Friday, March 21, 2014

Rintihan sekeping hati#

Assalamualaikum...

Alhamdulillah wasyukrulillah..Allahumma sollia'la muhammad..

Tabahlah wahai hati,kerana ia bermula segalanya...sucinya hati maka indahlah kehidupan,kotornya hati maka musnahlah kehidupan.

Ya..cabaran pasti datang,kadang-kadang sehingga boleh menggoyah kesabaran dan tahap keimanan diri insan. Senyumlah walaupun hatimu galang,badanmu lesu bak pepohon yang kekeringan. Sabarlah dengan semua kerenah insan,kerana kau jua seorang insan,yang ditakdir Allah untuk diberi ujian.

Ya...pasti cabaran ada susah dan senang. Terimalah dengan seikhlas dan setulus kesabaran. Kerana setiap amalan pasti diberi ganjaran.

Sabarlah dan tabahlah wahai hatiku...
walaupun kesedihan dan darjah kesabaran sentiasa diuji..
Mengadulah pada yang Hak..
Allah tempat yang paling layak engkau mengadu wahai hatiku.

#Post kedua pada tarikh yg sama#

Marhamah..
10.54 mlm


No comments: