Friday, January 16, 2009

~~PERISTIWA SEMALAM~~


Dpt dilihat kegelisahan yg terpancar pd raut wajah gadis t'sbt,semuanya gara-gara SMS yg dihantarnya kpd seorg kakak yg disayanginya. Apa yg dibuatnya pd malam itu serba tidak kena gara-gara SMS yg berbunyi.."Salam,mulai hari ini,adik tak syg kakak lagi..huhuk.." yg dihantar kpd kakaknya pada senja semalam. SMS yg dihantarnya itu hanya suka-suka dan tidak bermaksud untuk melukakan hati kakak kesayangannya itu.

Seperti kebiasaan malam Jumaatnya,slps solat Maghrib,gadis itu akan membaca surah Yasin dan seterusnya menunggu untuk solat Isyak. Semasa menunggu masuknya waktu Isyak,fikiran gadis itu terfokus kepada kiriman SMS yang dihantarnya senja tadi. Oleh sebab SMS yang dihantarnya tak berbalas, gadis itu membuat keputusan untuk menghantar satu lagi SMS kepada kakaknya bagi tujuan meminta maaf dia atas kiriman SMS yang dihantarnya pada senja tadi.."ermm..baik aku taip dulu msg ni, and lepas smbhyg Isyak nanti baru aku sendkan...".

Setelah selesai solat Isyak dan dalam doanya gadis itu seperti biasa akan memohon keampunan, keteguhan iman dan bermacam-macam lagi permintaannya kepada Tuhan Rabbul Jalil. Antara doanya berbunyi.." Ya Allah, teguhkanlah imanku,pegangkanlah hati,jauhkanlah aku daripada kesesatan,ampunilah dosaku,dosa kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,sahabat-sahabatku,guru-guruku,dan muslimin dan muslimat sekalian . Ya Allah, ampunilah keterlanjuran hatiku,perbuatanku,pancainderaku,dan jauhilah aku drp azab api neraka,dan berikanlah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat," dan dalam doa tersebut gadis itu memohon dgn tulus hati di atas keterlanjuran kiriman SMS yang dihantarnya kepada kakaknya senja tadi. Hal ini kerana,dirinya merasa terlalu bersalah terhadap kiriman gimik SMSnya itu,sedangkan kakaknya memang baik kepadanya dan dia pun sebenarnya sayang kepada kakaknya itu...

Dan setelah selesai solat,gadis itu bertekad untuk menghantar SMS yang ditaipnya sebelum solat tadi,yang bertujuan untuk memohon maaf kepada kakaknya itu. Dan setelah itu,gadis itu memohon kepada Allah agar kakak kesayangannya itu membalas kiriman SMS yang dihantarnya itu dan sekaligus memaafkan kesilapannya.." Ya Allah..bagilah kakakku membalas SMSku ini dan memaafkan perbuatanku ini."amin..

Selepas beberapa ketika SMS itu di hantar dan juga tidak berbalas,gadis itu menjadi tidak keruan dan risau. Tetapi seperti malam-malam sebelumnya,gadis tersebut tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar iaitu mengulangkaji pelajaran atau study. Dalam pada itu,gadis itu bermonolog dengan dirinya.." Malam ni,aku nak study subjek ni la n nak bagi faham apa2 yg tak faham lagi..". Tetapi setelah dua muka surat dibacanya,hati dan fikirannya kembali terganggu dgn SMS yang dihantarnya senja tadi dan SMS keduanya selepas solat Isyak..yg bertujuan memohon maaf kepada kakaknya itu..

Setelah sejam SMS kedua yang dihantarnya,barulah SMSnya dibalas oleh kakak kesayangannya itu. Dalam SMS tersebut,kakaknya menghantar kata-kata yang membuat hatinya tersentuh... Dengan serta merta dia cuba menelefon kakaknya tapi tak panggilannya tak berjawab. Setelah itu, dia menghantar satu lagi SMS yang bertujuan memohon sekali lagi maaf kepada kakaknya dan ingin memberitahu sekali lagi bahawa SMS yang dihantarnya senja tadi hanyalah gimik sahaja...

Dalam masa dia menaip SMS itu,dia mendapat satu lagi SMS drp kakaknya dan dalam SMS itu berbunyi..."Jangan risau, kak tak marah pun,kak takdak crd tadi,ni baru topup,mengantuk n sgt letih sbb mkn ubat yg amik td,xdak hl,kak tau adik main2 ja:,) k,tke care ye syg..
Setelah menerima kiriman SMS itu,gadis tersebut pun mengSMS semula kakaknya dan dalam SMSnya dia berjanji tak akan buat lagi macam tu kepada kakaknya. Setelah itu, barulah gadis itu tenang dan terus menyambung studynya yang terganggu tadi gara-gara SMS gimik yang dihantarnya pada senja tadi.

Kini,gadis itu berjanji pada dirinya tak akan mengulangi perbuatan seperti ini lagi dan mengucapkan syukur pada Allah kerana memberinya seorang kakak yang baik dan penyayang.." Syukur Ya Allah..."

Dengan peristiwa semalam,kini,gadis itu yakin dan mengerti betapa ukhuwah yang terjalin sangat berharga buat dirinya,dan dia memohon kepada Allah,agar jalinan ukhuwah ini berkekalan dan diredhai Allah hingga ke akhir hayatnya..

Itulah...sebuah "peristiwa semalam" yang banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan dan jalinan ukhuwah suci dalam kehidupan ini.....

Nukilan...
Marhamah Mokhtar..
12:30 PM..
16/1/09.. bersamaan 19 Muharam 1430H..
Jumaat..
Dsa CG..
Usm,Penang..

Sunday, January 11, 2009

~~MAKCIK2 CLEANER YANG RAJIN..~~

Assalamualaikum,salam maal hijrah dan salam kasih syg. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberi kesempatan untuk menyedut udara di atas muka bumi ini,selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w,ahli baitnya,para sahabat dan seluruh umat Islam,terutamanya,sahabat2 kita di Palestin. Semoga mereka semua sabar dgn dugaan ini dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah S.W.T,insyaallah..

Alhamdulillah,masuk tahun baru ni,genaplah umur saya 22 tahun hidup sbg seorg insan di muka bumi ini. Tahun baru jgk menandakan bermulanya sem baru yg penuh dengan cabaran dan pengalaman sbg seorg student. Ha'a,tapi bukan itu yg saya nk coretkan disini...

Haaa...masuk sem baru ni,makcik2 cleaner di hostel saya duduk pun bertukaq baru..besa la,yg lama pergi dan yg baru mai,tambah2 plk,la ni tahun baru..tak gitu..? Apa yg dapat saya lihat perbezaan makcik2 cleaner yg baru ni,depa lebih rajin dan byk kerja yg depa buat drp makcik2 sebelum ni..Perkara ni bukan saya sorg ja yg dapat lihat,tapi jgk kawan2 saya yg lain..

Ada dua tiga keja yg makcik2 ni buat,yg tak penah saya tengok makcik2 sblm ni tak buat,seperti menyerawang di sepanjang koridor,mop sepanjang koridor,berus karat2 kat tandas dan sbgnya..
kadang2 rasa kesian tgk makcik2 ni angkat sampah dr tgkt empat turun ke bawah..huhuk..rajin sungguh makcik2 ni.. Sampai ada satu hari tu,roomate saya ckp,mcm nk tlg angkat plastik2 sampah tu turun kat bawah,sbb kesian tgk makcik2 tu bwk.. masa tu roomate saya on the way pi klas....

Ada satu hari tu,dlm pkl 2.45 ptg,masa saya nkpi klas,makcik2 ni masih lagi buat keja,masa tu,sorang makcik tu sedang membuang sarang2 labah kat koridor di depan bilik saya,bila saya tgk makcik tgh buat keja di depan bilik saya,tak jadilah saya nk bukak pintu..bukan apa,rasa kesian dan simpati tgk makcik tu tgh buat keja wlpn dah ptg2 mcm tu..dedikasi betui makcik cleaner baru ni buat keja.. Tadi pun masa sya pi tandas untuk ambik wuduk,saya tgk sorang makcik tu tgh memberus karat2 kat tandas tu..

Saya dan kawan2 slalu bila lps mkn slalu ja cakap pasal sikap rajin makcik2 cleaner baru ni..bukan apa,kdg2 tu sampai petang pun buat keja lagi,yg mana waktu tu kita yg pi klas pagi pun dah balik ke bilik..

Apapun,sya dan kawan lain di sini,ucapkan tima kasih byk2 kat makcik2 ni,sbb, kerana depa semua,desa CG bersih,dan kerana dedikasi depalah,menjadi penyebab salah satu penghuni di sini dapat belajar dlm suasana yg baik..alhamdulillah..

Semoga kerajinan makcik2 ini menjadi ikutan kpd kita dalam setiap langkah kerja buat kita..insyaallah..dan smga kerja mereka mendapat ganjaran besar di sisi Allah S.W.T, insyaallah..

p/s: Rajin2kanlah diri dlm kerja buat kita dan dlm ibadah,semoga kita menjadi hamba Allah yg sentiasa bersyukur dan sentiasa dlm redhaNya..

...Marhamah Mokhtar...
...Meja study h34/338...
..11 Jan 2009..
..14 Muharam 1430 h..
..04:21 pm,Ahad..
..Usm,Penang..