Friday, October 9, 2009

~~Mata Melihat,Hati Pada Allah...~~

Tatkala mata melihat akan peristiwa malam ini, Hatiku bertanya,apakah ini yg dimahukan dalam memajukan negara dan rakyat? Apakah ini maksud sebenar di sebalik sebuah slogan?

Ah!!!!! hatiku memberontak dan tak menentu tatkala acara berlangsung.. Pada mulanya agak menarik bagiku,tetapi setelah lama aku mula tak senang..

Masya Allah,Astaqfirullah,hatiku mengingati Allah...
Aku melihat ramai sekali manusia malam ini termasuk aku salah seorangnya..

Dalam diam dan kegelapan yg disinari cahaya neon2....
Hatiku berdetik dan berkata2... Apakah dalam ramai2 manusia pada malam ini hatinya pada Allah... Adakah dalam keseronokan spt ini hatinya masih terpaut pada Allah... Alhamdulillah,hatiku masih terpaut pada Allah...

Buat semua: Dlm kita berseronok,jgn lupa pada Allah..jaga batasan2 yang telah ditetapkan oleh Syariat Islam..Ingatlah bahawa diri kita sentiasa diawasi oleh Yang Maha Kuasa.Islam tidak melarang kita untuk berhibur,tapi cuma perlu mengikut batas2 yang telah ditetapkan.

Buat yg bergelar pemimpin: Pemimpin adalah contoh kepada org yg dipimpin,contoh yg baik dan menepati syariat Islam adalah yg terbaik. Selidikilah semua acara yg mahu dijalankan supaya ianya menepati syariat Islam,kerana apa yg kita lakukan akan ditanya pada hari kemudian.



~Matlamat tidak menghalalkan cara~


"Jika kita keliru samaada mahu mengikut cara Si A atau Si B, maka jalan yg terbaik ialah ikutlah apa yg disuruh dan yg ditetapkan oleh Allah S.W.T, dgn itu kekeliruan itu akan hilang dan diri kita sentiasa dlm lindungan Allah Yang Maha Esa"

~~Lontaran rasa~~
~~Love Chosen~~
~~10/10/09~~
~~USM~~

Monday, September 21, 2009

Berkatilah Mereka Ya Allah…

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua, selautan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada kita sbg hambaNya untuk mengecapi kehidupan di atas muka bumi ini dan menyedut udara yg segar dan menikmati pemandangan yang indah milik Allah, tuhan sekalian alam. Seterusnya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w, ahli baitnya, para sahabat dan muslimin serta muslimat di atas muka bumi ini.amin…

Alhamdulillah, hari ni 16 Sept. 2009 merupakan hari ulang tahun kelahiran ayah saya yang ke-70, dan sebelum ini iaitu 26 Ogos.2009 merupakan ulang tahun kelahiran mak saya yang ke-60. Alhamdullillah, kedua2nya masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepada Allah S.W.T sebagai hambaNya, menjadi ibu ayah yang beriman, soleh lagi solehah, contoh tauladan kepada kami anak2, tok dan tokwan kepada cucu2 serta kepada keturunan penyambung generasi masa depan..InsyaAllah..

Alhamdulillah, kami sebagai anak2 Haji Mokhtar bin Mohamad dan Hajah Siti Rahmah bt Lateh, memanjat rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan kami ibu dan ayah yang soleh dan solehah, mendidik kami menjadi insan yang berguna, membekalkan kami ilmu dunia dan akhirat yang kukuh,memberikan kasih syg yang dilimpahi nur iman, sentiasa memberi redha kepada kami yang mana ianya membawa kepada redha Allah S.W.T, serta menjadi ibu ayah kebanggaan kami semua anak2 ayah dan mak seramai 8 org yg masih diberi kesempatan untuk menyedut udara dunia, serta 4 org lagi yang telah kembali menghadap Allah S.W.T.

Alhamdulillah, kami juga ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T dan syukran jazilan kepada mak dan ayah kerana membekalkan ilmu agama dan ilmu dunia dan juga sentiasa menitiberatkan ilmu agama kepada kami sebagai anak2.. Masih saya ingat,ayah dan mak sentiasa mengucap syukur kerana kami sebagai anak2 mampu membaca al-quran dgn baik, menjadi hafiz dan hafizah buat diri sendiri, ayah dan mak lah mengajar sendiri kami membaca Al-quran, mukjizat Allah ini, alhamdulillah.. Apa yg saya ingat, kami dibekalkan sebuah Al-quran setiap seorang. Dan apabila kami belajar di tempat yang jauh, ayah dan mak akan membekalkan pula Al-quran tafsir kepada kami. Ini semua adalah untuk membentuk kami sebagai hamba2 Allah yang lebih kuat dan sentiasa menjadikan Al-quran sebagai santapan rohani dan memahami maknanya dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian…alhamdulillah Ya Allah, kami sebagai anak2 merasa syukur yang tak terhingga atas kurniaan ini…

Kasih syg yg tak berbelah bahagi juga dicurahkan ke atas kami dan dgn penuh tanggungjawab serta amanah dalam menjalankan amanah Allah yg besar ini, iaitu mendidik anak2 menjadi insan yang berguna, berjaya dan bersyukur pada hari ini. Alhamdulillah3.Syukran mak dan ayah sebab melahirkan kami, mendidik kami, memberi kasih syg kpd kami anak2 kalian, dan berkorban segalanya serta sentiasa berdoa dalam setiap derap langkah kehidupan buat kami semua. Syukran jazilan3..

Ya Allah,jadikanlah kami semua anak2 yang sentiasa ingat akan jasa2 mak dan ayah kami, jadikanlah kami anak2 yang soleh lagi solehah,jadikanlah kami anak2 yg taat kepada mak dan ayah kami selagi ianya tidak melanggar syariatMu Ya Allah. Ya Allah jadikanlah kami anak2 yg mampu berbakti kepada kedua mak dan ayah kami, anak2 yg menyenangkan hati mak dan ayah kami dan anak2 sebagaimana yg dituntut olehMu Ya Allah…

Ya Allah,di bulan yg penuh barakah dan mulia ini, kami anak2 Haji Mokhtar bin Mohammad dan Hajah Siti Rahmah bt Lateh memohon dan kpdMu semoga berkatikanlah mak dan ayah kami, rahmatilah mereka, berikanlah kesihatan yg baik kpd mereka dan seterusnya berikanlah ganjaran pahala kepada mereka Ya Allah. Ya Allah, berikanlah kesihatan yg baik kepada mak dan ayah kami agar dapat terus beribadat kpdMu, dapat terus menegur salah dan silap kami dan seterusnya kami mohon kepadaMu, kumpulkanlah kami semua dlm JannahMu Ya Allah., amin ya rabbal a’alamin.

Selamat Hari Lahir Mak dan Ayah,semoga keluarga kita serta keturunan kita sentiasa diberkati Allah..amin..

~~Nukilan~~
~~Marhamah Mokhtar~~
~~ Anak ke-7 @ ke-11 dlm keluarga~~
~~Saujana 8.29 pg,16 Sept. 09~~
~~25 Ramadhan 1430H~~

Friday, August 28, 2009

BAZAR RAMADHAN..

Assalamualaikum salam penuh motivasi dan salam kecemerlangan. Selamat berpuasa dan bertarawih diucapkan kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada..semoga ramadhan kali ini dapat menyuntik semangat kita untuk meningkatkan iman dan amal kepada Allah..insyaAllah..

Bila sebut bulan puasa ni,apa yg sinonim dgnnya ialah puasa,tarawih dan juga bazar ramadhan. Tapi apa yg saya nk highlight kan disini ialah berkenaan bazar ramadhan. Sepanjang bulan ramadhan yg telah berlalu beberapa hari ini,saya berkesempatan untuk pergi menjenguk2 dan membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar ramadhan RST,USM. Alhamdulillah,banyak gerai yang dibuka dan pelbagai juadah yang menarik dijual di bazar tersebut..

Antara juadah dan menu yang sempat saya lihat ialah spt nasik kerabu,murtabak,nasik ayam, roti john,mee goreng,kueteow goreng,dan pelbagai lagi. Dalam kategori kuih muih plk spt spera,karipap,popia kering dan basah,agar2 yg pelbagai rasa dan macam2 lagi. Untuk bahagian air plk ialah spt air kelapa muda@ayaq nyok muda,air jagung,air tebu,air cincau dan lain2. semuanya sangat menarik dan menyelerakan.yumMMM.....!!!yumMMM!!!yuMMMMM...!!! heh...

Seterusnya apa yg saya nak highlightkan lagi kat sini ialah berkenaan dgn proses membuat murtabak,menggoreng mee dan kueteow. Apa yg dapat saya lihat kat bazar ramadhan tersebut,sesetengah peniaga yang membuat murtabak,menggoreng mee dan koeteaw ini menggunakan telur yang tidak dibasuh dahulu sebelum digunakan.Sebabnya saya dapat lihat telur2 itu diambil dari bekas telur yg biasanya kita dapat semasa kita membeli telur dalam kuantiti yg banyak dari kedai2..ini menggambarkan tahap kebersihan yg kurang memuaskan.. dan tidak suci dalam proses penyediaan makanan..

Saya klw melihat keadaan ini,iaitu telur yg digunakan tidak dibasuh saya akan terus reject @ tak akan beli. Hal ini kerana,itu menggambarkan penjual itu pengotor dan tidak melambangkan halalan toyyiban menurut apa telah digariskan oleh Islam...sangat tidak bersih dan amat menjijikkan kerana mungkin telur itu masih mempunyai sisa tahi ayam yg melekat padanya..

Tapi di bazar ramadhan tersebut,terdapat sebuah gerai yg menjual murtabak yang amat laris. Hal ini kerana,mungkin murtabak yg dibuat oleh pakcik tersebut sedap.Tetapi apa yg penting, pakcik tersebut membasuh telur ayam yg mahu digunakan dalam menyediakan murtabak tersebut... alhamdulillah,masih ada kesedaran ttg kesucian dan kebersihan dlm proses menyediakan makanan...alhamdulillah..

Satu persoalan yg saya ingin bertanya di sini:
Apa pendapat anda ttg para peniaga yang tidak mementingkan kebersihan dan kesucian dalam proses menyediakan makanan seperti penggunaan telur yg tidak dibasuh seperti di atas? Dan apa yg perlu di ingatkan kepada golongan peniaga2 ini?

Sekian dulu coretan saya di bulan ramadhan yg mulia ini...
Sekian ...wasalam...

~~Marhamah Mokhtar~~
~~P.K,Pendang~~
~~4.42 ptg,28/8/09~~

Friday, August 7, 2009

~~DAH LA.....!!!!~~

Salam...sume...smga dlm rahmat Allah slalu...Insyaallah..amin=)

Assalamualaikum sume,salam penuh motivasi lagi hebat skali....hehe...
Dah la!! APA tu?..
Takdak papa...!!!..Cuma luahan rasa yg pelik dgn keadaan sekeliling,dan ttg perhubungan sesama insan..pelik,heran,dan pelbagai rasa...(terpelik dan terheran seketika....)

Ntah pa2 la...!!!!

Ok..wasalam...

~~Pelik yg membawa seribu makna dan firasat di minda...,biarkan saja,pedulikan sstghnya..!!!

~~MSM,CG,USM~~
~~7/8/09 Jumaat~~

Monday, August 3, 2009

~~Salam,dok buat pa la?~~

Salam,dok buat pa la?

Erm...penah kawan2 dapat msg mcm ni? Tentu penah kan..!!!, Erm...msg mcm ni la slalu saya hantaq kpd org2 yg rapat dgn saya bila saya rasa boring dan iklim kebosanan mula menggugat jiwa saya yang satu ni...keh3.. Opppss!!!tapi jangan ingat saya akan hntaq masa ni bila kebosanan membelenggu diri saya ja..masa saya riang gembira jugak saya akan hntaq msg atau call kat semua orang!!!(gaya upin n ipin)keh3 untuk bertanya khabaq depa....hihi..

Antara yang slalu jadi mangsa saya ialah,mak n ayah saya kat rumah,kakak2 saya,abg2 saya,adik saya,kak gyh dan jugak sahabat2 terdekat saya.... Al maklumlah,ni la antara insan2 yg rapat dgn saya....

Erm....alhamdulillah,slalunya msg saya akan di”reply” kembali oleh mereka.. Klw ayah reply slalunya ayah akan tulih ” Wslm,ayah dgn mak dok kat dapur,tgh minum ptg makan cucuq mak buat...”
Time ayah reply msg tu,saya suka sgt!!!,sbb kdg2 lawak msg yg ayah tulih tu,hehe....

Klw kak2,abg2 n adik saya reply plk depa akan tulih,” Wslm,tak buat pa pun,dok relax2 ja.” ataupun ” Dok tgh makan ni...hehe..hg dok buat pa?.”

Klw k.gyh plk, dia akan tulih, ” Salam,tak buat pa,dok tggu cek abg blk keja..hihi..dikmah dok buat pa?” hehe...

Klw sahabat2 saya tulih plk,slalunya msg bunyi mcm ni ” Slm, dok depan laptop,sambil dok smbg2.hg?.”

Ha’aa,klw tgk drp msg2 yg di ’reply’ tu sumenya nmpk mcm org2nya dok relax kan? Awatnya tak nmpk relax,sbb slalunya,saya akan hntaq msg ni waktu ptg2 mcm dlm pkl 6 mcm tu,tu yg nmpk mcm dok relax tu..hihi...

Opppp!!!satu lagi, klw saya bernasib baik,ayah,kak2 n adik saya akan tepon terus saya,n ckp,mesti hg tgh boring kan?..hehe.. waktu tu,best sgt!!! Dpt sembg2,alhmdulillah...

Daripada perkara di atas apa yg saya dan anda dapat?
Ha’a... apa yg dapat saya simpulkan di sini ialah,selalulah bertanya khabar kpd insan2 yg kita kenal dan yg akrab dgn kita,tak kira masa,jgn hanya waktu kita boring aja(tapi tgk masa yg sesuai jgk,jgn tgh2 malam pun hntq msg,hihi). Lagi satu tu,masa hntq msg atau call tu, hntaq dgn perasaan yg suka hati..sbb org yg dapat msg jugak akan dpt rasa aura rasa yg sama dgn kita iaitu suka hati lagi bahagia...(senyum)

Ermmm...kat sini dulu celoteh ala2 motivasi saya kali ni, ada masa lpg saya tulih lagi dgn tajuk2 yg bombastik..hehe..wslm dan salam motivasi sume..

Smga terus anggun dan unggul ( bak kata Dr. HM Tuah Iskandar dlm buku2 motivasinya)

~~Coret2 penaku~~
~~Faqirah Marhamah Mokhtar~~
~~9.12 mlm,Ogos 2/09~~
~~11 Syaa’ban 1430 h~~
~~Saujana,USM,Penang~~

Thursday, July 16, 2009

~~TERIMA KASIH YA ALLAH..~~

Alhamdulillah...syukur...syukran Ya Allah...

Terima kasih Ya Allah...
Memberikan ketenangan buat diri hamba...
Alhamdulillah,ucapan syukur kupanjatkan kepadaMu Ya Allah..
Smga dgnnya,menjadikan diri ini insan yg lebih redha akan ketentuanMu Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah..
Ya Allah,smga diriku lebih dekat dgnmu wlpn dlm pelbagai "rasa" kehidupan..
Menghadapi dunia yg sementara lagi fatamorgana...
Dalam menuju akhirat yang kekal abadi lagi dirindui akan setiap jiwa..

Terima kasih Ya Allah..
Tiada apa yg ku mampu lakukan selain usaha dan doa..
Mengharap sinar iman serta redhaMu sentiasa mengiringi derap langkah perjalananku..
Semuanya hanya satu,redhaMu yg utama kupinta lagi kurindu...

Terima kasih Ya Allah..
Tiada apa yang kuharapkan dalam perjalananku ini...
Agar Mahabbahku kepadaMu sentiasa menggunung tinggi...
Mensyukuri segala pemberianMu kepadaku yg bergelar hambaMu ini...

Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah...Terima kasih Ya Allah....
Thank you Allah,Ya Rahman Ya Rahim,Ya Rabbul Jalil..
Pemilik sekalian alam...

~~Luahan rasa~~
~~Marhamah Mokhtar~~
~~16 /7/09~~
~~8:24 pagi~~
~~Bilik kwn,CG~~
~~USM~~

Wednesday, July 15, 2009

~~SENYUMLAH,JGN MENANGIS WAHAI DIRI...~~

Senyumlah,jgn menangis wahai diri…

Senyumlah wahai diri…
Jangan menangis,jangan hiba…
Tabahkan hatimu dan kuatkan jiwa serta imanmu itu..
Walau dimana berada,ingat bahawa Allah ada bersamamu…

Senyumlah wahai diri...
Jangan menangis lagi,ingatlah Allah dan mak ayah..
Istiqfarlah,elakkan hatimu drp kosong..
Kerna itu semua saluran syaitan untuk mendampingmu...

Senyumlah wahai diri..
Jangan menangis lagi..bangun,kembaralah...
Terokailah dunia ini dgn membaca...
Itu semua ubat kesunyian jiwa dan gangguan syaitan buatmu..

Senyumlah wahai diri…
Jangan menangis jika tiada siapa di sisimu…
Ingat Allah masih ada wlpn manusia tiada di sisimu…
Masih ada yg setia mendengar rintihan hatimu...

Senyumlah wahai diri...
Bangun,lihat dunia ciptaan Allah azzawajalla..
Bangun dgn penuh motivasi untuk berjaya...
Bangunlah!!!Ingatlah kejayaan di depan sdg menantimu…

Senyumlah wahai diri…
Selagi engkau di jalan Allah,jgn bersedih…
Jangan kecewa,jangan teralpa..
Setiap diri itu itu berharga,maka berbahagialah…

Senyumlah wahai diri…
Jangan menangis lagi,bangunlah bina azam…
Bina matlamat kejayaan,doalah pada Allah...
Insyaallah,smga kau tenang dan berjaya pada jalan Allah...

P/s:- La tahzan wahai diriku,bangunlah,ucapkan syukur dgn nikmat Allah. Jika engkau ingin pandang manusia akan harta dunianya,pandanglah manusia yg rendah akan kehidupan drpmu,jika engkau mahu lihat manusia pada amal ibadatnya,pandanglah yg lebih tinggi drp dirimu,seperti para nabi,para sahabat dan solehfussoleh..
Bangun wahai diriku,hiduplah dgn ceria,wlpn jalannya penuh berliku dan amat sakit. Senymlah..jangan menangis wahai diri...

La Tahzan Marhamah....!!!

~~Luahan rasa...~~
~~Marhamah Mokhtar..~~
~~C-8,Saujana...~~
~~12 Julai 2009..~~
~~7:18 mlm..~~