Saturday, February 21, 2009

~~RASA HATI SEORANG ANAK...~~


Ahhh....,sayu dan sedihnya rasa hati takala mendengar ayah atau emak menyuarakan tentang keadaan kesihatan mereka, "Erm...,rasa tak berapa sihat la hari ni,tak larat sungguh..!nak berdiri pun rasa tak kuat..." Kata-kata itulah yg pernah diungkapkan oleh ayah pada tghari sebelum sambil bersiap-siap ke masjid untuk solat Jumaat. Aku yang ketika itu sedang menonton TV bersama-sama adik dan seorang kakakku terus sahaja berkata,"Ayah...minum la sikit,baru kuat sikit nak berdiri,"kataku pada ayah. Ayah pula berkata," Ayah dah minum dah tadi,tapi taktau la,hari ni rasa tak sihat sungguh,tak larat nak berdiri..,". Aku pun berkata lagi,"Ayah..kadang-kadang memang ada masa kita rasa tak larat sangat,cheq pun pernah jugak rasa macam tu,"kataku lagi pada ayahku.

Setelah berbual seketika dengan ayah tersayang mengenai kesihatannya,ayah pun bersiap-siap dengan memakai jubahnya untuk pergi ke masjid bagi menunaikan kewajipannya sebagai Iman dan khatib pada Jumaat itu. Diriku yang sebentar tadi melekat di hadapan TV turut bergerak bersama-sama ayah menuju ke ruang tamu untuk melihat ayah pergi ke masjid. ( Itulah yang menjadi rutin kami adik-beradik iaitu melihat ayah dan emak pergi ke masjid pada waktu maghrib,dan kebiasaannya emak akan melambai tangan manakala ayah pula akan tersenyum melihat anak2 perempuannya di muka pintu rumah) "Bahagianya..rasa hatiku ini kerana memiliki keluarga yang bahagia seperti ini,alhamdulillah,syukur Ya Allah.." Aku terus melihat ayah menaiki motosikalnya keluar drp rumah dan melepasi pintu pagar rumah untuk ke masjid. Dalam hati aku merintih dan berdoa,"Ya Allah,berikanlah kesihatan yang baik kepada ayah dan emak,berikanlah mereka dapat melihat kejayaan kami anak-anaknya,Ya Allah,panjangkanlah umur mereka..Ya Allah..
perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah."

Setelah ayah pergi ke masjid,aku pun bergegas ke dapur untuk membereskan kerja yang belum diselesaikan. Di dapur,aku menyuarakan kebimbangan hatiku kepada emak yang ketika berada di dapur,"Ermm..mak,cheq risau la ayah dok cakap tak sihat tadi,"kataku kepada mak.. "Ermm...ayah buat keja berat kot pagi tadi,tu yang tak brapa sihat tu..,"kata mak pula.. Aku menyambung bicara lagi,"cheq ni dok fikir macam-macam yang pelik kalau ayah cakap mcm tu..,risau sungguh,"kataku lagi..Emak pula menambah,"Erm..biasa la tu,kita manusia ni,slalu fikir yang pelik-pelik,macam kalau sakit ja,kita akan fikir kematian..kan?,"kata mak lagi. "Ermm..ya lah cheq fikir macam tu la,astaqfirullahalazim..""
kataku pula.


Fikiran-fikiran macam itulah yang selalu bermain di mindaku apabila mak atau ayah menyuarakan tentang rasa tidak sihat mereka. Bukannya apa,hati dan diri ini sentiasa takut akan kehilangan mereka,walaupun semua itu pasti berlaku,hal ini tidak dapat dihalang oleh sesiapapun apabila Allah berkata"Kun fayakun" maka terjadilah..Dengan kata-kata Allah ini,tiada siapa pun yang dapat menghalang qadak dan qadarnya..

Alhamdulillah,setelah solat Jumaat selesai,aku bersyukur kerana ayah pulang ke rumah dengan selamat. Setelah itu,aku pun mengambil kesempatan bertanya ayah lagi.."Rasa tak sihat lagi ka ayah?,"tanyaku lagi.. Ayah pun memberitahu,"Ermm..,rasa tak berapa sihat la jgk,tapi rasa kurang skit drp tadi,alhamdulillah..." Alhamdulillah..syukur Ya Allah,doaku dalam hati,dan berikanlah kesempatan kepada ayah dan emak untuk melihat kejayaan kami anak-anaknya,dan semoga kami dapat terus berbakti kepada ayah dan emak..rintihku dalam hati.

Hanya kepadaMu Ya Allah diri ini meminta pertolongan dan segala kasih sayangMu sangat bernilai buat diriku sebagai hamba Ya Allah..

P/s: Berbuat baiklah kepada kedua bu bapa kita selagi kita mampu,dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diri kita,ibu bapa kita,kaum keluarga kita serta muslimin dan muslimat sentiasa dalam rahmat dan redha Allah..insyaallah.

Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
20/2/09..
10.15am,Jumaat..
Ds CG,USM..

Saturday, February 14, 2009

~~MANISNYA UKHWAH..~


Assalamualaikum dan salam kasih syg buat semua,syukur ke hadrat Allah s.wt kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus menyedut segarnya udara pemberianNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi s.a.w,ahli baitnya,para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat sekalian...

Alhamdulillah,kehidupan kita di muka bumi Allah ini sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yg sentiasa menyayangi,mengasihi dan kadang-kadangnya memerlukan kesabaran hati dalam proses menjalani kehidupan kita sebagai insan kamil di atas muka bumi Allah ini.. Semua ini akan mematangkan dan memberi pengajaran yang berguna buat kita semua..Semoga jalinan ukhwah antara kita sesama manusia dan makhluk Allah ini mampu menceriakan hidup kita dan membawa hikmah dan manfaat yang baik kepada semua,terutamanya dalam perjalanan kita menuju negeri akhirat yang kekal abadi..insyaallah..
Hayatilah nukilan "Ukhwah" di bawah ini..

Ukhwah,
Jalinan persahabatan dua insan..
Yang dihiasi dengan senyuman dan salam..
Mewarnai tirai keindahan alam dan kehidupan insan..
Segalanya adalah aturan Tuhan Pencipta Alam..

Ukhwah,
Kadang-kadang ia sepi tanpa bicara..
Kadang-kadang ia penuh dengan gelak tawa..
Semuanya kerana episod suka dan duka..
Yang meriah menghiasi taman ukhwah kita..

Ukhwah,
Tiada bicara dan kata tak bermakna kita sepi tanpa bicara..
Tiada senyuman dan tawa, tak bermakna kita sedih dan kecewa..
Kerna ada pelbagai jalan dan cara untuk kita menghadirkan bicara dan kata..
bagi memaniskan dan mengharmonikan lagi ikatan ukhwah kita..

Ukhwah,
Semoga dengannya kita bahagia..
Mengecapi nikmat hablumminannas di dunia..
Semoga dengan doa dan kasih sayang menguatkan ukhwah kita..
Semoga Allah redha dan merahmati ikatan ukhwah kita ini seadanya..


Nukilan...
Faqirah Marhamah Mokhtar..
Dinukilkan pada 9/2/09, Isnin..
1:42 a.m..
Ds CG,USM..
Penang..

Sunday, February 8, 2009

~~RINTIHAN HATIKU...~~


Ya Allah,
Terima kasih untuk segalanya..
Engkau telah mencipta diri ini seadanya..
Memberi nikmat Iman,Islam dan segalanya..
Tiada yang lebih indah buat diriku selain kasih syg dan redhaMu buat diriku sebagai hamba..


Ya Allah,
Di saat aku berduka..
Di saat aku suka dan gembira..
Engkau bersamaku setiap masa dan setiap ketika..
Tidak pernah Engkau meninggalkan diriku walau sesaat jua..


Ya Allah,
Di kala aku sedih dan kecewa dengan gelora kehidupan..
KepadaMu lah aku merintih,memohon dan meminta pertolongan..
Menagih kasih dan sayangMu wahai Tuhan..
Supaya hati,perasaan dan langkah kehidupanku menjadi tersusun dgn pancaran Iman..


Ya Allah,
Tikar sejadah,telekung dan seluruh jasadku..
Menjadi saksi pengabdianku kerana cintaku kepadaMu..
Semoga dengannya aku terus dalam jalan dan cahayaMu..
Kerana tiada apa yang lebih penting selain cinta dan redhaMu..


Ya Allah,
Peganglah hatiku Ya Allah..
Jauhilah aku drp kesesatan Ya Allah..
Peliharalah diriku drp keghairahan dunia Ya Allah..
Sentiasa bersamaMu,mencari cinta dan redhaMu menjadi tujuanku Ya Allah..
Dgrkanlah rintihan hatiku ini Ya Allah..(3 )
Wahai Tuhan Pemilik sekalian alam,syukran Ya Allah..


Nukilan..
Marhamah Mokhtar..
Feb.8 b'smaan 12 Safar 1430h..
Ahad..
5:12 pm..
CG..USM..