degree ni, insyaallah nak sambung master terus," katanya pada diri. Ana juga turut berdoa " Ya Allah, permudahkanlah jalanku, urusanku, ampunkanlah diriku, ibu bapaku,ahli keluargaku,guru-guruku, sahabat handai dan muslimin muslimat sekalian."

Setelah dia selesai berdoa, Ana pun melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri serta mengambil wuduk bagi sebuah pengabdian kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Petang itu, dapat dilihat, seorang gadis mengimbau kembali sepanjang dua tahun dirinya bergelar mahasiswi dan azam serta perancangan masa depannya. Petang yang damai itu juga menyaksikan betapa gadis yang bernama Ana menjadikan Allah sebagai sebaik-baik tempat bergantung dan konsep tawakal yang diamalkan atas alasan dirinya sebagai hamba yang perlu kepada Pencipta dansebagai hamba yang lemah...

Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
24 Mac 2009..
Azan berkumandang..
7:33 minit malam..
Meja study, USM..
Pulau Pinang..

Saturday, March 14, 2009

~~SAMPAI DI SINI SAHAJA....~~

Tiada kata yg dpt kuungkapkan,
Hanya kesedihan yg mampu kuluahkan,
Semuanya gara2 terkejut dgn tindakan dan perbuatanmu insan,
Semua ini menyedarkan diriku ttg siapa aku di matamu insan,

Kesedihanku kali ini sgt mencengkam hati dan sanubari ini,
Setelah banyak kali kulalui situasi spt ini sebelum ini,
Tetapi kali ini hatiku merasa terlalu tawar dan sedih sekali,
Maaf..diri ini tak tahu sampai bila hati ini mampu dipulih kembali,

Sekarang,baru diriku sedar akan hakikat diri,
Hanya Allah dan keluarga yang paling dekat dihati,
Juga sahabat-sahabat dan buku-buku yang selalu menemani diri,
Syukran buat kalian yg terus menyokong diriku yg lemah ini,

Kini, aku telah pun memahami siapa yg dekat dihati,
Buatmu insan,syukran dan maaf buatmu,ikhlas daripadaku,
Kerana pernah mewarnai diari perjalanan hidupku sebelum ini,
Hanya setakat ini,itu yg mampu ku lakukan dan tekadkan dalam hatiku,

Hanya kepada Allah diri ini berserah,
Ku harap tiada lagi kesedihan dan janji yg akan ku langgari dlm situasi spt ini,
Buat masa ini,inilah tekadku dalam diri dan doaku kepada Illahi,
Insyaallah,semoga Allah mendengar dan memperkenankan apa yg ada dalam hatiku kini,
Harapnya hanya sampai di sini sahaja....

Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
Mac 14/09..
11:24 pm..
Usm..

Thursday, March 5, 2009

~~BERKAWANLAH DGN AL-QURAN..~~

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua. Alhamdulillah,kali ni saya cuma nk coretkan sedikit ttg tajuk yg diketengahkan..iaitu berkawanlah atau dampinglah dgn al-quran dalam khidupan seharian kita. Ermm....apa yg saya nk katakan di sini..rajin2kanlah diri membaca al-quran beserta maknanya setiap hari..sekurang2nya selepas solat maghrib klw diri terasa begitu malas sekalipun...jgn biarkan diri dan rohani kita kosong dgn ayat2 suci al-quran ni ya..

Kehidupan dan kesibukan hari ni,menyebabkan ramai di antara kita yg lupa untuk membaca kitab suci ini setiap hari. Sedangkan kalau kita lihat,banyak masa yg dihabiskan kpd benda2 yg tak mendatangkan manfaat dan tak berfaedah kepada diri dan meningkatnya iman. Kadang2 saya sedih dan insaf, ramai di antara kita boleh dan sanggup menghafal lagu2 yang berbelit-belit,dengan jumlah yg banyak,tapi bila membaca al-quran,makhrajnya lari,panjang pendeknya takdak,hukum tajwidnya berterabur dan sebagainya. Apa yg nak saya katakan di sini,bgmana lagu yg dalam pelbagai bahasa dapat dihafal dgn baik skali,tp tidak bila al-quran dibaca..!!!. Patutkah begitu? Adilkah keadaan ini? Apapun...tepuk dada,tanya iman...

Buat empunya diri dan sahabat2 semua,muhasabahlah dan renungkanlah ke dalam diri kita,kemanakah kita mahu membawa haluan kehidupan kita ini? Ingatlah,jangan kita jadikan alasan sibuk,takdan, dan seumpamanya untuk kita meninggalkan al-quran,untuk kita tidak membaca al-quran dan untuk kita mengabaikan al-quran...!!! Apakah kesibukan kita itu dibuat2? Apakah kesibukan kita itu,membawa faedah kpd diri? Renung2kan...

Luangkan sedikit masa yg dikurniakan oleh Allah selama 24 jam sehari itu, untuk kita membaca al-quran,untuk kita memahami isi kandungannya dan untuk kita mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Luangkanlah sedikit masamu kepada Kitab Allah wahai insan...luangkanlah sedikit masamu itu...

Marilah kita sama2 kurangkan masa2 yang tidak berfaedah kita dalam kehidupan seharian kita untuk kita luangkan untuk membaca al-quran...Kurangkanlah masa kita bersembang kosong,menonton wayang dan melepak dan sebagainya untuk kita lebih mendekatkan diri kita dgn al-quran dan sekaligus mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.

Buat diriku dan juga sahabat2 semua,diri ini ingin berpesan,isikanlah setiap hari kita dengan membaca al-quran,mulakan setiap hari kita dengan al-quran,jadikanlah al-quran sahabat baik kita,moga dengannya kita lebih dekat dengan Allah S.W.T dan kehidupan kita lebih terarah dan tenang..insyaallah..amin ya rabbal a'lamin..

Dari hati...
Faqirah Marhamah Mokhtar..
5 /3/09,Khamis,12:58 am..
USM Penang..

Tuesday, March 3, 2009

~~LAWATAN SAMBIL BELAJAR...~~


Kami (Fasi2 Kakusma)..

Guru2 pengiring sdg bermain congkak di muzium..


Para peserta sedang tekun mendengar ceramah yg disampaikan
Guru2 pengiring bersama2 para peserta
Slot ice-breaking dan muhasabah

Semasa di Muzium.

Majlis penutup (Penyampaian hadiah & sijil kpd para peserta)

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat sahabat-sahabat di luar sana. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberi ruang untuk kita beribadat di atas muka bumiNya ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi s.a.w,ahli baitnya,para sahabat baginda,serta muslimin dan muslimat di atas muka bumi Allah ini.

Alhamdulillah,kali ini saya ingin mencoretkan ttg lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar ke USM iaitu daripada Sek.Men.Keb.Sungai Kok dan Sek.Men.Keb.Kulim yang kedua-dua daripada daerah Kulim,Kedah. Adik-adik ini telah melawat USM pada 27 dan 28 Feb hari tu. Program ini ialah inisiatif student2 USM yg sedang membuat Latihan mengajar (LM) kat sekolah tersebut dgn kerjasama pihak sekolah masing-masing. Adik-adik ini terdiri daripada pelajar-pelajar form 5 dan form 6. Alhamdulillah, kedatangan pelajar-pelajar ini telah diuruskan oleh Kumpulan Anak-anak Kedah USM (KAKUSMA) yang mana ianya merupakan salah satu persatuan yang saya sertai. Alhamdulillah,lawatan ini telah berjaya diuruskan oleh KAKUSMA dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kekalutan dalam program tersebut,alhamdulillah..

Erm...di bawah ni,saya sertakan aktiviti yg telah diaturkan oleh KAKUSMA kepada adik-adik daripada kedua-dua sekolah ini.

27/2/09 (Jumaat)
11:30 pagi : Para peserta drp kedua2 buah sekolah telah sampai ke USM
12:00 tghari : Berkumpul di padang kawad,untuk mengambil makanan dan sbhgian peserta
diserahkan kepada kakak2 dan abang2 angkat yang terdiri drp MT,exco dan
p.exco KAKUSMA sendiri.
12-2:30 ptg : Berta'aruf dgn kakak2 dan abg2 fasi,makan dan solat zohor
2:30 ptg : Mendengar ceramah di Dewan Kuliah U,ceramah ttg syarat kemasukan
ke universiti dan kos-kos yang terdapat di USM.
5:00 ptg : Ke Dewan Tunku Syed Putra,untuk bersama-sama mendengar kuliah Hubungan
Etnik(SHE).
8:30 mlm : Sesi ice-breaking dan muhasabah diri.
12:30 mlm : Balik ke bilik masing2.
28/2/09,(Sabtu)
8:00 pg : Berkumpul di foyer DK U dan dibahagikan kpd 2 kumpulan,satu kumpulan ke
muzium USM dan satu kumpulan lagi ke library PHS 1
8:30-12 pg : Masa melawat ke tempat2 yg ditetapkan
12:00 tgh : Berada di Dewan Indah Kembara untuk sesi penutup dan acara makan-makan
2:00 ptg : Para peserta bertolak balik ke rumah masing2.

Erm..itulah antara tentatif program yang telah berjaya dijalankan alhamdulillah. Alhamdulillah, walaupun sedikit penat kerana terpaksa berjalan,tapi adik2 drp kedua2 buah sekolah dilihat begitu teruja,gembira dan puas dengan pengalaman baru mereka ini.

Pada sebelah malam sesi muhasabah iaitu pada malam sabtu,byk ilmu baru yang saya dapat dan juga buat adik-adik dan juga sahabat2 yang lain.Antaranya ialah berkaitan hubungan kita dengan Allah,ibu ayah,keluarga,sahabat2 dan alam ini sendiri. Malam tu juga,saya dapat lihat ramai yang berada dalam dewan tersebut terharu dan insaf dengan motivasi dan video2 yang ditayangkan. Alhamdulillah,saya berharap keinsafan pada malam itu dapat memberi inspirasi kepada setiap yg berada dalam dewan tersebut untuk membuat perubahan drp setiap sudut kehidupan,insyaallah..

Alhamdulillah,semua ini memberi pengalaman berharga buat para peserta,fasi2 termasuk saya sendiri...alhamdulillah..Semoga aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita semua esp. ukhwah dalam KAKUSMA ini sendiri,insyaallah...amin..
Sekian ....wasalam..

Disediakan oleh,
Marhamah Mokhtar..
Exco Kebajikan,Kerohanian dan Kerjaya..
KAKUSMA 08/09..
USM,Penang..
Selasa,1:00 Tghari..
3 Mac 2009..