Thursday, December 2, 2010

To Wanita Solehah : Amani

Activities : Lunch


Nasik ayam semarak,air milo dan air cincau
kat Cafe Semarak bersebelahan kedai buku USM.
Harga berpatutan. Sapa nk cuba boleh mai la..

Langkah : Alam baru selepas belajar




Pemisahan dua sisi kehidupan,transisi ke arah yg lebih cemerlang!!!

Wednesday, May 5, 2010

Bumi Minden-Slmt tinggal..sob..!sob..!sob..!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah tiga tahun berjuang,berlari ke sini dan ke sana dlm mengutip tinggalan ilmu para pejuang terdahulu, tanggal 2 Mei 2010, selesai sudah tanggungjawabku sebagai pelajar deggre di bumi minden ni..sob!sob!sob!. Dlm gembira,ada secalit duka,dan dlm sedih ada secalit rindu dgn tempat permainanku ini. Segala kenangan selama di sini,akan disimpan kemas dalam catatan perjalanan diari pengembaraku ini.Takkan ku lupakan dan akan ku ceritakan kepada generasi penyambung wakalah perjuangan nanti,inshaAllah.

USM,Bumi Minden tercinta,smga terus berjaya melahirkan pejuang-pejuang dan pemimpin yang adil lagi bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara. ChaiYYOOKKK!!!.

Sekadar itu catatan kali ni..

P/s: Esk (6/5/2010) bakalku melangkah pergi meninggalkan bumi minden ini, InshaAllah.

Marhamah Mokhtar,
Bumi Minden USM,
11.39 mlm,
5 Mei 2010.

Thursday, April 22, 2010

Sakit kepala!!!

Rupa 'Balm Pala'=D
Pernahkah anda sakit kepala? Mesti pernah kan? Erm, sakit kepala ni dah sinonim dengan diri ini sejak bila pun tak tahu. Asal silap makan je ataupun kdg2 tu tak silap makan pon boleh sebabkan kepala ni berdenyut2. Kdg2 makan daging, ikan bilis dan makan makanan yg laen pon boleh sebabkan sakit kepala.

Masa dok menulis ni pun tengah sakit kepala dan "Balm Pala" menjadi peneman setiaku bila sakit kepala menjengah. Mak, family dan kawan2 terutamanya ina,kak bai,ayu dan ami selalu jgk nasihat dan cakap itu ini.

(Dialog anak dan mak)

Mak : "ha..makan tu pantang sikit,daging2,maggie toksah dok makan sgt,tu yg buat sakit kepala tu.
Diriku : "ha'a..tapi bila rasa nk makan cek makan ja mak..sakit letak blkg..hehe" ( nada lawak)

(Dialog antara kawan)

Ina :" ha'a..hg tu makan tak pantang, dah tau daging klw makan penin,toksah la makan".
Diriku : "herm..ala aku lama jgk tak makan daging tu yang aku makan tu..

Tu la,ttg sakit kepala,sakit kepala yang sentiasa sakit + fenin fala exam lagi,bertambah2 la rasanya,hehe.. Apa2 la bha..ok..harap sume sihat..bha la ya

wasalam.
Marhamah..
Peneng..
1:50 ptg..

Wednesday, April 21, 2010

Exam- Sekolah kehidupan


Alhamdulillah,hari ni lepas satu paper, iaitu HIS 224 (munkahat) tapi..sob..!sob..!sob..!, masa tak bape cukup...!!!huhuk..ramai yg merungut cmtu. Ye la, tangan yg mnjawab ni tak benti tulih,benti minum ayaq skali jap ja tadi,tu pun sat bangat..huhuk, seminit ja rasanya. Yang laen tangan sumenya tumpu kpd menulis je..alhamdulillah.

Tapi dsbbkan masa tak bape cukup 2 soalan terakhir bagi setiap bahagian tu jawabnye ringkas2 leee...,tak nyempat dah,dok ligan masa yang tak benti bergerak. tapi apapun reda je..inshaAllah harap dapat gred yg baik, takutnye bukan ape, dah la kod subjek ni kod U, bahaya amat..huhuk..tapi inshaAllah..moga dapat gred yang baik..amin ya rabbal a'lamin..

Moga 2 paper seterusnye dapat jawab dgn baik dan sempurna..inshaAllah..ChaiYYOoKK Marhamah !!!


Marhamah..
Pulau Mutiara..
2:34 ptg..

Wednesday, March 17, 2010

Terjemahan: An-Nisa'

Firman Allah Taala di dalam surah an- Nisa’ ayat 3:


وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا

Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Tuesday, March 16, 2010

Diriku-menangis dlm diam saat terdengar dan melihat akan berita kehidupan...

Slmt malam daku ucapkan,
kepada sahabat rakan dan taulan,
mohon rahmat dan belas kasihan,
Daripada Allah yang Maha Ar-Rahman.
Satu, dua, tiga dan empat,
cantik, comey, segak dan comot,
bila hati sedih dan berselirat,
tiada apa yang mampu mengubat,
kembali kepada Allah hatiku terubat.
Sekian dulu pantun empat kerat,
bukan malas bukan juga tak larat,
tapi hati sudah berselirat,
kerna terkenang peristiwa yang melarat.



Luahan rasa. Diriku.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur Rasul untuk semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Jom pakat2 selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
mai semua sahabat-sahabat,
mai kita pakat-pakat SELAWAT,
untuk Nabi s.a.w penghulu umat,
moga kita semua mendapat rahmat.
Marhamah Mokhtar,
1.33 pg,
Pulau Pinang.

Tuesday, February 23, 2010

Dosa-Usah kita membuka ruang untuknya

Apa yg dapat difahami drp tajuk di atas?

Ya!!! maksudnya, jgn kita cuba membuka ruang dosa untuk diri kita atau diri org disekeliling kita.

Dalam hal ini, ruang dosa untuk diri sendiri adalah seperti melengahkan solat, tidak bersyukur dgn nikmat yg Allah SWT berikan dan segala mcm perkara yg boleh mendatangkan dosa kecil atau dosa besar. Membuka ruang dosa untuk diri sendiri seolah-olahnya kita menitikkan setitik dakwat hitam ke atas kertas yang berwarna putih. Dan juga kita sengaja menambahkan beban berat di atas 'bahu' tanggungjawab sebagai hamba Allah, dan juga menambahkan 'bakul' amalan buruk kita untuk diselak di hari kita dihisab. Mahukah kita melihat 'bakul-bakul'(catatan) amalan kita berat dgn dosa? Sudah tentu jawapannya TIDAK bukan?. Oleh sebab itu, tutuplah ruang dosa dan bukalah ruang pahala untuk kesenangan kita di sana dan jika ruang dosa itu kdg2 terbuka kerana memang adat kehidupan seorang hamba yang sentiasa lalai dan leka maka tutuplah kembali dgn Istiqfar dan mohonkanlah keampunan drp Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT maha pengampun.

Manakala maksud membuka ruang dosa untuk org di sekeliling kita pula adalah seperti kita marah jika kawan kita mengata kita. Mungkin juga, kita tak maafkan kesilapan org terhadap kita dan ianya mungkin juga tatkala kita berkecil hati atas sikap kasar dan sikap yg tak sepatutnya kawan kita buat terhadap kita serta yang seangkatan dengannya, yang mana perkara itu boleh mendatangkan dosa kepada org di sekeliling kita atas kurangnya kemaafan dan keredhaan hati kita terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Memang hati kita akan sakit apabila sesuatu yg kita tidak suka terjadi kepada diri kita dan agak payah untuk kita memaafkan kesalahan manusia lain terhadap diri kita. Tapi jika semua sama-sama memaafkan dan kurang berkira atas perbuatan manusia terhadap diri kita, maka kita telah menyumbang kepada tertutupnya ruang dosa org di sekeliling kita. Betul kan? Setuju? Saya SANGAT SETUJU walaupun hakikatnya amat susah untuk dipraktikkan. Dan mari sama-sama kita praktikkan supaya catatan amalan kanan kita lebih berat drp catatan amalan kiri kita. JOM!!!

Bukankah Islam mengajar kita supaya menyayangi saudara kita seperti kita menyayangi diri kita sendiri. Ingatkah kita bahawa umat Islam itu bersaudara? Setujukah kita klw saya katakan di sini bahawa jika umat Islam berperibadi mulia dan mengamalkan sifat mahmudah maka orang bukan Islam akan tertarik dgn keindahan Islam dan seterusnya Islam dipandang tinggi dan lebih ramai yang akan memeluk Islam?

Oleh sebab itu, apa nak ditunggu lagi, JOM!!! kita amalkannya supaya ruang dosa sentiasa ditutup untuk diri kita dan juga orang lain. InshaALLAH boleh..!!! Bantulah kami Ya ALLAH..amin.

Marhamah Mokhtar
5.15 ptg
Usm
Pulau Pinang.

Monday, February 8, 2010

Kehidupan-Kematian itu pasti ttp tua itu mustahil

Kata2 dia atas saya petik masa saya dgq ceramah agama di radio Kedah fm minggu lepas yang diucapkan oleh seorang ustaz yang saya terlupa namanya. Kata2 ini sangat terkesan dalam hati saya,dan setelah saya dgq saya berfikir sedalam-dalamnya dan cuba melihat dari sudut dunia hari ini.

Ya!,kata2 ini memberi makna yang mendalam iaitu, mati atau akhir hayat sesuatu yang hidup itu sudah pasti dan akan terjadi, ttp umur tua adalah mustahil bagi setiap makhluk yang hidup. Dalam konteks ini saya berbicara ttg manusia atau insan itu sendiri.

Erm, klw kita lihat dalam konteks kehidupan sekarang ini, kemungkaran yang berlaku sangat dahsyat dan menimbulkan ketakutan di hati. Seolah2 manusia atau insan itu sendiri sudah lupa akan kewujudan Allah SWT dan adanya hari penghisaban yang telah Allah sebutkan didalam Al-quran. Ini semua jika kita lihat drp segi fiel manusia itu sendiri yang yang suka2 sahaja mencari pasal dengan Yang Maha Esa. Tetapi itulah lumrah kehidupan diatas muka bumi yang memang begitulah yang Allah tetapkan iaitu, ada yang taat dan ada pula yang ingkar.

Berbalik kepada tajuk diatas, jika kita teliti dengan mendalam memang akan membawa kesan yang kepada hati dan fikiran. Itu bagi yang sedar dan menghayatinya. Klw kita lihat anak2 muda zaman sekarang, mashaAllah, apa yang dapat dilihat, kebanyakkanya leka dan lalai dengan keindahan dunia yang sementara (hubbundunya) dan jauh sekali dengan Allah. Jika kita tanya ttg solat, aduihh!!!, jawapan yang diberi selalunya berbunyi " Relax la,tua2 nanti baru la smbhyg.." . Dan ada juga yang saya penah jumpa, remaja yang sampai tak tahu untuk mengambil wuduk sekalipun umur sudah mencecah usia baligh dan sepatutnya arif berkenaan solat dan ibadah2 asas seperti ini. Yang hanya tahu, naik moto ke sana sini dan enjoy. Astaqfirullah..(Ya Allah, bukakanlah pintu hati anak2 muda yang sebegini, lembutkanlah hati mereka, limpankanlah nurMU dalam hati mereka Ya Allah..amin.).

Ya! kematian itu pasti, dan tua itu mustahil. Sangat betul dan tepat sekali. Betul sebabnya ramai yang telah mati dan ramai pula yang telah mati pada usia muda, dan tentunya belum sempat menjalani kehidupan tuanya. Oleh sebab itu, sebagai hamba Allah yang percaya akan Rukun Islam dan Rukun iman, jgnlah kita melengah2kan untuk melakukan ibadah kepada Allah, kerana kehidupan kita mungkin hanya setakat malam ni saja atau mungkin sehingga umur kita 30 tahun saja. Itu semua hanya dalam pengetahuan Allah. Oleh sebab itu, lakukanlah amal ibadah sekarang dan usahlah bertangguh2 sepertimana Allah telah sebutkan dalam Al-quran supaya kita tidak menangguh2kan kerja ke esok hari. Mungkin esok kita tiada lagi, dan saat ini merupakan saat terakhir kita di atas muka bumi. Insaflah dan bangunlah untuk mengingati Allah ketika berdiri atau ketika duduk, ketika bersendiri atau ditengah keramaian, dan dalam setiap detik denyutan nadi pinjaman Illahi.

Wahai diri, wahai hati, wahai imanku, ayuhlah!!!, gerakkan langkah menuju Allah SWT, persiapkan diri sebaik mungkin, kerana kematian itu pasti dan hidup hanya sekali. Tidak ada lagi selepas ini, melainkan akhirat yang kekal abadi, tempat balasan dan buku catatan amalan mula 'dibuka' Illahi. Menentukan kita ke syurga atau tempat yang amat ditakuti. Subhanallah..

"Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang hati ini sentiasa terpaut denganMu, dan jadikanlah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat buat kami semua. Amin ya rabbal a'lamin.

Marhamah Mokhtar,
11:34 mlm,
Usm,
Pulau Mutiara.

Saturday, February 6, 2010

Rasa-berbekas di hati

Moga kita tak ketemu lagi,
tetapi ukhwahnya tetap mengalir rapi...
InshaAllah, semoga Allah meredhai,
akan setiap inci tali persaudaraan ini...

Saturday, January 30, 2010

Nasyeed-Doa Seorang Kekasih

Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Wednesday, January 27, 2010

Munakahat- mengimbau nostalgia

Belajar Munakahat, menyebabkan diriku kembali mengenangkan impian dan cita-cita ku enam tahun yang lalu, sewaktu di ting.5, yg waktu itu, subjek Syariah, Al-Quran dan Sunnah dan Bahasa Arab menjadi kesukaanku. Memang subjek- subjek ini menjadi menarik kerana ia mudah bagiku untuk memahami disebabkan terdapat sulaman ayat al-Quran dan hadis yang dihubung jalin dengannya. Selain itu, bagiku ianya mudah difahami sebabnya ialah pengajian Islam amat dekat dalam kehidupan kerana agamaku juga ialah Islam yang syumul.

Antara asatizah yang mengajar subjek ini ialah Ustazah Masyitah, Ustazah Nur Azlin, Ustaz Bakar dan Ustaz Mohammad. Asatizah ini semua hebat belaka dalam menyampaikan ilmu kepada kami semua. Alhamdulillah.

Selepas tamat SPM, diriku bercita-cita untuk menjadi seorang pendakwah yang mana pada masa tu, Dr.Mashitah Ibrahim tengah 'hot' di medan dakwah. Apalagi, dialah menjadi idolaku pada masa itu. Aku suka dgn caranya dalam menyampaikan ceramah-ceramahnya dalam usaha menyedarkan masyarakat Islam supaya lebih menjadi umat Islam yang hebat dalam ertikata yang sebenarnya. Apalagi, semasa permohonan masuk ke universiti, jurusan-jurusan yang aku pohon semua seperti syariah, pengajian Islam, Usul Fiqh, bahasa Arab dan juga undang-undang.
Tapi memandangkan persaingan yang sengit dan mungkin belum rezekiku, jurusan-jurusan yang kupohon ini tidak berpihak kepadaku. Apapun aku redha dengan ketentuan Allah walaupun sedikit hampa.

Disebabkan minatku terhadap bidang agama begitu berkobar-kobar pada waktu itu dan juga sekarang ni, aku pernah menyuarakan hasrat hatiku untuk menjadi seorang penghafaz al-Quran kepada ayah, mak dan familyku. Semua ni juga gara-gara limpahan semangat bila melihat salah seorang abangku yang menuntut di Maahad Tahfiz Kuala Kubu Baru, dalam usaha bergelar hafiz al-quran pada masa tu (Alhamdulillah,sekarang abangku sudah bergelar hafiz).Tapi, ayah, mak dan familyku memberi pendapat bahawa, nak jadi hafizah ni kena betul-betul, tambah-tambah orang perempuan yang disebabkan fitrah kejadiannya yang unik, mungkin mudah lupa hafalannya. Ya la, bila hafal Quran ni, kita kena bagi betul-betul lekat di hati. Mengambil pandangan keluargaku, aku pun buat keputusan untuk tidak menjurus ke arah itu dan hanya menghafal surah-surah pilihan untuk amalan diri.

**********************************************************************************

Alhamdulillah bila belajar Munakahat la ni, memang best, sebabnya suka bila sulaman ayat Quran dan hadis yang sentiasa bersama-sama. Ya, Ilmu Allah itu sangat hebat. Untuk sesi atau kuliah-kuliah bahagian awal ni, ia dikendalikan oleh Dr. Hasanah yang memang menarik dan lawak dalam menyampaikan ilmu Allah ini. Antara tajuk yang dikupasnya ialah pengenalan sistem kekeluargaan Islam, perkahwinan sebagai asas sistem kekeluargaan....dan akhir sekali rukun dan syarat akad nikah. Kupasan yang menarik dan diselang seli dengan lawak-lawak spontan memang sangat menghiburkan kami semua..hihii. InsyaAllah, minggu depan kuliah Munakahat akan di sambung oleh Dr. Nizam dan seterusnya Dr. Jasni.

Bagi sesiapa yang berminat nak masuk kelas khasnya student USM untuk mendapat tambahan ilmu yang sangat berguna dalam kehidupan kita, boleh mai pada hari Selasa di Dewan kuliah A, dan hari Khamis di Dewan Kuliah T, kedua-duanya pada jam 10.00-11.00pagi.

InsyaAllah, semoga ilmu ini ini dapat membawa kita ke arah kehidupan yang lebih cemerlang pada masa depan..

Wasalam.

Marhamah Mokhtar,
8:11 pagi,
27 Jan 2010,
Usm, Pulau Mutiara.

Thursday, January 14, 2010

~Panduan Hidup~

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
(Al'Ankabuut : 64)