Monday, July 7, 2008

"SENJA YANG DAMAI"


Senja..
kau datang dan pergi,
dengan penuh qanaah dan rela hati,
demi mengikut perintah rabbul izzati,

Senja..
hadirmu membawa penyeri,
kepada jiwa insan sufi,
yang mencari kebahagian abadi,
di sebalik malam yang sunyi,
bagi mendapat cinta Illahi,

Senja..
kadang-kadang senjamu disalah erti,
oleh jiwa yang dikawal nafsu hati,
kerna di sebalikmu datangnya malam yang sunyi,
yang menerajui maksiat duniawi,
yang semestinya dilaknati Illahi,

Tetapi kau senja...
tetap datang dan pergi,
menuruti perintah Illahi,
kerana taat itu penting bagi setiap makhluk yang mencari cinta hakiki,

Walauapapun erti yang diberi,
namun kehadiranmu,membawa damai di hati,
bagi insan yang tahu menghayati,
setiap detik yang dinanti,
dalam perjalanan cinta menuju cinta hakiki,
yang diimpi oleh insan yang berjiwa sufi,
bagi mencapai makrifat tertinggi,
mendiami syurga firdausi,
mewangi dan kekal abadi..


Under property,
Faqirah Marhamah Mokhtar,
Jun 2008,
Kedah Darul Aman.


1 comment:

qarienupi said...

menyentuh hati

senja membawa malam yg sepi yg dinanti oleh mereka2 yg rindu saat 'kekasih'nya turun di langit bumi mendengar keluhan dan rintihan hati, juga rindu.