Tuesday, August 14, 2012

Puasa & Wang

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahlul bait dan seluruh para sahabat baginda yang dikasihi lagi disayangi.

Tajuk malam ni...iaitu puasa dan wang? Erm...ada apa ya?

Selalunya kita sering dengar puasa dan wang ini sinonim buat kanak-kanak yang baru belajar berpuasa. Bila mereka puasa maka ganjarannya yang selalu dijanjikan buat mereka ialah wang atau barang-barang kegemaran mereka yang lain. memberi wang adalah sebagai galakan buat mereka supaya rajin berpuasa dan dlm masa yang sama mendidik mereka bahawa berpuasa kerana Allah S.W.T.

Bagi kanak-kanak atau adik-adik kita puasa dan wang itu biasa. Tetapi bagaimana pula jika bagi orang DEWASA? Golongan dewasa yang  sama-sama mengharapkan wang apabila menjalankan ibadah puasa yang sepatutnya hanya mengharapkan REDHA ALLAH...

ALLAH....pernah pergaulan saya dgn rakan-rakan yang lebih muda daripada saya,pernah saya terdengar seorang rakan saya bercakap" haish...!!!!nak ponteng puasa tak boleh la...nanti cek abe(tunang) tak bagi duit la pulak,"

Saya pulak jawab "erm..mana boleh tinggal puasa la...kecuali uzur syar'ie.....

Dalam hati....saya berdialog ..Ya Allah...ada jgk macam ni....puasa bukan kerana mencari Redha Allah...tapi kerana perkara lain..mashaallah

Semoga kita tidak termasuk dlm golongan seperti ini. Dan didoakan semoga rakan-rakan kita seperti ini sedar akan hakikat sebenar sesuatu ibadah yang Allah syariatkan buat kita semua...

Wasalam..

Marhamah Mokhtar
11.07 malam/14 ogos 2012
Pk
Malam2 akhir ramadhan....


Thursday, August 9, 2012

Jom packing amal soleh banyak2

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua 

Alhamdulillah...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para ahlul bait serta para sahabat baginda sekalian. 

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini,tambah2 lagi dlm sepuluh akhir ramadhan jomla sama2 kita lakukan bnyak2 amal soleh utk kita 'packing'untuk dibawa ke alam akhirat sana. sebenarnya...klw kita buat banyak amal soleh,samaada solat,zikir,sedekah dan macam2 lagi amal soleh yg kita perlu dan boleh lakukan..sebenarnya..kita sedang 'packing'semua amalan tersebut untuk kebaikan diri kita semasa menemui Allah S.W.T nanti. 

Tapi sebaliknya, klw kita buat amal soleh sikit...maka kita sedang 'packing' skit saja amalan kita untuk dibawa mengadap Allah Klw macam tu apa tunggu lagi...jom kita 'packing' sebanyak mungkin amal kebaikan utk dibawa menemui Allah S.W.T di alam yg kekal abadi tambah2 dalam bulan yg penuh kemuliaan ini..bulan ramadhan al-mubarak.

Sesungguhya tiada istillah REHAT bagi seorang mukmin di dunia ini,kerana dunia adalah tempat kita untuk 'bercucuk tanam',manakala akhirat tempat kita menuai hasil 'tanaman' kita dunia dan tempat yg kekal abadi.

Marhamah Chosen
Jumaat 1.57 pagi 
Pk,Kedah 
Sambil tunggu smbahyg terawih dari Mekah.