Assalamualaikum salam penuh motivasi dan salam kecemerlangan. Selamat berpuasa dan bertarawih diucapkan kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada..semoga ramadhan kali ini dapat menyuntik semangat kita untuk meningkatkan iman dan amal kepada Allah..insyaAllah..
Bila sebut bulan puasa ni,apa yg sinonim dgnnya ialah puasa,tarawih dan juga bazar ramadhan. Tapi apa yg saya nk highlight kan disini ialah berkenaan bazar ramadhan. Sepanjang bulan ramadhan yg telah berlalu beberapa hari ini,saya berkesempatan untuk pergi menjenguk2 dan membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar ramadhan RST,USM. Alhamdulillah,banyak gerai yang dibuka dan pelbagai juadah yang menarik dijual di bazar tersebut..
Antara juadah dan menu yang sempat saya lihat ialah spt nasik kerabu,murtabak,nasik ayam, roti john,mee goreng,kueteow goreng,dan pelbagai lagi. Dalam kategori kuih muih plk spt spera,karipap,popia kering dan basah,agar2 yg pelbagai rasa dan macam2 lagi. Untuk bahagian air plk ialah spt air kelapa muda@ayaq nyok muda,air jagung,air tebu,air cincau dan lain2. semuanya sangat menarik dan menyelerakan.yumMMM.....!!!yumMMM!!!yuMMMMM...!!! heh...
Seterusnya apa yg saya nak highlightkan lagi kat sini ialah berkenaan dgn proses membuat murtabak,menggoreng mee dan kueteow. Apa yg dapat saya lihat kat bazar ramadhan tersebut,sesetengah peniaga yang membuat murtabak,menggoreng mee dan koeteaw ini menggunakan telur yang tidak dibasuh dahulu sebelum digunakan.Sebabnya saya dapat lihat telur2 itu diambil dari bekas telur yg biasanya kita dapat semasa kita membeli telur dalam kuantiti yg banyak dari kedai2..ini menggambarkan tahap kebersihan yg kurang memuaskan.. dan tidak suci dalam proses penyediaan makanan..
Saya klw melihat keadaan ini,iaitu telur yg digunakan tidak dibasuh saya akan terus reject @ tak akan beli. Hal ini kerana,itu menggambarkan penjual itu pengotor dan tidak melambangkan halalan toyyiban menurut apa telah digariskan oleh Islam...sangat tidak bersih dan amat menjijikkan kerana mungkin telur itu masih mempunyai sisa tahi ayam yg melekat padanya..
Tapi di bazar ramadhan tersebut,terdapat sebuah gerai yg menjual murtabak yang amat laris. Hal ini kerana,mungkin murtabak yg dibuat oleh pakcik tersebut sedap.Tetapi apa yg penting, pakcik tersebut membasuh telur ayam yg mahu digunakan dalam menyediakan murtabak tersebut... alhamdulillah,masih ada kesedaran ttg kesucian dan kebersihan dlm proses menyediakan makanan...alhamdulillah..
Satu persoalan yg saya ingin bertanya di sini:
Apa pendapat anda ttg para peniaga yang tidak mementingkan kebersihan dan kesucian dalam proses menyediakan makanan seperti penggunaan telur yg tidak dibasuh seperti di atas? Dan apa yg perlu di ingatkan kepada golongan peniaga2 ini?
Sekian dulu coretan saya di bulan ramadhan yg mulia ini...
Sekian ...wasalam...
~~Marhamah Mokhtar~~
~~P.K,Pendang~~
~~4.42 ptg,28/8/09~~
2 comments:
Salam dik Mah~ :)
Lama sudah tak menyinggah kat sini. Wah.. dah jalan-jalan ke bazar ye. Akak sampai hari ni tak lagi ke bazar. Mungkin tak kot. Tahan diri untuk kata tidak pada makanan. Hehe.
Selamat beramal di Ramadhan yang berbaki k. Take care! *hugs*
W'ksalam kak reen..
Singgah2,singgah sahur..hehe..
Yup..mesti pegi punya bazar ramadhan..Tahan diri untuk kata tidak pada makanan? hehe, hanya tidak masa tak smpai lagi,bla dah smpai kat bazar hanya ucapan YAA!!! pada makanan ja yg kluaq.. hehe..
Apapun salam ramadhan dan salam aidilfitri kt kak erina....
~~Dk Mah~
Post a Comment