Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur Rasul untuk semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Jom pakat2 selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
mai semua sahabat-sahabat,
mai kita pakat-pakat SELAWAT,
untuk Nabi s.a.w penghulu umat,
moga kita semua mendapat rahmat.
Marhamah Mokhtar,
1.33 pg,
Pulau Pinang.

Tuesday, February 23, 2010

Dosa-Usah kita membuka ruang untuknya

Apa yg dapat difahami drp tajuk di atas?

Ya!!! maksudnya, jgn kita cuba membuka ruang dosa untuk diri kita atau diri org disekeliling kita.

Dalam hal ini, ruang dosa untuk diri sendiri adalah seperti melengahkan solat, tidak bersyukur dgn nikmat yg Allah SWT berikan dan segala mcm perkara yg boleh mendatangkan dosa kecil atau dosa besar. Membuka ruang dosa untuk diri sendiri seolah-olahnya kita menitikkan setitik dakwat hitam ke atas kertas yang berwarna putih. Dan juga kita sengaja menambahkan beban berat di atas 'bahu' tanggungjawab sebagai hamba Allah, dan juga menambahkan 'bakul' amalan buruk kita untuk diselak di hari kita dihisab. Mahukah kita melihat 'bakul-bakul'(catatan) amalan kita berat dgn dosa? Sudah tentu jawapannya TIDAK bukan?. Oleh sebab itu, tutuplah ruang dosa dan bukalah ruang pahala untuk kesenangan kita di sana dan jika ruang dosa itu kdg2 terbuka kerana memang adat kehidupan seorang hamba yang sentiasa lalai dan leka maka tutuplah kembali dgn Istiqfar dan mohonkanlah keampunan drp Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT maha pengampun.

Manakala maksud membuka ruang dosa untuk org di sekeliling kita pula adalah seperti kita marah jika kawan kita mengata kita. Mungkin juga, kita tak maafkan kesilapan org terhadap kita dan ianya mungkin juga tatkala kita berkecil hati atas sikap kasar dan sikap yg tak sepatutnya kawan kita buat terhadap kita serta yang seangkatan dengannya, yang mana perkara itu boleh mendatangkan dosa kepada org di sekeliling kita atas kurangnya kemaafan dan keredhaan hati kita terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Memang hati kita akan sakit apabila sesuatu yg kita tidak suka terjadi kepada diri kita dan agak payah untuk kita memaafkan kesalahan manusia lain terhadap diri kita. Tapi jika semua sama-sama memaafkan dan kurang berkira atas perbuatan manusia terhadap diri kita, maka kita telah menyumbang kepada tertutupnya ruang dosa org di sekeliling kita. Betul kan? Setuju? Saya SANGAT SETUJU walaupun hakikatnya amat susah untuk dipraktikkan. Dan mari sama-sama kita praktikkan supaya catatan amalan kanan kita lebih berat drp catatan amalan kiri kita. JOM!!!

Bukankah Islam mengajar kita supaya menyayangi saudara kita seperti kita menyayangi diri kita sendiri. Ingatkah kita bahawa umat Islam itu bersaudara? Setujukah kita klw saya katakan di sini bahawa jika umat Islam berperibadi mulia dan mengamalkan sifat mahmudah maka orang bukan Islam akan tertarik dgn keindahan Islam dan seterusnya Islam dipandang tinggi dan lebih ramai yang akan memeluk Islam?

Oleh sebab itu, apa nak ditunggu lagi, JOM!!! kita amalkannya supaya ruang dosa sentiasa ditutup untuk diri kita dan juga orang lain. InshaALLAH boleh..!!! Bantulah kami Ya ALLAH..amin.

Marhamah Mokhtar
5.15 ptg
Usm
Pulau Pinang.

Monday, February 8, 2010

Kehidupan-Kematian itu pasti ttp tua itu mustahil

Kata2 dia atas saya petik masa saya dgq ceramah agama di radio Kedah fm minggu lepas yang diucapkan oleh seorang ustaz yang saya terlupa namanya. Kata2 ini sangat terkesan dalam hati saya,dan setelah saya dgq saya berfikir sedalam-dalamnya dan cuba melihat dari sudut dunia hari ini.

Ya!,kata2 ini memberi makna yang mendalam iaitu, mati atau akhir hayat sesuatu yang hidup itu sudah pasti dan akan terjadi, ttp umur tua adalah mustahil bagi setiap makhluk yang hidup. Dalam konteks ini saya berbicara ttg manusia atau insan itu sendiri.

Erm, klw kita lihat dalam konteks kehidupan sekarang ini, kemungkaran yang berlaku sangat dahsyat dan menimbulkan ketakutan di hati. Seolah2 manusia atau insan itu sendiri sudah lupa akan kewujudan Allah SWT dan adanya hari penghisaban yang telah Allah sebutkan didalam Al-quran. Ini semua jika kita lihat drp segi fiel manusia itu sendiri yang yang suka2 sahaja mencari pasal dengan Yang Maha Esa. Tetapi itulah lumrah kehidupan diatas muka bumi yang memang begitulah yang Allah tetapkan iaitu, ada yang taat dan ada pula yang ingkar.

Berbalik kepada tajuk diatas, jika kita teliti dengan mendalam memang akan membawa kesan yang kepada hati dan fikiran. Itu bagi yang sedar dan menghayatinya. Klw kita lihat anak2 muda zaman sekarang, mashaAllah, apa yang dapat dilihat, kebanyakkanya leka dan lalai dengan keindahan dunia yang sementara (hubbundunya) dan jauh sekali dengan Allah. Jika kita tanya ttg solat, aduihh!!!, jawapan yang diberi selalunya berbunyi " Relax la,tua2 nanti baru la smbhyg.." . Dan ada juga yang saya penah jumpa, remaja yang sampai tak tahu untuk mengambil wuduk sekalipun umur sudah mencecah usia baligh dan sepatutnya arif berkenaan solat dan ibadah2 asas seperti ini. Yang hanya tahu, naik moto ke sana sini dan enjoy. Astaqfirullah..(Ya Allah, bukakanlah pintu hati anak2 muda yang sebegini, lembutkanlah hati mereka, limpankanlah nurMU dalam hati mereka Ya Allah..amin.).

Ya! kematian itu pasti, dan tua itu mustahil. Sangat betul dan tepat sekali. Betul sebabnya ramai yang telah mati dan ramai pula yang telah mati pada usia muda, dan tentunya belum sempat menjalani kehidupan tuanya. Oleh sebab itu, sebagai hamba Allah yang percaya akan Rukun Islam dan Rukun iman, jgnlah kita melengah2kan untuk melakukan ibadah kepada Allah, kerana kehidupan kita mungkin hanya setakat malam ni saja atau mungkin sehingga umur kita 30 tahun saja. Itu semua hanya dalam pengetahuan Allah. Oleh sebab itu, lakukanlah amal ibadah sekarang dan usahlah bertangguh2 sepertimana Allah telah sebutkan dalam Al-quran supaya kita tidak menangguh2kan kerja ke esok hari. Mungkin esok kita tiada lagi, dan saat ini merupakan saat terakhir kita di atas muka bumi. Insaflah dan bangunlah untuk mengingati Allah ketika berdiri atau ketika duduk, ketika bersendiri atau ditengah keramaian, dan dalam setiap detik denyutan nadi pinjaman Illahi.

Wahai diri, wahai hati, wahai imanku, ayuhlah!!!, gerakkan langkah menuju Allah SWT, persiapkan diri sebaik mungkin, kerana kematian itu pasti dan hidup hanya sekali. Tidak ada lagi selepas ini, melainkan akhirat yang kekal abadi, tempat balasan dan buku catatan amalan mula 'dibuka' Illahi. Menentukan kita ke syurga atau tempat yang amat ditakuti. Subhanallah..

"Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang hati ini sentiasa terpaut denganMu, dan jadikanlah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat buat kami semua. Amin ya rabbal a'lamin.

Marhamah Mokhtar,
11:34 mlm,
Usm,
Pulau Mutiara.

Saturday, February 6, 2010

Rasa-berbekas di hati

Moga kita tak ketemu lagi,
tetapi ukhwahnya tetap mengalir rapi...
InshaAllah, semoga Allah meredhai,
akan setiap inci tali persaudaraan ini...