Tuesday, March 3, 2009

~~LAWATAN SAMBIL BELAJAR...~~


Kami (Fasi2 Kakusma)..

Guru2 pengiring sdg bermain congkak di muzium..


Para peserta sedang tekun mendengar ceramah yg disampaikan
Guru2 pengiring bersama2 para peserta
Slot ice-breaking dan muhasabah

Semasa di Muzium.

Majlis penutup (Penyampaian hadiah & sijil kpd para peserta)

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat sahabat-sahabat di luar sana. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberi ruang untuk kita beribadat di atas muka bumiNya ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi s.a.w,ahli baitnya,para sahabat baginda,serta muslimin dan muslimat di atas muka bumi Allah ini.

Alhamdulillah,kali ini saya ingin mencoretkan ttg lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar ke USM iaitu daripada Sek.Men.Keb.Sungai Kok dan Sek.Men.Keb.Kulim yang kedua-dua daripada daerah Kulim,Kedah. Adik-adik ini telah melawat USM pada 27 dan 28 Feb hari tu. Program ini ialah inisiatif student2 USM yg sedang membuat Latihan mengajar (LM) kat sekolah tersebut dgn kerjasama pihak sekolah masing-masing. Adik-adik ini terdiri daripada pelajar-pelajar form 5 dan form 6. Alhamdulillah, kedatangan pelajar-pelajar ini telah diuruskan oleh Kumpulan Anak-anak Kedah USM (KAKUSMA) yang mana ianya merupakan salah satu persatuan yang saya sertai. Alhamdulillah,lawatan ini telah berjaya diuruskan oleh KAKUSMA dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kekalutan dalam program tersebut,alhamdulillah..

Erm...di bawah ni,saya sertakan aktiviti yg telah diaturkan oleh KAKUSMA kepada adik-adik daripada kedua-dua sekolah ini.

27/2/09 (Jumaat)
11:30 pagi : Para peserta drp kedua2 buah sekolah telah sampai ke USM
12:00 tghari : Berkumpul di padang kawad,untuk mengambil makanan dan sbhgian peserta
diserahkan kepada kakak2 dan abang2 angkat yang terdiri drp MT,exco dan
p.exco KAKUSMA sendiri.
12-2:30 ptg : Berta'aruf dgn kakak2 dan abg2 fasi,makan dan solat zohor
2:30 ptg : Mendengar ceramah di Dewan Kuliah U,ceramah ttg syarat kemasukan
ke universiti dan kos-kos yang terdapat di USM.
5:00 ptg : Ke Dewan Tunku Syed Putra,untuk bersama-sama mendengar kuliah Hubungan
Etnik(SHE).
8:30 mlm : Sesi ice-breaking dan muhasabah diri.
12:30 mlm : Balik ke bilik masing2.
28/2/09,(Sabtu)
8:00 pg : Berkumpul di foyer DK U dan dibahagikan kpd 2 kumpulan,satu kumpulan ke
muzium USM dan satu kumpulan lagi ke library PHS 1
8:30-12 pg : Masa melawat ke tempat2 yg ditetapkan
12:00 tgh : Berada di Dewan Indah Kembara untuk sesi penutup dan acara makan-makan
2:00 ptg : Para peserta bertolak balik ke rumah masing2.

Erm..itulah antara tentatif program yang telah berjaya dijalankan alhamdulillah. Alhamdulillah, walaupun sedikit penat kerana terpaksa berjalan,tapi adik2 drp kedua2 buah sekolah dilihat begitu teruja,gembira dan puas dengan pengalaman baru mereka ini.

Pada sebelah malam sesi muhasabah iaitu pada malam sabtu,byk ilmu baru yang saya dapat dan juga buat adik-adik dan juga sahabat2 yang lain.Antaranya ialah berkaitan hubungan kita dengan Allah,ibu ayah,keluarga,sahabat2 dan alam ini sendiri. Malam tu juga,saya dapat lihat ramai yang berada dalam dewan tersebut terharu dan insaf dengan motivasi dan video2 yang ditayangkan. Alhamdulillah,saya berharap keinsafan pada malam itu dapat memberi inspirasi kepada setiap yg berada dalam dewan tersebut untuk membuat perubahan drp setiap sudut kehidupan,insyaallah..

Alhamdulillah,semua ini memberi pengalaman berharga buat para peserta,fasi2 termasuk saya sendiri...alhamdulillah..Semoga aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita semua esp. ukhwah dalam KAKUSMA ini sendiri,insyaallah...amin..
Sekian ....wasalam..

Disediakan oleh,
Marhamah Mokhtar..
Exco Kebajikan,Kerohanian dan Kerjaya..
KAKUSMA 08/09..
USM,Penang..
Selasa,1:00 Tghari..
3 Mac 2009..

No comments: