Monday, July 21, 2008

~~MAHA SUCI ALLAH~~

Laut,
tenang dan damai,
ombaknya memikul tebing dengan perlahan sekali di pagi yang damai ini,
melihat laut memberi kedamaian pada jiwa ini,
terdetik di hatiku,
ombak juga makhluk Illahi,
sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Ya Rabbi,

semakin jauh mataku melihat kebiruan laut,
semakin damai hatiku ini,
semakin kuat iman di hatiku ini,
meyakini bahawa tiada tuhan yang lebih agung selain Allah,
pencipta yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh isinya,
tercetus kalimah keramat,
Ashhaduallailahaillah..waashaduannamuhammadarrasullullah,
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
betapa Agung dan Mulianya Allah,
tuhan sekalian alam..

tetapi, walaupun seluruh isi alam telah tahu akan hal ini,
namun..ada juga insan-insan yang tak mengerti dan
tidak mentaati Allah,
bermula sejak zaman nabi Adam a.s hinggalah zaman nabi S.A.W,
mengingkari janji kepada Allah semasa di alam rahim,
bahawasanya akan mentaati Allah s.w.t,
inikah balasan kepada pencipta kita?

fikirkanlah wahai hati-hati yang tenang,
kembalilah kepada Allah,
tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
syukurilah nikmatnya,
tunaikan segala perintahnya,
dan jauhilah segala larangannya,
yang jauh drp Allah,kembalilah kepadaNya,
yang dekat dengan Allah,tambahkan amalan,
moga makin dekat denganNya,
ingatlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan hambanya,
pada setiap masa dan di mana jua,
oleh sebab itu,marilah kembali,
jiwa-jiwa yang suci kepada Allah,
moga dengannya kita beroleh,
ketenangan dan keberkatan hidup,
di dunia dan akhirat...
ameen......=)

Nukilan,

Faqirah Marhamah Mokhtar,
9.53 AM,
Perjalanan pulang ke kampung,
Jumaat..Penghulu segala hari,
18 Julai 2008..

No comments: