Saturday, February 21, 2009
~~RASA HATI SEORANG ANAK...~~
Ahhh....,sayu dan sedihnya rasa hati takala mendengar ayah atau emak menyuarakan tentang keadaan kesihatan mereka, "Erm...,rasa tak berapa sihat la hari ni,tak larat sungguh..!nak berdiri pun rasa tak kuat..." Kata-kata itulah yg pernah diungkapkan oleh ayah pada tghari sebelum sambil bersiap-siap ke masjid untuk solat Jumaat. Aku yang ketika itu sedang menonton TV bersama-sama adik dan seorang kakakku terus sahaja berkata,"Ayah...minum la sikit,baru kuat sikit nak berdiri,"kataku pada ayah. Ayah pula berkata," Ayah dah minum dah tadi,tapi taktau la,hari ni rasa tak sihat sungguh,tak larat nak berdiri..,". Aku pun berkata lagi,"Ayah..kadang-kadang memang ada masa kita rasa tak larat sangat,cheq pun pernah jugak rasa macam tu,"kataku lagi pada ayahku.
Setelah berbual seketika dengan ayah tersayang mengenai kesihatannya,ayah pun bersiap-siap dengan memakai jubahnya untuk pergi ke masjid bagi menunaikan kewajipannya sebagai Iman dan khatib pada Jumaat itu. Diriku yang sebentar tadi melekat di hadapan TV turut bergerak bersama-sama ayah menuju ke ruang tamu untuk melihat ayah pergi ke masjid. ( Itulah yang menjadi rutin kami adik-beradik iaitu melihat ayah dan emak pergi ke masjid pada waktu maghrib,dan kebiasaannya emak akan melambai tangan manakala ayah pula akan tersenyum melihat anak2 perempuannya di muka pintu rumah) "Bahagianya..rasa hatiku ini kerana memiliki keluarga yang bahagia seperti ini,alhamdulillah,syukur Ya Allah.." Aku terus melihat ayah menaiki motosikalnya keluar drp rumah dan melepasi pintu pagar rumah untuk ke masjid. Dalam hati aku merintih dan berdoa,"Ya Allah,berikanlah kesihatan yang baik kepada ayah dan emak,berikanlah mereka dapat melihat kejayaan kami anak-anaknya,Ya Allah,panjangkanlah umur mereka..Ya Allah..
perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah."
Setelah ayah pergi ke masjid,aku pun bergegas ke dapur untuk membereskan kerja yang belum diselesaikan. Di dapur,aku menyuarakan kebimbangan hatiku kepada emak yang ketika berada di dapur,"Ermm..mak,cheq risau la ayah dok cakap tak sihat tadi,"kataku kepada mak.. "Ermm...ayah buat keja berat kot pagi tadi,tu yang tak brapa sihat tu..,"kata mak pula.. Aku menyambung bicara lagi,"cheq ni dok fikir macam-macam yang pelik kalau ayah cakap mcm tu..,risau sungguh,"kataku lagi..Emak pula menambah,"Erm..biasa la tu,kita manusia ni,slalu fikir yang pelik-pelik,macam kalau sakit ja,kita akan fikir kematian..kan?,"kata mak lagi. "Ermm..ya lah cheq fikir macam tu la,astaqfirullahalazim..""
kataku pula.
Fikiran-fikiran macam itulah yang selalu bermain di mindaku apabila mak atau ayah menyuarakan tentang rasa tidak sihat mereka. Bukannya apa,hati dan diri ini sentiasa takut akan kehilangan mereka,walaupun semua itu pasti berlaku,hal ini tidak dapat dihalang oleh sesiapapun apabila Allah berkata"Kun fayakun" maka terjadilah..Dengan kata-kata Allah ini,tiada siapa pun yang dapat menghalang qadak dan qadarnya..
Alhamdulillah,setelah solat Jumaat selesai,aku bersyukur kerana ayah pulang ke rumah dengan selamat. Setelah itu,aku pun mengambil kesempatan bertanya ayah lagi.."Rasa tak sihat lagi ka ayah?,"tanyaku lagi.. Ayah pun memberitahu,"Ermm..,rasa tak berapa sihat la jgk,tapi rasa kurang skit drp tadi,alhamdulillah..." Alhamdulillah..syukur Ya Allah,doaku dalam hati,dan berikanlah kesempatan kepada ayah dan emak untuk melihat kejayaan kami anak-anaknya,dan semoga kami dapat terus berbakti kepada ayah dan emak..rintihku dalam hati.
Hanya kepadaMu Ya Allah diri ini meminta pertolongan dan segala kasih sayangMu sangat bernilai buat diriku sebagai hamba Ya Allah..
P/s: Berbuat baiklah kepada kedua bu bapa kita selagi kita mampu,dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diri kita,ibu bapa kita,kaum keluarga kita serta muslimin dan muslimat sentiasa dalam rahmat dan redha Allah..insyaallah.
Nukilan..
Faqirah Marhamah Mokhtar..
20/2/09..
10.15am,Jumaat..
Ds CG,USM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment