Friday, October 9, 2009

~~Mata Melihat,Hati Pada Allah...~~

Tatkala mata melihat akan peristiwa malam ini, Hatiku bertanya,apakah ini yg dimahukan dalam memajukan negara dan rakyat? Apakah ini maksud sebenar di sebalik sebuah slogan?

Ah!!!!! hatiku memberontak dan tak menentu tatkala acara berlangsung.. Pada mulanya agak menarik bagiku,tetapi setelah lama aku mula tak senang..


Masya Allah,Astaqfirullah,hatiku mengingati Allah...
Aku melihat ramai sekali manusia malam ini termasuk aku salah seorangnya..

Dalam diam dan kegelapan yg disinari cahaya neon2....
Hatiku berdetik dan berkata2... Apakah dalam ramai2 manusia pada malam ini hatinya pada Allah... Adakah dalam keseronokan spt ini hatinya masih terpaut pada Allah... Alhamdulillah,hatiku masih terpaut pada Allah...

Buat semua: Dlm kita berseronok,jgn lupa pada Allah..jaga batasan2 yang telah ditetapkan oleh Syariat Islam..Ingatlah bahawa diri kita sentiasa diawasi oleh Yang Maha Kuasa.Islam tidak melarang kita untuk berhibur,tapi cuma perlu mengikut batas2 yang telah ditetapkan.


Buat yg bergelar pemimpin: Pemimpin adalah contoh kepada org yg dipimpin,contoh yg baik dan menepati syariat Islam adalah yg terbaik. Selidikilah semua acara yg mahu dijalankan supaya ianya menepati syariat Islam,kerana apa yg kita lakukan akan ditanya pada hari kemudian.



~Matlamat tidak menghalalkan cara~


"Jika kita keliru samaada mahu mengikut cara Si A atau Si B, maka jalan yg terbaik ialah ikutlah apa yg disuruh dan yg ditetapkan oleh Allah S.W.T, dgn itu kekeliruan itu akan hilang dan diri kita sentiasa dlm lindungan Allah Yang Maha Esa"

~~Lontaran rasa~~
~~Love Chosen~~
~~10/10/09~~
~~USM~~

Monday, September 21, 2009

Berkatilah Mereka Ya Allah…

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua, selautan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada kita sbg hambaNya untuk mengecapi kehidupan di atas muka bumi ini dan menyedut udara yg segar dan menikmati pemandangan yang indah milik Allah, tuhan sekalian alam. Seterusnya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w, ahli baitnya, para sahabat dan muslimin serta muslimat di atas muka bumi ini.amin…

Alhamdulillah, hari ni 16 Sept. 2009 merupakan hari ulang tahun kelahiran ayah saya yang ke-70, dan sebelum ini iaitu 26 Ogos.2009 merupakan ulang tahun kelahiran mak saya yang ke-60. Alhamdullillah, kedua2nya masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepada Allah S.W.T sebagai hambaNya, menjadi ibu ayah yang beriman, soleh lagi solehah, contoh tauladan kepada kami anak2, tok dan tokwan kepada cucu2 serta kepada keturunan penyambung generasi masa depan..InsyaAllah..

Alhamdulillah, kami sebagai anak2 Haji Mokhtar bin Mohamad dan Hajah Siti Rahmah bt Lateh, memanjat rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan kami ibu dan ayah yang soleh dan solehah, mendidik kami menjadi insan yang berguna, membekalkan kami ilmu dunia dan akhirat yang kukuh,memberikan kasih syg yang dilimpahi nur iman, sentiasa memberi redha kepada kami yang mana ianya membawa kepada redha Allah S.W.T, serta menjadi ibu ayah kebanggaan kami semua anak2 ayah dan mak seramai 8 org yg masih diberi kesempatan untuk menyedut udara dunia, serta 4 org lagi yang telah kembali menghadap Allah S.W.T.

Alhamdulillah, kami juga ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T dan syukran jazilan kepada mak dan ayah kerana membekalkan ilmu agama dan ilmu dunia dan juga sentiasa menitiberatkan ilmu agama kepada kami sebagai anak2.. Masih saya ingat,ayah dan mak sentiasa mengucap syukur kerana kami sebagai anak2 mampu membaca al-quran dgn baik, menjadi hafiz dan hafizah buat diri sendiri, ayah dan mak lah mengajar sendiri kami membaca Al-quran, mukjizat Allah ini, alhamdulillah.. Apa yg saya ingat, kami dibekalkan sebuah Al-quran setiap seorang. Dan apabila kami belajar di tempat yang jauh, ayah dan mak akan membekalkan pula Al-quran tafsir kepada kami. Ini semua adalah untuk membentuk kami sebagai hamba2 Allah yang lebih kuat dan sentiasa menjadikan Al-quran sebagai santapan rohani dan memahami maknanya dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian…alhamdulillah Ya Allah, kami sebagai anak2 merasa syukur yang tak terhingga atas kurniaan ini…

Kasih syg yg tak berbelah bahagi juga dicurahkan ke atas kami dan dgn penuh tanggungjawab serta amanah dalam menjalankan amanah Allah yg besar ini, iaitu mendidik anak2 menjadi insan yang berguna, berjaya dan bersyukur pada hari ini. Alhamdulillah3.Syukran mak dan ayah sebab melahirkan kami, mendidik kami, memberi kasih syg kpd kami anak2 kalian, dan berkorban segalanya serta sentiasa berdoa dalam setiap derap langkah kehidupan buat kami semua. Syukran jazilan3..

Ya Allah,jadikanlah kami semua anak2 yang sentiasa ingat akan jasa2 mak dan ayah kami, jadikanlah kami anak2 yang soleh lagi solehah,jadikanlah kami anak2 yg taat kepada mak dan ayah kami selagi ianya tidak melanggar syariatMu Ya Allah. Ya Allah jadikanlah kami anak2 yg mampu berbakti kepada kedua mak dan ayah kami, anak2 yg menyenangkan hati mak dan ayah kami dan anak2 sebagaimana yg dituntut olehMu Ya Allah…

Ya Allah,di bulan yg penuh barakah dan mulia ini, kami anak2 Haji Mokhtar bin Mohammad dan Hajah Siti Rahmah bt Lateh memohon dan kpdMu semoga berkatikanlah mak dan ayah kami, rahmatilah mereka, berikanlah kesihatan yg baik kpd mereka dan seterusnya berikanlah ganjaran pahala kepada mereka Ya Allah. Ya Allah, berikanlah kesihatan yg baik kepada mak dan ayah kami agar dapat terus beribadat kpdMu, dapat terus menegur salah dan silap kami dan seterusnya kami mohon kepadaMu, kumpulkanlah kami semua dlm JannahMu Ya Allah., amin ya rabbal a’alamin.

Selamat Hari Lahir Mak dan Ayah,semoga keluarga kita serta keturunan kita sentiasa diberkati Allah..amin..

~~Nukilan~~
~~Marhamah Mokhtar~~
~~ Anak ke-7 @ ke-11 dlm keluarga~~
~~Saujana 8.29 pg,16 Sept. 09~~
~~25 Ramadhan 1430H~~

Friday, August 28, 2009

BAZAR RAMADHAN..

Assalamualaikum salam penuh motivasi dan salam kecemerlangan. Selamat berpuasa dan bertarawih diucapkan kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada..semoga ramadhan kali ini dapat menyuntik semangat kita untuk meningkatkan iman dan amal kepada Allah..insyaAllah..

Bila sebut bulan puasa ni,apa yg sinonim dgnnya ialah puasa,tarawih dan juga bazar ramadhan. Tapi apa yg saya nk highlight kan disini ialah berkenaan bazar ramadhan. Sepanjang bulan ramadhan yg telah berlalu beberapa hari ini,saya berkesempatan untuk pergi menjenguk2 dan membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar ramadhan RST,USM. Alhamdulillah,banyak gerai yang dibuka dan pelbagai juadah yang menarik dijual di bazar tersebut..

Antara juadah dan menu yang sempat saya lihat ialah spt nasik kerabu,murtabak,nasik ayam, roti john,mee goreng,kueteow goreng,dan pelbagai lagi. Dalam kategori kuih muih plk spt spera,karipap,popia kering dan basah,agar2 yg pelbagai rasa dan macam2 lagi. Untuk bahagian air plk ialah spt air kelapa muda@ayaq nyok muda,air jagung,air tebu,air cincau dan lain2. semuanya sangat menarik dan menyelerakan.yumMMM.....!!!yumMMM!!!yuMMMMM...!!! heh...

Seterusnya apa yg saya nak highlightkan lagi kat sini ialah berkenaan dgn proses membuat murtabak,menggoreng mee dan kueteow. Apa yg dapat saya lihat kat bazar ramadhan tersebut,sesetengah peniaga yang membuat murtabak,menggoreng mee dan koeteaw ini menggunakan telur yang tidak dibasuh dahulu sebelum digunakan.Sebabnya saya dapat lihat telur2 itu diambil dari bekas telur yg biasanya kita dapat semasa kita membeli telur dalam kuantiti yg banyak dari kedai2..ini menggambarkan tahap kebersihan yg kurang memuaskan.. dan tidak suci dalam proses penyediaan makanan..

Saya klw melihat keadaan ini,iaitu telur yg digunakan tidak dibasuh saya akan terus reject @ tak akan beli. Hal ini kerana,itu menggambarkan penjual itu pengotor dan tidak melambangkan halalan toyyiban menurut apa telah digariskan oleh Islam...sangat tidak bersih dan amat menjijikkan kerana mungkin telur itu masih mempunyai sisa tahi ayam yg melekat padanya..

Tapi di bazar ramadhan tersebut,terdapat sebuah gerai yg menjual murtabak yang amat laris. Hal ini kerana,mungkin murtabak yg dibuat oleh pakcik tersebut sedap.Tetapi apa yg penting, pakcik tersebut membasuh telur ayam yg mahu digunakan dalam menyediakan murtabak tersebut... alhamdulillah,masih ada kesedaran ttg kesucian dan kebersihan dlm proses menyediakan makanan...alhamdulillah..

Satu persoalan yg saya ingin bertanya di sini:
Apa pendapat anda ttg para peniaga yang tidak mementingkan kebersihan dan kesucian dalam proses menyediakan makanan seperti penggunaan telur yg tidak dibasuh seperti di atas? Dan apa yg perlu di ingatkan kepada golongan peniaga2 ini?

Sekian dulu coretan saya di bulan ramadhan yg mulia ini...
Sekian ...wasalam...

~~Marhamah Mokhtar~~
~~P.K,Pendang~~
~~4.42 ptg,28/8/09~~

Friday, August 7, 2009

~~DAH LA.....!!!!~~

Salam...sume...smga dlm rahmat Allah slalu...Insyaallah..amin=)

Assalamualaikum sume,salam penuh motivasi lagi hebat skali....hehe...
Dah la!! APA tu?..
Takdak papa...!!!..Cuma luahan rasa yg pelik dgn keadaan sekeliling,dan ttg perhubungan sesama insan..pelik,heran,dan pelbagai rasa...(terpelik dan terheran seketika....)

Ntah pa2 la...!!!!

Ok..wasalam...

~~Pelik yg membawa seribu makna dan firasat di minda...,biarkan saja,pedulikan sstghnya..!!!

~~MSM,CG,USM~~
~~7/8/09 Jumaat~~

Monday, August 3, 2009

~~Salam,dok buat pa la?~~

Salam,dok buat pa la?

Erm...penah kawan2 dapat msg mcm ni? Tentu penah kan..!!!, Erm...msg mcm ni la slalu saya hantaq kpd org2 yg rapat dgn saya bila saya rasa boring dan iklim kebosanan mula menggugat jiwa saya yang satu ni...keh3.. Opppss!!!tapi jangan ingat saya akan hntaq masa ni bila kebosanan membelenggu diri saya ja..masa saya riang gembira jugak saya akan hntaq msg atau call kat semua orang!!!(gaya upin n ipin)keh3 untuk bertanya khabaq depa....hihi..

Antara yang slalu jadi mangsa saya ialah,mak n ayah saya kat rumah,kakak2 saya,abg2 saya,adik saya,kak gyh dan jugak sahabat2 terdekat saya.... Al maklumlah,ni la antara insan2 yg rapat dgn saya....

Erm....alhamdulillah,slalunya msg saya akan di”reply” kembali oleh mereka.. Klw ayah reply slalunya ayah akan tulih ” Wslm,ayah dgn mak dok kat dapur,tgh minum ptg makan cucuq mak buat...”
Time ayah reply msg tu,saya suka sgt!!!,sbb kdg2 lawak msg yg ayah tulih tu,hehe....

Klw kak2,abg2 n adik saya reply plk depa akan tulih,” Wslm,tak buat pa pun,dok relax2 ja.” ataupun ” Dok tgh makan ni...hehe..hg dok buat pa?.”

Klw k.gyh plk, dia akan tulih, ” Salam,tak buat pa,dok tggu cek abg blk keja..hihi..dikmah dok buat pa?” hehe...

Klw sahabat2 saya tulih plk,slalunya msg bunyi mcm ni ” Slm, dok depan laptop,sambil dok smbg2.hg?.”

Ha’aa,klw tgk drp msg2 yg di ’reply’ tu sumenya nmpk mcm org2nya dok relax kan? Awatnya tak nmpk relax,sbb slalunya,saya akan hntaq msg ni waktu ptg2 mcm dlm pkl 6 mcm tu,tu yg nmpk mcm dok relax tu..hihi...

Opppp!!!satu lagi, klw saya bernasib baik,ayah,kak2 n adik saya akan tepon terus saya,n ckp,mesti hg tgh boring kan?..hehe.. waktu tu,best sgt!!! Dpt sembg2,alhmdulillah...

Daripada perkara di atas apa yg saya dan anda dapat?
Ha’a... apa yg dapat saya simpulkan di sini ialah,selalulah bertanya khabar kpd insan2 yg kita kenal dan yg akrab dgn kita,tak kira masa,jgn hanya waktu kita boring aja(tapi tgk masa yg sesuai jgk,jgn tgh2 malam pun hntq msg,hihi). Lagi satu tu,masa hntq msg atau call tu, hntaq dgn perasaan yg suka hati..sbb org yg dapat msg jugak akan dpt rasa aura rasa yg sama dgn kita iaitu suka hati lagi bahagia...(senyum)

Ermmm...kat sini dulu celoteh ala2 motivasi saya kali ni, ada masa lpg saya tulih lagi dgn tajuk2 yg bombastik..hehe..wslm dan salam motivasi sume..

Smga terus anggun dan unggul ( bak kata Dr. HM Tuah Iskandar dlm buku2 motivasinya)

~~Coret2 penaku~~
~~Faqirah Marhamah Mokhtar~~
~~9.12 mlm,Ogos 2/09~~
~~11 Syaa’ban 1430 h~~
~~Saujana,USM,Penang~~

Thursday, July 16, 2009

~~TERIMA KASIH YA ALLAH..~~

Alhamdulillah...syukur...syukran Ya Allah...

Terima kasih Ya Allah...
Memberikan ketenangan buat diri hamba...
Alhamdulillah,ucapan syukur kupanjatkan kepadaMu Ya Allah..
Smga dgnnya,menjadikan diri ini insan yg lebih redha akan ketentuanMu Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah..
Ya Allah,smga diriku lebih dekat dgnmu wlpn dlm pelbagai "rasa" kehidupan..
Menghadapi dunia yg sementara lagi fatamorgana...
Dalam menuju akhirat yang kekal abadi lagi dirindui akan setiap jiwa..

Terima kasih Ya Allah..
Tiada apa yg ku mampu lakukan selain usaha dan doa..
Mengharap sinar iman serta redhaMu sentiasa mengiringi derap langkah perjalananku..
Semuanya hanya satu,redhaMu yg utama kupinta lagi kurindu...

Terima kasih Ya Allah..
Tiada apa yang kuharapkan dalam perjalananku ini...
Agar Mahabbahku kepadaMu sentiasa menggunung tinggi...
Mensyukuri segala pemberianMu kepadaku yg bergelar hambaMu ini...

Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah...Terima kasih Ya Allah....
Thank you Allah,Ya Rahman Ya Rahim,Ya Rabbul Jalil..
Pemilik sekalian alam...

~~Luahan rasa~~
~~Marhamah Mokhtar~~
~~16 /7/09~~
~~8:24 pagi~~
~~Bilik kwn,CG~~
~~USM~~

Wednesday, July 15, 2009

~~SENYUMLAH,JGN MENANGIS WAHAI DIRI...~~

Senyumlah,jgn menangis wahai diri…

Senyumlah wahai diri…
Jangan menangis,jangan hiba…
Tabahkan hatimu dan kuatkan jiwa serta imanmu itu..
Walau dimana berada,ingat bahawa Allah ada bersamamu…

Senyumlah wahai diri...
Jangan menangis lagi,ingatlah Allah dan mak ayah..
Istiqfarlah,elakkan hatimu drp kosong..
Kerna itu semua saluran syaitan untuk mendampingmu...

Senyumlah wahai diri..
Jangan menangis lagi..bangun,kembaralah...
Terokailah dunia ini dgn membaca...
Itu semua ubat kesunyian jiwa dan gangguan syaitan buatmu..

Senyumlah wahai diri…
Jangan menangis jika tiada siapa di sisimu…
Ingat Allah masih ada wlpn manusia tiada di sisimu…
Masih ada yg setia mendengar rintihan hatimu...

Senyumlah wahai diri...
Bangun,lihat dunia ciptaan Allah azzawajalla..
Bangun dgn penuh motivasi untuk berjaya...
Bangunlah!!!Ingatlah kejayaan di depan sdg menantimu…

Senyumlah wahai diri…
Selagi engkau di jalan Allah,jgn bersedih…
Jangan kecewa,jangan teralpa..
Setiap diri itu itu berharga,maka berbahagialah…

Senyumlah wahai diri…
Jangan menangis lagi,bangunlah bina azam…
Bina matlamat kejayaan,doalah pada Allah...
Insyaallah,smga kau tenang dan berjaya pada jalan Allah...

P/s:- La tahzan wahai diriku,bangunlah,ucapkan syukur dgn nikmat Allah. Jika engkau ingin pandang manusia akan harta dunianya,pandanglah manusia yg rendah akan kehidupan drpmu,jika engkau mahu lihat manusia pada amal ibadatnya,pandanglah yg lebih tinggi drp dirimu,seperti para nabi,para sahabat dan solehfussoleh..
Bangun wahai diriku,hiduplah dgn ceria,wlpn jalannya penuh berliku dan amat sakit. Senymlah..jangan menangis wahai diri...

La Tahzan Marhamah....!!!

~~Luahan rasa...~~
~~Marhamah Mokhtar..~~
~~C-8,Saujana...~~
~~12 Julai 2009..~~
~~7:18 mlm..~~

Saturday, June 20, 2009

~~KETULUSAN HATI~~

Lirik Lagu Ketulusan Hati (Ost Aqso & Madina) - Marshanda

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Label:

Thursday, April 30, 2009

~~KU PASTI MERINDUIMU CG...!!!~~

Assalamualaikum sume...alhamdulillah..jumpa lagi..moga dalam lindungan Allah slalu..

Cepat rasanya masa berlalu,dah habis dah sem 2 sidg 08/09 ni..bulan 7 ni msk tahun 3 dah,dan bermulalah kehidupan kampusku di desa saujana. Sedih dah rawan jgk hatiku takala mendapat tahu ttg berita ini..tapi diri ini tetap bersyukur ke hadrat Illahi kerana mndapat tempat untuk tinggl di desa @ hostel berbanding yg terpaksa mnyewa rumah..alhamdulillah..

Apa yg menariknya ttg CG..dan kenapa diriku pasti merinduinya???


Kali pertama, ku menjejak kakiku ke desa yg damai ini setelah berjaya msk U...
Hatiku tlh terpaut oleh susun atur dalam bilik ini,bilik H34/338 ini,gembira tak terkata ditambah dgn gembira dan rasa syukur sbb dapat msk U..

Di sini juga diriku mendapat seorang roomate yg baik hati,lawak,suka membantu dan sebagainya ttg dirinya iaitu Marina Abdullah @ Ina. Syukran Ina..sbb byk kenangan suka duka yg kita lalui bersama slma 2 tahun kita bersama di sini..

CG juga mencipta kenanganku,kerana ramai kawan2ku disini antaranya,nana,maziah,kak.bai,ayu, ami,suzi,wawa,imi,rati,jes,husna,mira dan ramai kawan2 yg lain. Syukran juga, sudi bersahabat,mencipta memori dan kenangan bagi sebuah perjalanan buat insan seperti diriku...Syukran,banyak membantu,mendengar masalah diriku,makan bersama2,bermain bersama2,bergelak ketawa,dan kdg2 skodeng dan bergosip ttg cerita di sekeliling kita...hehe.. (Ingat lagi tak kakbai,ina,ayu n ami?) pasti kalian ingat ttg kita pada waktu itu kan? Diri ini pasti merindui suasana ini...huhuk...

Suasana CG yg damai,dan juga penghuninya yg peramah mnybbkn diriku mudah mesra dengan jiran2 di sini..antara jiran2ku sejak tahun 2007 dan skrg ialah kak ti dan kak tasnim merupakan kakak2 yg baik hati,senyum selalu, slalu bertanya khabar dan sbginya(jiran sebelah kiri bilikku), kak ying dan roomatenya yg murah senyuman dan syukran sbb bagi nota2 tu( jiran sebelah kanan bilikku),Eng Hui(adik cinaku yg peramah,pelawak,comey bangat,baik dan murah snyuman),kak gayah(sgala2 ada padanya..heh,kak yg special for me..!!!),kak erina(kak yg sgla2nya padanya,penah buat bunyi kucing smsa diriku sdg membaca maklumat di board berdekatan tangga,ingat lagikah kak erina?),kak farhana(baik bangat),kak sern(mandian kita sama..hehe),kak aya,kak rajesh( syukran bg nota2), kak yani, kak ida( slalu bertanya diriku..dah makan ka Mah?),kak mala dan jiran2ku yg lain,yg slalunya murah senyuman apabila berselisih bahu takala mahu ke bilik mandi dan sebagainya..syukran3..kerana kalian sume telah mewarnai perjalananku selama 2 tahun diri ini menjadi penghuni CG ini..!!!

Desa CG juga meriah dengan dan terutamanya bilik kami(diriku dan ina),menjadi tempat makan terutamanya slps balik dari kelas dan balik dari pasar malam. Bilik kami juga sering menjadi tumpuan kawan2 untuk berbincg dan berehat untuk bersolat sementara pada waktu zohor kerana bilik ini dan juga desa CG ini dekat dgn dewan2 kuliah esp.zu dan mas..(lps ni takleh dah la...,masjid pula destinasi kita ya..IA)

Kafe kat CG,makanannya sedap dan beraneka,dan penjual2nya juga baik dan peramah antara aunty tina,kak niza,gerai adik beradik dan kak2 dan abg2 di gerai air.. Syukran sbb sediakan perkhidmatan yg baik buat penghuni2 di sini..

Erm...CG,ku pasti merinduimu..kat sini jgk diri ini dapat berbasikal mengelilingi separuh USM bersama2 kak bai dan ami..best sgt wktu tu,wlpn penat naik bukit n mcm nak pengsan pun ada...tapi sume tu bagi kenangan yg amat manis dlm diri ini..skali naik RM 1.00..basikal warna hijau...Ina n ayu takmau naik wktu tu...kami bertiga ja...erm..huhuk..bila lagi nk dapat berbasikal sama2 ya kak bai n ami? Ingat tak..lawak kan masa basikal tak cukup tu,masa tu ada 2 lagi basikal yg ada,tapi kita 3 org..last2..kakbai jadi mangsa duduk kat depan n kami n ami bertukaq2 bwk kak bai...hihi..best n lawak kan waktu tu..? Ada masa nanti kita nek lagi tau..?

Lagi satu,ingat dak ina, kak bai,ayu ami n jiran2 sebelah dan depan yg terlibat..ingt dak masa CG buat latihan kebakaran tu..org laen sume turun...kita tutup lampu n ambik selipe bwk masuk dalam bilik n dok senyap2..gara2 mls nak turun...hehe..bukan apa takut stgi org mai check..hehe..nakal jugak kita dan kak2 yg terlibat tu ya..?Ish3...erm...

A'aaaa...sbnrnya byk sgt kengn kt CG ni,kengn manis,suka,lawak,terkejut,dan macam2 lagi. Susah nak gambarkan dgn kata2...Sumenya dalam memori dan menjadi kisah kita bersama2.... Apapun...mmg best sgt kt CG ni....best sgt..!!(gaya upin dan ipin),pasti diri ini tak akan lupakannya....PASTIIIIIIII!!!!!!!!!!


Insyaallah,sem depan diri ini akan melawat kawan2 kat CG klw ada masa lapang...INSYAALLAH..dan saujana..tggu kedatangan diriku,smga perpindahan ini ada hikmahnya...Insyaallah..

SLMT TINGGAL DESASISWA CAHAYA GEMILANG 07/08,08/09.. KENANGAN TERINDAH DI ALAM KAMPUSKU SELAMA 2 TAHUN DIRI INI MENJADI PENGHUNINYA...!!!KU PASTI MERINDUIMU CG DAN SEGALA KENANGAN INI....!!!


Coretan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
30/4/09,12:49 AM,Khamis..
keseorangan di bilik....
akhir sem 2 08/09..
sedih dan gembira bercmpur baur..

Wednesday, April 29, 2009

~~CUTI? YEAHHH...!!!BALIK RUMAH~~

Alhamdulillah..habis jugak exam n sem ni...moga sem ni memberi kebahagian kepada tuan empunya diri ini...erm..alhamdulillah..baru ja balik drp bilik kak Ti dan kak Nim,sebelah bilik. Sembang2 skit sbb esok dah nk balik rumah,lagipun kak nim n kak ti nk grad dah lps ni,susah la nk jumpa depa..Insyaallah,smga beroleh kerja yg baik dan buat kak ti,smga p'mohonan utk master berjaya..Insyaallah,doakan kami jugak..nk smbug master jgk ni...ameen..

Ermm...mlm ni,mlm terakhir kt USM n CG buat sem ni,Insyaallah,sem depan pindah pi saujana plk..Wah!!!kat atas bukit gitu,dapat sedut udara nyaman lagi..klass gitu...huhuk..Mlm ni berkeseorangan ja,tp takpa Allah sntiasa
bersama...

A'aaaa...ptg tadi,pi bilik nana,maziah n suzi pun ada,pi smbg2 skjp sbb depa dah nk berangkat balik ke Kelantan dah dlm pkl 8 mlm tadi. Dlm pkl 9 mlm tadi Rati mai bilik, smbg2 jap n salam2 n dia pun balik bilik untuk bersiap2 balik ke Seremban..Sume pakat2 balik..

Esk saya plk balik..Yeahh!!,alhamdulillah..tak sabaq nk smpai rumah,sem ni balik sndiri ja,tapi brg2 sume basyad dah ambik bwk blk rumah..syukran deh basyad..heh..

A'aa..pasal cuti ni,aduh!!! tak sabaq nk tggu cuti sklh sbb bla cuti sklh tu,kak2 n abg2 akan blik la.. almaklum la,kak2 termasuk kak ipar n seorg abg keja cikgu..so, cuti sklh ramai la rumah..Ha'aa.. time tu boleh la mintak depa masak itu dan ini n pi jalan2..heh..Makanan yg kami skluarga slalu makan sama2 bla cuti @ bla balik rumah ja ialah aiskrim spt conetto, strawberi, coklat dn lain2.. best bangat..sedap...betui tak ipin..? "erm...betui2..heh..

Oklah,merapu ja ni,hilgkn kesunyian n boring2..oklah..bagi yg bercuti..slmt bercuti,take care smsa cuti,jgn nakal2 tau..jumpa lagi sem depan Insyaallah..
Bagi yg ada exam lagi..chaiyoKK!!!,smga teng mengiringi kalian..Insyaallah..:')

Cuti2 pergi HARI-HARI..
Pergi dengan anak dan isteri..
Keluar pagi balik tengahari..
Selamat bercuti ikhlas drp hati kecilku ini..

~~SLMT BERCUTI~~
...SENYUM SELALU...
( "____________________________________";)

Saja2 coret-coret..
Marhamah Mokhtar..
29/4/09 ,11:53 PM..
malam yg sunyi..
CG USM...

~~JAWAB TAG DRP KAK BIBI...~~

Yeahhh!!!...baru blh jawab tag drp kak bibi ni...sbb dah lps exm..kak bibi dah pesan..lps exm baru jawab..ok..rojer..!!!hihi.....

One picture that I love...
Erm....apa ya...rasa pic sendiri la kot,sbbnya dpt tgk perkembngan drp kecik smpai la besar..hehe..tapi takleh la nk upload gmbq tu..simpanan pribadi aja....

Bila kali terakhir makan pizza?
Aduh...!!!bila ya...penah ka..sbb tak minat sgt pizza ni..tekak tak brape trima...huhuk..

Lagu terakhir yang anda dengar?
Akrab persahabatan..ptg tadi baru dgq..

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
sambl makan maggi..hehe..sedap bangat,pastu tgh pikir untuk balik rumah esok pagi....

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama apa?
Nama apa ya,rasanya kwn2 boleh pnggil saya Faqirah kot,saya suka nama tu..ntah nape...klw nk panggil silakan...saya sudi menjawabnya..IA

Tag lagi lima (5) orang. Soalan seterusnya adalah kaitan dengan orang yang anda tag.
(1) Kak Mahirah
(2)Kak Gayah
(3)Ina (My roomate)
(4)Nana(My niece)
(5)Kak Bibi(tag aja,tak yah jawab la...hehe..sama ja..slmt menempuh exam)

No. 1 pada anda?
Kakaku yg ku sygi..skrg ngajaq kt Sabah...rajin masak...cuti sklh bln 5 ni smpai la rumah...IA

Orang No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Wah..ina,my roomate..tenten...herm..hubungan dgn kawan kat usm n insan2 skllignya la..IA..yg pasti ukhwah fillah kan ina?

Sesuatu mengenai No. 5
Hehe..tenten..kak bibiku syg..kenal melalui alam maya..tapi sgt baik hati..n yg pasti ada hablumminas dan hablumminallah yg baik dan akrab..tringin nk jumpa kak bibi...scra live..IA, smg Allah permudahkan...

Orang No-4…
A'aaa..no-4..ni anak buah saya..baru darjah satu...nana..pandai berposing jika diambil gmbr,sesuatu yg menariknya ttg anak buah saya ialah..org yg plg dia suka ialah makcik dia iaitu saya...hehe..tapi nana mesti tak tau dia kena tag ni..keh..keh..

Siapakah No. 2?
Erm..yg ni kak yg special bg saya(syg k.gayah),kenal sejak msk USM,ketua usrah kami,jiran depan bilik kt CG ni...bakal tamatkan zaman solonya tak lama lagi..IA..

YeSSS!!!!!...
Berjaya..Apa yg penting? Kerjasama...

Jawab tag kak bibi..
29/4/09,10:12 PM..
CG,USM..

Saturday, April 18, 2009

~~UNTUK SAHABAT...~~

A SHOULDER TO CRY ON - Tommy Page

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong,
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....

p/s~Dedikasi untuk semua yg bergelar sahabat...

Faqirah Marhamah Mokhtar,
18 Feb 09,
7:15 am,
Masih bertelekung...

Wednesday, March 25, 2009

~~MENGIMBAU KENANGAN DI PETANG YANG DAMAI...~~

Senja di Ottawa
Termenung jauh Ana pada petang yang damai itu. Entah apa yang berada dalam fikirannya ketika itu,perkara apa yang membelenggu dirinya pada waktu itu,tetapi yang pasti, sudah dua tahun rupanya dirinya bergelar sebagai seorang mahasiswi iaitu sejak tahun 2007 dan bakal menamatkan pengajian sarjana mudanya pada tahun 2010. "Erm....subhanallah,tak sangka ya, sudah dua tahun aku kat U ni, tahun depan insyaallah dah nak grad, cepat sungguh masa berlalu.." Ya Allah..permudahkan jalanku, lorongkanlah jalanku ini Ya Allah..," katanya pada diri dan doanya pada Yang Maha Esa.

Sejak tahun keramat dirinya bergelar sebagai seorang mahasiswi, pelbagai ilmu yang dikutip dan ditimba olehnya. Tidak kira samaada didalam bilik kuliah ataupun dalam pergaulannya bersama kawan-kawan dan warga kampus yang lain. Tidak kurang juga pelbagai onak dan duri dan liku-liku kehidupan yang dilaluinya sepanjang tempoh tersebut dan setahun yang akan datang.

Masih segar di ingatannya, ketika hari pertama iaitu sesi pendaftaran dirinya sebagai seorang mahasiswa, dirinya ditemani mak, ayah, adik, dan seorang abang. Pada hari tersebut ayah dan emaknya sentiasa di sisi bagi memudahkan urusan pendaftaran kemasukan ke hostel. " Ayah,teman cek ya, nakpi kat khemah tu, kena daftar hostel dan ambik kunci bilik..," katanya pada ayah. Itulah antara dialog yang masih segar di ingatannya sehingga kini, yang mana dirinya memerlukan sokongan mak dan ayah dalam menyelesaikan semua urusan pada hari tersebut.

Tetapi, semua itu telah pun berlalu, dan kini telah pun hampir dua tahun dia bergelar sebagai seorang mahasiswi sebuah universiti tempatan di utara tanah air. " Cepat sungguh masa berlalu, dan harap-harap lepas ni boleh sambung master terus, insyaallah....," Ana bermonolog sendirian. Perkara itulah yang berada dalam perancangan dan juga merupakan tekadnya.

" Ok..hari ni, kita akan sambung topik utiliti sut berkurangan dan pasaran persaingan sempurna," ucap Prof. Amir yang merupakan pensyarah ekonominya. Ekonomi adalah jurusan yang diambil Ana ketika ini. Semuanya kerana minat yang mendalam dan juga galakan daripada seorang gurunya ketika di bangku sekolah. Maka, bidang ekonomilah yang sedang dihadapinya dalam bilik kuliah setiap hari sepanjang dirinya bergelar sebagai mahasiswi. Walaupun ada kalanya terdapat juga topik-topik yang kurang difahaminya, namun semua itu tidak mematahkan minatnya terhadap bidang ini dan dirinya selalu sahaja memohon kepada Allah supaya mempermudahkan urusannya. " Erm...macam mana nak guna formula ni ya..huhuk,aduh..susahnya...,"rintihnya. " YaAllah..permudahkanlah urusanku, permudahkanlah untukku memahaminya," pintanya kepada Allah..

" Erm...kak nak tanya ni...tauhid terbahagi kepada brape?Sapa tau, cuba terangkan," tanya kakak merangkap ketua usrahnya. Sebagai seorang mahasiswi, Ana tidak terlepas daripada terlibat dalam aktiviti seperti berpersatuan, usrah dan bermacam-macam acara yang dianjurkan di universiti. Teringat dirinya tentang usrah yang pernah disertainya pada tahun keduanya sebagai seorang mahasiswi. Ahli usrah terdiri daripada lima orang ahli iaitu kak Siti,kak Ti, As dan Na. " Aduh..rindunya usrah dulu,"rintihnya dalam hati. " Wah..!!! sedapnya mee goreng ni dan roti telur ni," manisnya buah rambutan ni..," " Ha...kek ni buat sendiri tau..,hehe..," "ye ke adik..? " betui la..tadi adik buat,tapi buat kat kedai mahasiswa la..hihihi..,"katanya apabila kakak-kakak usrah bertanya tentang kek yang dibawanya pada usrah terakhir mereka. Dialog-dialog inilah yang mengimbau kenangan dirinya semasa usrahnya satu ketika dulu. Sekarang Ana tidak lagi berusrah kerana kakak-kakak usrah ada yang sedang membuat praktikal dan dirinya pun membuat keputusan untuk tidak berusrah kembali dan begitu juga dengan dua sahabatnya yang lain. Ya Allah..rindunya diriku pada semua saat-saat itu dan rindu juga pada sahabat-sahabat yang pernah mewarnai kehidupanku sejak hari pertama dirinya bergelar seorang mahasiswi hinggalah sekarang.

Allahuakbar...Allahuakhbar... Terdengar suara azan maghrib berkumandang dari Masjid Al- Malik Khaliq." Lama sungguh aku termenung, sampai tak sedar maghrib dah pun masuk..," katanya pada diri.

Tetapi, sebelum Ana ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk, dia bertekad pada dirinya, lepas habis degree ni, insyaallah nak sambung master terus," katanya pada diri. Ana juga turut berdoa " Ya Allah, permudahkanlah jalanku, urusanku, ampunkanlah diriku, ibu bapaku,ahli keluargaku,guru-guruku, sahabat handai dan muslimin muslimat sekalian."

Setelah dia selesai berdoa, Ana pun melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri serta mengambil wuduk bagi sebuah pengabdian kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Petang itu, dapat dilihat, seorang gadis mengimbau kembali sepanjang dua tahun dirinya bergelar mahasiswi dan azam serta perancangan masa depannya. Petang yang damai itu juga menyaksikan betapa gadis yang bernama Ana menjadikan Allah sebagai sebaik-baik tempat bergantung dan konsep tawakal yang diamalkan atas alasan dirinya sebagai hamba yang perlu kepada Pencipta dansebagai hamba yang lemah...

Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
24 Mac 2009..
Azan berkumandang..
7:33 minit malam..
Meja study, USM..
Pulau Pinang..

Saturday, March 14, 2009

~~SAMPAI DI SINI SAHAJA....~~

Tiada kata yg dpt kuungkapkan,
Hanya kesedihan yg mampu kuluahkan,
Semuanya gara2 terkejut dgn tindakan dan perbuatanmu insan,
Semua ini menyedarkan diriku ttg siapa aku di matamu insan,

Kesedihanku kali ini sgt mencengkam hati dan sanubari ini,
Setelah banyak kali kulalui situasi spt ini sebelum ini,
Tetapi kali ini hatiku merasa terlalu tawar dan sedih sekali,
Maaf..diri ini tak tahu sampai bila hati ini mampu dipulih kembali,

Sekarang,baru diriku sedar akan hakikat diri,
Hanya Allah dan keluarga yang paling dekat dihati,
Juga sahabat-sahabat dan buku-buku yang selalu menemani diri,
Syukran buat kalian yg terus menyokong diriku yg lemah ini,

Kini, aku telah pun memahami siapa yg dekat dihati,
Buatmu insan,syukran dan maaf buatmu,ikhlas daripadaku,
Kerana pernah mewarnai diari perjalanan hidupku sebelum ini,
Hanya setakat ini,itu yg mampu ku lakukan dan tekadkan dalam hatiku,

Hanya kepada Allah diri ini berserah,
Ku harap tiada lagi kesedihan dan janji yg akan ku langgari dlm situasi spt ini,
Buat masa ini,inilah tekadku dalam diri dan doaku kepada Illahi,
Insyaallah,semoga Allah mendengar dan memperkenankan apa yg ada dalam hatiku kini,
Harapnya hanya sampai di sini sahaja....

Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
Mac 14/09..
11:24 pm..
Usm..

Thursday, March 5, 2009

~~BERKAWANLAH DGN AL-QURAN..~~

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua. Alhamdulillah,kali ni saya cuma nk coretkan sedikit ttg tajuk yg diketengahkan..iaitu berkawanlah atau dampinglah dgn al-quran dalam khidupan seharian kita. Ermm....apa yg saya nk katakan di sini..rajin2kanlah diri membaca al-quran beserta maknanya setiap hari..sekurang2nya selepas solat maghrib klw diri terasa begitu malas sekalipun...jgn biarkan diri dan rohani kita kosong dgn ayat2 suci al-quran ni ya..

Kehidupan dan kesibukan hari ni,menyebabkan ramai di antara kita yg lupa untuk membaca kitab suci ini setiap hari. Sedangkan kalau kita lihat,banyak masa yg dihabiskan kpd benda2 yg tak mendatangkan manfaat dan tak berfaedah kepada diri dan meningkatnya iman. Kadang2 saya sedih dan insaf, ramai di antara kita boleh dan sanggup menghafal lagu2 yang berbelit-belit,dengan jumlah yg banyak,tapi bila membaca al-quran,makhrajnya lari,panjang pendeknya takdak,hukum tajwidnya berterabur dan sebagainya. Apa yg nak saya katakan di sini,bgmana lagu yg dalam pelbagai bahasa dapat dihafal dgn baik skali,tp tidak bila al-quran dibaca..!!!. Patutkah begitu? Adilkah keadaan ini? Apapun...tepuk dada,tanya iman...

Buat empunya diri dan sahabat2 semua,muhasabahlah dan renungkanlah ke dalam diri kita,kemanakah kita mahu membawa haluan kehidupan kita ini? Ingatlah,jangan kita jadikan alasan sibuk,takdan, dan seumpamanya untuk kita meninggalkan al-quran,untuk kita tidak membaca al-quran dan untuk kita mengabaikan al-quran...!!! Apakah kesibukan kita itu dibuat2? Apakah kesibukan kita itu,membawa faedah kpd diri? Renung2kan...

Luangkan sedikit masa yg dikurniakan oleh Allah selama 24 jam sehari itu, untuk kita membaca al-quran,untuk kita memahami isi kandungannya dan untuk kita mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Luangkanlah sedikit masamu kepada Kitab Allah wahai insan...luangkanlah sedikit masamu itu...

Marilah kita sama2 kurangkan masa2 yang tidak berfaedah kita dalam kehidupan seharian kita untuk kita luangkan untuk membaca al-quran...Kurangkanlah masa kita bersembang kosong,menonton wayang dan melepak dan sebagainya untuk kita lebih mendekatkan diri kita dgn al-quran dan sekaligus mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.

Buat diriku dan juga sahabat2 semua,diri ini ingin berpesan,isikanlah setiap hari kita dengan membaca al-quran,mulakan setiap hari kita dengan al-quran,jadikanlah al-quran sahabat baik kita,moga dengannya kita lebih dekat dengan Allah S.W.T dan kehidupan kita lebih terarah dan tenang..insyaallah..amin ya rabbal a'lamin..

Dari hati...
Faqirah Marhamah Mokhtar..
5 /3/09,Khamis,12:58 am..
USM Penang..

Tuesday, March 3, 2009

~~LAWATAN SAMBIL BELAJAR...~~


Kami (Fasi2 Kakusma)..

Guru2 pengiring sdg bermain congkak di muzium..


Para peserta sedang tekun mendengar ceramah yg disampaikan
Guru2 pengiring bersama2 para peserta
Slot ice-breaking dan muhasabah

Semasa di Muzium.

Majlis penutup (Penyampaian hadiah & sijil kpd para peserta)

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat sahabat-sahabat di luar sana. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberi ruang untuk kita beribadat di atas muka bumiNya ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi s.a.w,ahli baitnya,para sahabat baginda,serta muslimin dan muslimat di atas muka bumi Allah ini.

Alhamdulillah,kali ini saya ingin mencoretkan ttg lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar ke USM iaitu daripada Sek.Men.Keb.Sungai Kok dan Sek.Men.Keb.Kulim yang kedua-dua daripada daerah Kulim,Kedah. Adik-adik ini telah melawat USM pada 27 dan 28 Feb hari tu. Program ini ialah inisiatif student2 USM yg sedang membuat Latihan mengajar (LM) kat sekolah tersebut dgn kerjasama pihak sekolah masing-masing. Adik-adik ini terdiri daripada pelajar-pelajar form 5 dan form 6. Alhamdulillah, kedatangan pelajar-pelajar ini telah diuruskan oleh Kumpulan Anak-anak Kedah USM (KAKUSMA) yang mana ianya merupakan salah satu persatuan yang saya sertai. Alhamdulillah,lawatan ini telah berjaya diuruskan oleh KAKUSMA dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kekalutan dalam program tersebut,alhamdulillah..

Erm...di bawah ni,saya sertakan aktiviti yg telah diaturkan oleh KAKUSMA kepada adik-adik daripada kedua-dua sekolah ini.

27/2/09 (Jumaat)
11:30 pagi : Para peserta drp kedua2 buah sekolah telah sampai ke USM
12:00 tghari : Berkumpul di padang kawad,untuk mengambil makanan dan sbhgian peserta
diserahkan kepada kakak2 dan abang2 angkat yang terdiri drp MT,exco dan
p.exco KAKUSMA sendiri.
12-2:30 ptg : Berta'aruf dgn kakak2 dan abg2 fasi,makan dan solat zohor
2:30 ptg : Mendengar ceramah di Dewan Kuliah U,ceramah ttg syarat kemasukan
ke universiti dan kos-kos yang terdapat di USM.
5:00 ptg : Ke Dewan Tunku Syed Putra,untuk bersama-sama mendengar kuliah Hubungan
Etnik(SHE).
8:30 mlm : Sesi ice-breaking dan muhasabah diri.
12:30 mlm : Balik ke bilik masing2.
28/2/09,(Sabtu)
8:00 pg : Berkumpul di foyer DK U dan dibahagikan kpd 2 kumpulan,satu kumpulan ke
muzium USM dan satu kumpulan lagi ke library PHS 1
8:30-12 pg : Masa melawat ke tempat2 yg ditetapkan
12:00 tgh : Berada di Dewan Indah Kembara untuk sesi penutup dan acara makan-makan
2:00 ptg : Para peserta bertolak balik ke rumah masing2.

Erm..itulah antara tentatif program yang telah berjaya dijalankan alhamdulillah. Alhamdulillah, walaupun sedikit penat kerana terpaksa berjalan,tapi adik2 drp kedua2 buah sekolah dilihat begitu teruja,gembira dan puas dengan pengalaman baru mereka ini.

Pada sebelah malam sesi muhasabah iaitu pada malam sabtu,byk ilmu baru yang saya dapat dan juga buat adik-adik dan juga sahabat2 yang lain.Antaranya ialah berkaitan hubungan kita dengan Allah,ibu ayah,keluarga,sahabat2 dan alam ini sendiri. Malam tu juga,saya dapat lihat ramai yang berada dalam dewan tersebut terharu dan insaf dengan motivasi dan video2 yang ditayangkan. Alhamdulillah,saya berharap keinsafan pada malam itu dapat memberi inspirasi kepada setiap yg berada dalam dewan tersebut untuk membuat perubahan drp setiap sudut kehidupan,insyaallah..

Alhamdulillah,semua ini memberi pengalaman berharga buat para peserta,fasi2 termasuk saya sendiri...alhamdulillah..Semoga aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita semua esp. ukhwah dalam KAKUSMA ini sendiri,insyaallah...amin..
Sekian ....wasalam..

Disediakan oleh,
Marhamah Mokhtar..
Exco Kebajikan,Kerohanian dan Kerjaya..
KAKUSMA 08/09..
USM,Penang..
Selasa,1:00 Tghari..
3 Mac 2009..

Saturday, February 21, 2009

~~RASA HATI SEORANG ANAK...~~


Ahhh....,sayu dan sedihnya rasa hati takala mendengar ayah atau emak menyuarakan tentang keadaan kesihatan mereka, "Erm...,rasa tak berapa sihat la hari ni,tak larat sungguh..!nak berdiri pun rasa tak kuat..." Kata-kata itulah yg pernah diungkapkan oleh ayah pada tghari sebelum sambil bersiap-siap ke masjid untuk solat Jumaat. Aku yang ketika itu sedang menonton TV bersama-sama adik dan seorang kakakku terus sahaja berkata,"Ayah...minum la sikit,baru kuat sikit nak berdiri,"kataku pada ayah. Ayah pula berkata," Ayah dah minum dah tadi,tapi taktau la,hari ni rasa tak sihat sungguh,tak larat nak berdiri..,". Aku pun berkata lagi,"Ayah..kadang-kadang memang ada masa kita rasa tak larat sangat,cheq pun pernah jugak rasa macam tu,"kataku lagi pada ayahku.

Setelah berbual seketika dengan ayah tersayang mengenai kesihatannya,ayah pun bersiap-siap dengan memakai jubahnya untuk pergi ke masjid bagi menunaikan kewajipannya sebagai Iman dan khatib pada Jumaat itu. Diriku yang sebentar tadi melekat di hadapan TV turut bergerak bersama-sama ayah menuju ke ruang tamu untuk melihat ayah pergi ke masjid. ( Itulah yang menjadi rutin kami adik-beradik iaitu melihat ayah dan emak pergi ke masjid pada waktu maghrib,dan kebiasaannya emak akan melambai tangan manakala ayah pula akan tersenyum melihat anak2 perempuannya di muka pintu rumah) "Bahagianya..rasa hatiku ini kerana memiliki keluarga yang bahagia seperti ini,alhamdulillah,syukur Ya Allah.." Aku terus melihat ayah menaiki motosikalnya keluar drp rumah dan melepasi pintu pagar rumah untuk ke masjid. Dalam hati aku merintih dan berdoa,"Ya Allah,berikanlah kesihatan yang baik kepada ayah dan emak,berikanlah mereka dapat melihat kejayaan kami anak-anaknya,Ya Allah,panjangkanlah umur mereka..Ya Allah..
perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah."

Setelah ayah pergi ke masjid,aku pun bergegas ke dapur untuk membereskan kerja yang belum diselesaikan. Di dapur,aku menyuarakan kebimbangan hatiku kepada emak yang ketika berada di dapur,"Ermm..mak,cheq risau la ayah dok cakap tak sihat tadi,"kataku kepada mak.. "Ermm...ayah buat keja berat kot pagi tadi,tu yang tak brapa sihat tu..,"kata mak pula.. Aku menyambung bicara lagi,"cheq ni dok fikir macam-macam yang pelik kalau ayah cakap mcm tu..,risau sungguh,"kataku lagi..Emak pula menambah,"Erm..biasa la tu,kita manusia ni,slalu fikir yang pelik-pelik,macam kalau sakit ja,kita akan fikir kematian..kan?,"kata mak lagi. "Ermm..ya lah cheq fikir macam tu la,astaqfirullahalazim..""
kataku pula.


Fikiran-fikiran macam itulah yang selalu bermain di mindaku apabila mak atau ayah menyuarakan tentang rasa tidak sihat mereka. Bukannya apa,hati dan diri ini sentiasa takut akan kehilangan mereka,walaupun semua itu pasti berlaku,hal ini tidak dapat dihalang oleh sesiapapun apabila Allah berkata"Kun fayakun" maka terjadilah..Dengan kata-kata Allah ini,tiada siapa pun yang dapat menghalang qadak dan qadarnya..

Alhamdulillah,setelah solat Jumaat selesai,aku bersyukur kerana ayah pulang ke rumah dengan selamat. Setelah itu,aku pun mengambil kesempatan bertanya ayah lagi.."Rasa tak sihat lagi ka ayah?,"tanyaku lagi.. Ayah pun memberitahu,"Ermm..,rasa tak berapa sihat la jgk,tapi rasa kurang skit drp tadi,alhamdulillah..." Alhamdulillah..syukur Ya Allah,doaku dalam hati,dan berikanlah kesempatan kepada ayah dan emak untuk melihat kejayaan kami anak-anaknya,dan semoga kami dapat terus berbakti kepada ayah dan emak..rintihku dalam hati.

Hanya kepadaMu Ya Allah diri ini meminta pertolongan dan segala kasih sayangMu sangat bernilai buat diriku sebagai hamba Ya Allah..

P/s: Berbuat baiklah kepada kedua bu bapa kita selagi kita mampu,dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diri kita,ibu bapa kita,kaum keluarga kita serta muslimin dan muslimat sentiasa dalam rahmat dan redha Allah..insyaallah.

Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
20/2/09..
10.15am,Jumaat..
Ds CG,USM..

Saturday, February 14, 2009

~~MANISNYA UKHWAH..~


Assalamualaikum dan salam kasih syg buat semua,syukur ke hadrat Allah s.wt kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus menyedut segarnya udara pemberianNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi s.a.w,ahli baitnya,para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat sekalian...

Alhamdulillah,kehidupan kita di muka bumi Allah ini sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yg sentiasa menyayangi,mengasihi dan kadang-kadangnya memerlukan kesabaran hati dalam proses menjalani kehidupan kita sebagai insan kamil di atas muka bumi Allah ini.. Semua ini akan mematangkan dan memberi pengajaran yang berguna buat kita semua..Semoga jalinan ukhwah antara kita sesama manusia dan makhluk Allah ini mampu menceriakan hidup kita dan membawa hikmah dan manfaat yang baik kepada semua,terutamanya dalam perjalanan kita menuju negeri akhirat yang kekal abadi..insyaallah..
Hayatilah nukilan "Ukhwah" di bawah ini..

Ukhwah,
Jalinan persahabatan dua insan..
Yang dihiasi dengan senyuman dan salam..
Mewarnai tirai keindahan alam dan kehidupan insan..
Segalanya adalah aturan Tuhan Pencipta Alam..

Ukhwah,
Kadang-kadang ia sepi tanpa bicara..
Kadang-kadang ia penuh dengan gelak tawa..
Semuanya kerana episod suka dan duka..
Yang meriah menghiasi taman ukhwah kita..

Ukhwah,
Tiada bicara dan kata tak bermakna kita sepi tanpa bicara..
Tiada senyuman dan tawa, tak bermakna kita sedih dan kecewa..
Kerna ada pelbagai jalan dan cara untuk kita menghadirkan bicara dan kata..
bagi memaniskan dan mengharmonikan lagi ikatan ukhwah kita..

Ukhwah,
Semoga dengannya kita bahagia..
Mengecapi nikmat hablumminannas di dunia..
Semoga dengan doa dan kasih sayang menguatkan ukhwah kita..
Semoga Allah redha dan merahmati ikatan ukhwah kita ini seadanya..


Nukilan...
Faqirah Marhamah Mokhtar..
Dinukilkan pada 9/2/09, Isnin..
1:42 a.m..
Ds CG,USM..
Penang..

Sunday, February 8, 2009

~~RINTIHAN HATIKU...~~


Ya Allah,
Terima kasih untuk segalanya..
Engkau telah mencipta diri ini seadanya..
Memberi nikmat Iman,Islam dan segalanya..
Tiada yang lebih indah buat diriku selain kasih syg dan redhaMu buat diriku sebagai hamba..


Ya Allah,
Di saat aku berduka..
Di saat aku suka dan gembira..
Engkau bersamaku setiap masa dan setiap ketika..
Tidak pernah Engkau meninggalkan diriku walau sesaat jua..


Ya Allah,
Di kala aku sedih dan kecewa dengan gelora kehidupan..
KepadaMu lah aku merintih,memohon dan meminta pertolongan..
Menagih kasih dan sayangMu wahai Tuhan..
Supaya hati,perasaan dan langkah kehidupanku menjadi tersusun dgn pancaran Iman..


Ya Allah,
Tikar sejadah,telekung dan seluruh jasadku..
Menjadi saksi pengabdianku kerana cintaku kepadaMu..
Semoga dengannya aku terus dalam jalan dan cahayaMu..
Kerana tiada apa yang lebih penting selain cinta dan redhaMu..


Ya Allah,
Peganglah hatiku Ya Allah..
Jauhilah aku drp kesesatan Ya Allah..
Peliharalah diriku drp keghairahan dunia Ya Allah..
Sentiasa bersamaMu,mencari cinta dan redhaMu menjadi tujuanku Ya Allah..
Dgrkanlah rintihan hatiku ini Ya Allah..(3 )
Wahai Tuhan Pemilik sekalian alam,syukran Ya Allah..


Nukilan..
Marhamah Mokhtar..
Feb.8 b'smaan 12 Safar 1430h..
Ahad..
5:12 pm..
CG..USM..

Friday, January 16, 2009

~~PERISTIWA SEMALAM~~


Dpt dilihat kegelisahan yg terpancar pd raut wajah gadis t'sbt,semuanya gara-gara SMS yg dihantarnya kpd seorg kakak yg disayanginya. Apa yg dibuatnya pd malam itu serba tidak kena gara-gara SMS yg berbunyi.."Salam,mulai hari ini,adik tak syg kakak lagi..huhuk.." yg dihantar kpd kakaknya pada senja semalam. SMS yg dihantarnya itu hanya suka-suka dan tidak bermaksud untuk melukakan hati kakak kesayangannya itu.

Seperti kebiasaan malam Jumaatnya,slps solat Maghrib,gadis itu akan membaca surah Yasin dan seterusnya menunggu untuk solat Isyak. Semasa menunggu masuknya waktu Isyak,fikiran gadis itu terfokus kepada kiriman SMS yang dihantarnya senja tadi. Oleh sebab SMS yang dihantarnya tak berbalas, gadis itu membuat keputusan untuk menghantar satu lagi SMS kepada kakaknya bagi tujuan meminta maaf dia atas kiriman SMS yang dihantarnya pada senja tadi.."ermm..baik aku taip dulu msg ni, and lepas smbhyg Isyak nanti baru aku sendkan...".

Setelah selesai solat Isyak dan dalam doanya gadis itu seperti biasa akan memohon keampunan, keteguhan iman dan bermacam-macam lagi permintaannya kepada Tuhan Rabbul Jalil. Antara doanya berbunyi.." Ya Allah, teguhkanlah imanku,pegangkanlah hati,jauhkanlah aku daripada kesesatan,ampunilah dosaku,dosa kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,sahabat-sahabatku,guru-guruku,dan muslimin dan muslimat sekalian . Ya Allah, ampunilah keterlanjuran hatiku,perbuatanku,pancainderaku,dan jauhilah aku drp azab api neraka,dan berikanlah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat," dan dalam doa tersebut gadis itu memohon dgn tulus hati di atas keterlanjuran kiriman SMS yang dihantarnya kepada kakaknya senja tadi. Hal ini kerana,dirinya merasa terlalu bersalah terhadap kiriman gimik SMSnya itu,sedangkan kakaknya memang baik kepadanya dan dia pun sebenarnya sayang kepada kakaknya itu...

Dan setelah selesai solat,gadis itu bertekad untuk menghantar SMS yang ditaipnya sebelum solat tadi,yang bertujuan untuk memohon maaf kepada kakaknya itu. Dan setelah itu,gadis itu memohon kepada Allah agar kakak kesayangannya itu membalas kiriman SMS yang dihantarnya itu dan sekaligus memaafkan kesilapannya.." Ya Allah..bagilah kakakku membalas SMSku ini dan memaafkan perbuatanku ini."amin..

Selepas beberapa ketika SMS itu di hantar dan juga tidak berbalas,gadis itu menjadi tidak keruan dan risau. Tetapi seperti malam-malam sebelumnya,gadis tersebut tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar iaitu mengulangkaji pelajaran atau study. Dalam pada itu,gadis itu bermonolog dengan dirinya.." Malam ni,aku nak study subjek ni la n nak bagi faham apa2 yg tak faham lagi..". Tetapi setelah dua muka surat dibacanya,hati dan fikirannya kembali terganggu dgn SMS yang dihantarnya senja tadi dan SMS keduanya selepas solat Isyak..yg bertujuan memohon maaf kepada kakaknya itu..

Setelah sejam SMS kedua yang dihantarnya,barulah SMSnya dibalas oleh kakak kesayangannya itu. Dalam SMS tersebut,kakaknya menghantar kata-kata yang membuat hatinya tersentuh... Dengan serta merta dia cuba menelefon kakaknya tapi tak panggilannya tak berjawab. Setelah itu, dia menghantar satu lagi SMS yang bertujuan memohon sekali lagi maaf kepada kakaknya dan ingin memberitahu sekali lagi bahawa SMS yang dihantarnya senja tadi hanyalah gimik sahaja...

Dalam masa dia menaip SMS itu,dia mendapat satu lagi SMS drp kakaknya dan dalam SMS itu berbunyi..."Jangan risau, kak tak marah pun,kak takdak crd tadi,ni baru topup,mengantuk n sgt letih sbb mkn ubat yg amik td,xdak hl,kak tau adik main2 ja:,) k,tke care ye syg..
Setelah menerima kiriman SMS itu,gadis tersebut pun mengSMS semula kakaknya dan dalam SMSnya dia berjanji tak akan buat lagi macam tu kepada kakaknya. Setelah itu, barulah gadis itu tenang dan terus menyambung studynya yang terganggu tadi gara-gara SMS gimik yang dihantarnya pada senja tadi.

Kini,gadis itu berjanji pada dirinya tak akan mengulangi perbuatan seperti ini lagi dan mengucapkan syukur pada Allah kerana memberinya seorang kakak yang baik dan penyayang.." Syukur Ya Allah..."

Dengan peristiwa semalam,kini,gadis itu yakin dan mengerti betapa ukhuwah yang terjalin sangat berharga buat dirinya,dan dia memohon kepada Allah,agar jalinan ukhuwah ini berkekalan dan diredhai Allah hingga ke akhir hayatnya..

Itulah...sebuah "peristiwa semalam" yang banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan dan jalinan ukhuwah suci dalam kehidupan ini.....

Nukilan...
Marhamah Mokhtar..
12:30 PM..
16/1/09.. bersamaan 19 Muharam 1430H..
Jumaat..
Dsa CG..
Usm,Penang..

Sunday, January 11, 2009

~~MAKCIK2 CLEANER YANG RAJIN..~~

Assalamualaikum,salam maal hijrah dan salam kasih syg. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberi kesempatan untuk menyedut udara di atas muka bumi ini,selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w,ahli baitnya,para sahabat dan seluruh umat Islam,terutamanya,sahabat2 kita di Palestin. Semoga mereka semua sabar dgn dugaan ini dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah S.W.T,insyaallah..

Alhamdulillah,masuk tahun baru ni,genaplah umur saya 22 tahun hidup sbg seorg insan di muka bumi ini. Tahun baru jgk menandakan bermulanya sem baru yg penuh dengan cabaran dan pengalaman sbg seorg student. Ha'a,tapi bukan itu yg saya nk coretkan disini...

Haaa...masuk sem baru ni,makcik2 cleaner di hostel saya duduk pun bertukaq baru..besa la,yg lama pergi dan yg baru mai,tambah2 plk,la ni tahun baru..tak gitu..? Apa yg dapat saya lihat perbezaan makcik2 cleaner yg baru ni,depa lebih rajin dan byk kerja yg depa buat drp makcik2 sebelum ni..Perkara ni bukan saya sorg ja yg dapat lihat,tapi jgk kawan2 saya yg lain..

Ada dua tiga keja yg makcik2 ni buat,yg tak penah saya tengok makcik2 sblm ni tak buat,seperti menyerawang di sepanjang koridor,mop sepanjang koridor,berus karat2 kat tandas dan sbgnya..
kadang2 rasa kesian tgk makcik2 ni angkat sampah dr tgkt empat turun ke bawah..huhuk..rajin sungguh makcik2 ni.. Sampai ada satu hari tu,roomate saya ckp,mcm nk tlg angkat plastik2 sampah tu turun kat bawah,sbb kesian tgk makcik2 tu bwk.. masa tu roomate saya on the way pi klas....

Ada satu hari tu,dlm pkl 2.45 ptg,masa saya nkpi klas,makcik2 ni masih lagi buat keja,masa tu,sorang makcik tu sedang membuang sarang2 labah kat koridor di depan bilik saya,bila saya tgk makcik tgh buat keja di depan bilik saya,tak jadilah saya nk bukak pintu..bukan apa,rasa kesian dan simpati tgk makcik tu tgh buat keja wlpn dah ptg2 mcm tu..dedikasi betui makcik cleaner baru ni buat keja.. Tadi pun masa sya pi tandas untuk ambik wuduk,saya tgk sorang makcik tu tgh memberus karat2 kat tandas tu..

Saya dan kawan2 slalu bila lps mkn slalu ja cakap pasal sikap rajin makcik2 cleaner baru ni..bukan apa,kdg2 tu sampai petang pun buat keja lagi,yg mana waktu tu kita yg pi klas pagi pun dah balik ke bilik..

Apapun,sya dan kawan lain di sini,ucapkan tima kasih byk2 kat makcik2 ni,sbb, kerana depa semua,desa CG bersih,dan kerana dedikasi depalah,menjadi penyebab salah satu penghuni di sini dapat belajar dlm suasana yg baik..alhamdulillah..

Semoga kerajinan makcik2 ini menjadi ikutan kpd kita dalam setiap langkah kerja buat kita..insyaallah..dan smga kerja mereka mendapat ganjaran besar di sisi Allah S.W.T, insyaallah..

p/s: Rajin2kanlah diri dlm kerja buat kita dan dlm ibadah,semoga kita menjadi hamba Allah yg sentiasa bersyukur dan sentiasa dlm redhaNya..

...Marhamah Mokhtar...
...Meja study h34/338...
..11 Jan 2009..
..14 Muharam 1430 h..
..04:21 pm,Ahad..
..Usm,Penang..