Termenung jauh Ana pada petang yang damai itu. Entah apa yang berada dalam fikirannya ketika itu,perkara apa yang membelenggu dirinya pada waktu itu,tetapi yang pasti, sudah dua tahun rupanya dirinya bergelar sebagai seorang mahasiswi iaitu sejak tahun 2007 dan bakal menamatkan pengajian sarjana mudanya pada tahun 2010. "Erm....subhanallah,tak sangka ya, sudah dua tahun aku kat U ni, tahun depan insyaallah dah nak grad, cepat sungguh masa berlalu.." Ya Allah..permudahkan jalanku, lorongkanlah jalanku ini Ya Allah..," katanya pada diri dan doanya pada Yang Maha Esa.
Sejak tahun keramat dirinya bergelar sebagai seorang mahasiswi, pelbagai ilmu yang dikutip dan ditimba olehnya. Tidak kira samaada didalam bilik kuliah ataupun dalam pergaulannya bersama kawan-kawan dan warga kampus yang lain. Tidak kurang juga pelbagai onak dan duri dan liku-liku kehidupan yang dilaluinya sepanjang tempoh tersebut dan setahun yang akan datang.
Masih segar di ingatannya, ketika hari pertama iaitu sesi pendaftaran dirinya sebagai seorang mahasiswa, dirinya ditemani mak, ayah, adik, dan seorang abang. Pada hari tersebut ayah dan emaknya sentiasa di sisi bagi memudahkan urusan pendaftaran kemasukan ke hostel. " Ayah,teman cek ya, nakpi kat khemah tu, kena daftar hostel dan ambik kunci bilik..," katanya pada ayah. Itulah antara dialog yang masih segar di ingatannya sehingga kini, yang mana dirinya memerlukan sokongan mak dan ayah dalam menyelesaikan semua urusan pada hari tersebut.
Tetapi, semua itu telah pun berlalu, dan kini telah pun hampir dua tahun dia bergelar sebagai seorang mahasiswi sebuah universiti tempatan di utara tanah air. " Cepat sungguh masa berlalu, dan harap-harap lepas ni boleh sambung master terus, insyaallah....," Ana bermonolog sendirian. Perkara itulah yang berada dalam perancangan dan juga merupakan tekadnya.
" Ok..hari ni, kita akan sambung topik utiliti sut berkurangan dan pasaran persaingan sempurna," ucap Prof. Amir yang merupakan pensyarah ekonominya. Ekonomi adalah jurusan yang diambil Ana ketika ini. Semuanya kerana minat yang mendalam dan juga galakan daripada seorang gurunya ketika di bangku sekolah. Maka, bidang ekonomilah yang sedang dihadapinya dalam bilik kuliah setiap hari sepanjang dirinya bergelar sebagai mahasiswi. Walaupun ada kalanya terdapat juga topik-topik yang kurang difahaminya, namun semua itu tidak mematahkan minatnya terhadap bidang ini dan dirinya selalu sahaja memohon kepada Allah supaya mempermudahkan urusannya. " Erm...macam mana nak guna formula ni ya..huhuk,aduh..susahnya...,"rintihnya. " YaAllah..permudahkanlah urusanku, permudahkanlah untukku memahaminya," pintanya kepada Allah..
" Erm...kak nak tanya ni...tauhid terbahagi kepada brape?Sapa tau, cuba terangkan," tanya kakak merangkap ketua usrahnya. Sebagai seorang mahasiswi, Ana tidak terlepas daripada terlibat dalam aktiviti seperti berpersatuan, usrah dan bermacam-macam acara yang dianjurkan di universiti. Teringat dirinya tentang usrah yang pernah disertainya pada tahun keduanya sebagai seorang mahasiswi. Ahli usrah terdiri daripada lima orang ahli iaitu kak Siti,kak Ti, As dan Na. " Aduh..rindunya usrah dulu,"rintihnya dalam hati. " Wah..!!! sedapnya mee goreng ni dan roti telur ni," manisnya buah rambutan ni..," " Ha...kek ni buat sendiri tau..,hehe..," "ye ke adik..? " betui la..tadi adik buat,tapi buat kat kedai mahasiswa la..hihihi..,"katanya apabila kakak-kakak usrah bertanya tentang kek yang dibawanya pada usrah terakhir mereka. Dialog-dialog inilah yang mengimbau kenangan dirinya semasa usrahnya satu ketika dulu. Sekarang Ana tidak lagi berusrah kerana kakak-kakak usrah ada yang sedang membuat praktikal dan dirinya pun membuat keputusan untuk tidak berusrah kembali dan begitu juga dengan dua sahabatnya yang lain. Ya Allah..rindunya diriku pada semua saat-saat itu dan rindu juga pada sahabat-sahabat yang pernah mewarnai kehidupanku sejak hari pertama dirinya bergelar seorang mahasiswi hinggalah sekarang.
Allahuakbar...Allahuakhbar... Terdengar suara azan maghrib berkumandang dari Masjid Al- Malik Khaliq." Lama sungguh aku termenung, sampai tak sedar maghrib dah pun masuk..," katanya pada diri.
Tetapi, sebelum Ana ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk, dia bertekad pada dirinya, lepas habis degree ni, insyaallah nak sambung master terus," katanya pada diri. Ana juga turut berdoa " Ya Allah, permudahkanlah jalanku, urusanku, ampunkanlah diriku, ibu bapaku,ahli keluargaku,guru-guruku, sahabat handai dan muslimin muslimat sekalian."
Setelah dia selesai berdoa, Ana pun melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri serta mengambil wuduk bagi sebuah pengabdian kepada Tuhan Rabbul Jalil.
Petang itu, dapat dilihat, seorang gadis mengimbau kembali sepanjang dua tahun dirinya bergelar mahasiswi dan azam serta perancangan masa depannya. Petang yang damai itu juga menyaksikan betapa gadis yang bernama Ana menjadikan Allah sebagai sebaik-baik tempat bergantung dan konsep tawakal yang diamalkan atas alasan dirinya sebagai hamba yang perlu kepada Pencipta dansebagai hamba yang lemah...
Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
24 Mac 2009..
Azan berkumandang..
7:33 minit malam..
Meja study, USM..
Pulau Pinang..
No comments:
Post a Comment