Saturday, March 14, 2009

~~SAMPAI DI SINI SAHAJA....~~

Tiada kata yg dpt kuungkapkan,
Hanya kesedihan yg mampu kuluahkan,
Semuanya gara2 terkejut dgn tindakan dan perbuatanmu insan,
Semua ini menyedarkan diriku ttg siapa aku di matamu insan,

Kesedihanku kali ini sgt mencengkam hati dan sanubari ini,
Setelah banyak kali kulalui situasi spt ini sebelum ini,
Tetapi kali ini hatiku merasa terlalu tawar dan sedih sekali,
Maaf..diri ini tak tahu sampai bila hati ini mampu dipulih kembali,

Sekarang,baru diriku sedar akan hakikat diri,
Hanya Allah dan keluarga yang paling dekat dihati,
Juga sahabat-sahabat dan buku-buku yang selalu menemani diri,
Syukran buat kalian yg terus menyokong diriku yg lemah ini,

Kini, aku telah pun memahami siapa yg dekat dihati,
Buatmu insan,syukran dan maaf buatmu,ikhlas daripadaku,
Kerana pernah mewarnai diari perjalanan hidupku sebelum ini,
Hanya setakat ini,itu yg mampu ku lakukan dan tekadkan dalam hatiku,

Hanya kepada Allah diri ini berserah,
Ku harap tiada lagi kesedihan dan janji yg akan ku langgari dlm situasi spt ini,
Buat masa ini,inilah tekadku dalam diri dan doaku kepada Illahi,
Insyaallah,semoga Allah mendengar dan memperkenankan apa yg ada dalam hatiku kini,
Harapnya hanya sampai di sini sahaja....

Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
Mac 14/09..
11:24 pm..
Usm..

No comments: