Wednesday, January 27, 2010

Munakahat- mengimbau nostalgia

Belajar Munakahat, menyebabkan diriku kembali mengenangkan impian dan cita-cita ku enam tahun yang lalu, sewaktu di ting.5, yg waktu itu, subjek Syariah, Al-Quran dan Sunnah dan Bahasa Arab menjadi kesukaanku. Memang subjek- subjek ini menjadi menarik kerana ia mudah bagiku untuk memahami disebabkan terdapat sulaman ayat al-Quran dan hadis yang dihubung jalin dengannya. Selain itu, bagiku ianya mudah difahami sebabnya ialah pengajian Islam amat dekat dalam kehidupan kerana agamaku juga ialah Islam yang syumul.

Antara asatizah yang mengajar subjek ini ialah Ustazah Masyitah, Ustazah Nur Azlin, Ustaz Bakar dan Ustaz Mohammad. Asatizah ini semua hebat belaka dalam menyampaikan ilmu kepada kami semua. Alhamdulillah.

Selepas tamat SPM, diriku bercita-cita untuk menjadi seorang pendakwah yang mana pada masa tu, Dr.Mashitah Ibrahim tengah 'hot' di medan dakwah. Apalagi, dialah menjadi idolaku pada masa itu. Aku suka dgn caranya dalam menyampaikan ceramah-ceramahnya dalam usaha menyedarkan masyarakat Islam supaya lebih menjadi umat Islam yang hebat dalam ertikata yang sebenarnya. Apalagi, semasa permohonan masuk ke universiti, jurusan-jurusan yang aku pohon semua seperti syariah, pengajian Islam, Usul Fiqh, bahasa Arab dan juga undang-undang.
Tapi memandangkan persaingan yang sengit dan mungkin belum rezekiku, jurusan-jurusan yang kupohon ini tidak berpihak kepadaku. Apapun aku redha dengan ketentuan Allah walaupun sedikit hampa.

Disebabkan minatku terhadap bidang agama begitu berkobar-kobar pada waktu itu dan juga sekarang ni, aku pernah menyuarakan hasrat hatiku untuk menjadi seorang penghafaz al-Quran kepada ayah, mak dan familyku. Semua ni juga gara-gara limpahan semangat bila melihat salah seorang abangku yang menuntut di Maahad Tahfiz Kuala Kubu Baru, dalam usaha bergelar hafiz al-quran pada masa tu (Alhamdulillah,sekarang abangku sudah bergelar hafiz).Tapi, ayah, mak dan familyku memberi pendapat bahawa, nak jadi hafizah ni kena betul-betul, tambah-tambah orang perempuan yang disebabkan fitrah kejadiannya yang unik, mungkin mudah lupa hafalannya. Ya la, bila hafal Quran ni, kita kena bagi betul-betul lekat di hati. Mengambil pandangan keluargaku, aku pun buat keputusan untuk tidak menjurus ke arah itu dan hanya menghafal surah-surah pilihan untuk amalan diri.

**********************************************************************************

Alhamdulillah bila belajar Munakahat la ni, memang best, sebabnya suka bila sulaman ayat Quran dan hadis yang sentiasa bersama-sama. Ya, Ilmu Allah itu sangat hebat. Untuk sesi atau kuliah-kuliah bahagian awal ni, ia dikendalikan oleh Dr. Hasanah yang memang menarik dan lawak dalam menyampaikan ilmu Allah ini. Antara tajuk yang dikupasnya ialah pengenalan sistem kekeluargaan Islam, perkahwinan sebagai asas sistem kekeluargaan....dan akhir sekali rukun dan syarat akad nikah. Kupasan yang menarik dan diselang seli dengan lawak-lawak spontan memang sangat menghiburkan kami semua..hihii. InsyaAllah, minggu depan kuliah Munakahat akan di sambung oleh Dr. Nizam dan seterusnya Dr. Jasni.

Bagi sesiapa yang berminat nak masuk kelas khasnya student USM untuk mendapat tambahan ilmu yang sangat berguna dalam kehidupan kita, boleh mai pada hari Selasa di Dewan kuliah A, dan hari Khamis di Dewan Kuliah T, kedua-duanya pada jam 10.00-11.00pagi.

InsyaAllah, semoga ilmu ini ini dapat membawa kita ke arah kehidupan yang lebih cemerlang pada masa depan..

Wasalam.

Marhamah Mokhtar,
8:11 pagi,
27 Jan 2010,
Usm, Pulau Mutiara.

No comments: