Monday, September 21, 2009

Berkatilah Mereka Ya Allah…

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua, selautan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada kita sbg hambaNya untuk mengecapi kehidupan di atas muka bumi ini dan menyedut udara yg segar dan menikmati pemandangan yang indah milik Allah, tuhan sekalian alam. Seterusnya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w, ahli baitnya, para sahabat dan muslimin serta muslimat di atas muka bumi ini.amin…

Alhamdulillah, hari ni 16 Sept. 2009 merupakan hari ulang tahun kelahiran ayah saya yang ke-70, dan sebelum ini iaitu 26 Ogos.2009 merupakan ulang tahun kelahiran mak saya yang ke-60. Alhamdullillah, kedua2nya masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepada Allah S.W.T sebagai hambaNya, menjadi ibu ayah yang beriman, soleh lagi solehah, contoh tauladan kepada kami anak2, tok dan tokwan kepada cucu2 serta kepada keturunan penyambung generasi masa depan..InsyaAllah..

Alhamdulillah, kami sebagai anak2 Haji Mokhtar bin Mohamad dan Hajah Siti Rahmah bt Lateh, memanjat rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan kami ibu dan ayah yang soleh dan solehah, mendidik kami menjadi insan yang berguna, membekalkan kami ilmu dunia dan akhirat yang kukuh,memberikan kasih syg yang dilimpahi nur iman, sentiasa memberi redha kepada kami yang mana ianya membawa kepada redha Allah S.W.T, serta menjadi ibu ayah kebanggaan kami semua anak2 ayah dan mak seramai 8 org yg masih diberi kesempatan untuk menyedut udara dunia, serta 4 org lagi yang telah kembali menghadap Allah S.W.T.

Alhamdulillah, kami juga ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T dan syukran jazilan kepada mak dan ayah kerana membekalkan ilmu agama dan ilmu dunia dan juga sentiasa menitiberatkan ilmu agama kepada kami sebagai anak2.. Masih saya ingat,ayah dan mak sentiasa mengucap syukur kerana kami sebagai anak2 mampu membaca al-quran dgn baik, menjadi hafiz dan hafizah buat diri sendiri, ayah dan mak lah mengajar sendiri kami membaca Al-quran, mukjizat Allah ini, alhamdulillah.. Apa yg saya ingat, kami dibekalkan sebuah Al-quran setiap seorang. Dan apabila kami belajar di tempat yang jauh, ayah dan mak akan membekalkan pula Al-quran tafsir kepada kami. Ini semua adalah untuk membentuk kami sebagai hamba2 Allah yang lebih kuat dan sentiasa menjadikan Al-quran sebagai santapan rohani dan memahami maknanya dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian…alhamdulillah Ya Allah, kami sebagai anak2 merasa syukur yang tak terhingga atas kurniaan ini…

Kasih syg yg tak berbelah bahagi juga dicurahkan ke atas kami dan dgn penuh tanggungjawab serta amanah dalam menjalankan amanah Allah yg besar ini, iaitu mendidik anak2 menjadi insan yang berguna, berjaya dan bersyukur pada hari ini. Alhamdulillah3.Syukran mak dan ayah sebab melahirkan kami, mendidik kami, memberi kasih syg kpd kami anak2 kalian, dan berkorban segalanya serta sentiasa berdoa dalam setiap derap langkah kehidupan buat kami semua. Syukran jazilan3..

Ya Allah,jadikanlah kami semua anak2 yang sentiasa ingat akan jasa2 mak dan ayah kami, jadikanlah kami anak2 yang soleh lagi solehah,jadikanlah kami anak2 yg taat kepada mak dan ayah kami selagi ianya tidak melanggar syariatMu Ya Allah. Ya Allah jadikanlah kami anak2 yg mampu berbakti kepada kedua mak dan ayah kami, anak2 yg menyenangkan hati mak dan ayah kami dan anak2 sebagaimana yg dituntut olehMu Ya Allah…

Ya Allah,di bulan yg penuh barakah dan mulia ini, kami anak2 Haji Mokhtar bin Mohammad dan Hajah Siti Rahmah bt Lateh memohon dan kpdMu semoga berkatikanlah mak dan ayah kami, rahmatilah mereka, berikanlah kesihatan yg baik kpd mereka dan seterusnya berikanlah ganjaran pahala kepada mereka Ya Allah. Ya Allah, berikanlah kesihatan yg baik kepada mak dan ayah kami agar dapat terus beribadat kpdMu, dapat terus menegur salah dan silap kami dan seterusnya kami mohon kepadaMu, kumpulkanlah kami semua dlm JannahMu Ya Allah., amin ya rabbal a’alamin.

Selamat Hari Lahir Mak dan Ayah,semoga keluarga kita serta keturunan kita sentiasa diberkati Allah..amin..

~~Nukilan~~
~~Marhamah Mokhtar~~
~~ Anak ke-7 @ ke-11 dlm keluarga~~
~~Saujana 8.29 pg,16 Sept. 09~~
~~25 Ramadhan 1430H~~