Friday, January 16, 2009

~~PERISTIWA SEMALAM~~


Dpt dilihat kegelisahan yg terpancar pd raut wajah gadis t'sbt,semuanya gara-gara SMS yg dihantarnya kpd seorg kakak yg disayanginya. Apa yg dibuatnya pd malam itu serba tidak kena gara-gara SMS yg berbunyi.."Salam,mulai hari ini,adik tak syg kakak lagi..huhuk.." yg dihantar kpd kakaknya pada senja semalam. SMS yg dihantarnya itu hanya suka-suka dan tidak bermaksud untuk melukakan hati kakak kesayangannya itu.

Seperti kebiasaan malam Jumaatnya,slps solat Maghrib,gadis itu akan membaca surah Yasin dan seterusnya menunggu untuk solat Isyak. Semasa menunggu masuknya waktu Isyak,fikiran gadis itu terfokus kepada kiriman SMS yang dihantarnya senja tadi. Oleh sebab SMS yang dihantarnya tak berbalas, gadis itu membuat keputusan untuk menghantar satu lagi SMS kepada kakaknya bagi tujuan meminta maaf dia atas kiriman SMS yang dihantarnya pada senja tadi.."ermm..baik aku taip dulu msg ni, and lepas smbhyg Isyak nanti baru aku sendkan...".

Setelah selesai solat Isyak dan dalam doanya gadis itu seperti biasa akan memohon keampunan, keteguhan iman dan bermacam-macam lagi permintaannya kepada Tuhan Rabbul Jalil. Antara doanya berbunyi.." Ya Allah, teguhkanlah imanku,pegangkanlah hati,jauhkanlah aku daripada kesesatan,ampunilah dosaku,dosa kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,sahabat-sahabatku,guru-guruku,dan muslimin dan muslimat sekalian . Ya Allah, ampunilah keterlanjuran hatiku,perbuatanku,pancainderaku,dan jauhilah aku drp azab api neraka,dan berikanlah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat," dan dalam doa tersebut gadis itu memohon dgn tulus hati di atas keterlanjuran kiriman SMS yang dihantarnya kepada kakaknya senja tadi. Hal ini kerana,dirinya merasa terlalu bersalah terhadap kiriman gimik SMSnya itu,sedangkan kakaknya memang baik kepadanya dan dia pun sebenarnya sayang kepada kakaknya itu...

Dan setelah selesai solat,gadis itu bertekad untuk menghantar SMS yang ditaipnya sebelum solat tadi,yang bertujuan untuk memohon maaf kepada kakaknya itu. Dan setelah itu,gadis itu memohon kepada Allah agar kakak kesayangannya itu membalas kiriman SMS yang dihantarnya itu dan sekaligus memaafkan kesilapannya.." Ya Allah..bagilah kakakku membalas SMSku ini dan memaafkan perbuatanku ini."amin..

Selepas beberapa ketika SMS itu di hantar dan juga tidak berbalas,gadis itu menjadi tidak keruan dan risau. Tetapi seperti malam-malam sebelumnya,gadis tersebut tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar iaitu mengulangkaji pelajaran atau study. Dalam pada itu,gadis itu bermonolog dengan dirinya.." Malam ni,aku nak study subjek ni la n nak bagi faham apa2 yg tak faham lagi..". Tetapi setelah dua muka surat dibacanya,hati dan fikirannya kembali terganggu dgn SMS yang dihantarnya senja tadi dan SMS keduanya selepas solat Isyak..yg bertujuan memohon maaf kepada kakaknya itu..

Setelah sejam SMS kedua yang dihantarnya,barulah SMSnya dibalas oleh kakak kesayangannya itu. Dalam SMS tersebut,kakaknya menghantar kata-kata yang membuat hatinya tersentuh... Dengan serta merta dia cuba menelefon kakaknya tapi tak panggilannya tak berjawab. Setelah itu, dia menghantar satu lagi SMS yang bertujuan memohon sekali lagi maaf kepada kakaknya dan ingin memberitahu sekali lagi bahawa SMS yang dihantarnya senja tadi hanyalah gimik sahaja...

Dalam masa dia menaip SMS itu,dia mendapat satu lagi SMS drp kakaknya dan dalam SMS itu berbunyi..."Jangan risau, kak tak marah pun,kak takdak crd tadi,ni baru topup,mengantuk n sgt letih sbb mkn ubat yg amik td,xdak hl,kak tau adik main2 ja:,) k,tke care ye syg..
Setelah menerima kiriman SMS itu,gadis tersebut pun mengSMS semula kakaknya dan dalam SMSnya dia berjanji tak akan buat lagi macam tu kepada kakaknya. Setelah itu, barulah gadis itu tenang dan terus menyambung studynya yang terganggu tadi gara-gara SMS gimik yang dihantarnya pada senja tadi.

Kini,gadis itu berjanji pada dirinya tak akan mengulangi perbuatan seperti ini lagi dan mengucapkan syukur pada Allah kerana memberinya seorang kakak yang baik dan penyayang.." Syukur Ya Allah..."

Dengan peristiwa semalam,kini,gadis itu yakin dan mengerti betapa ukhuwah yang terjalin sangat berharga buat dirinya,dan dia memohon kepada Allah,agar jalinan ukhuwah ini berkekalan dan diredhai Allah hingga ke akhir hayatnya..

Itulah...sebuah "peristiwa semalam" yang banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan dan jalinan ukhuwah suci dalam kehidupan ini.....

Nukilan...
Marhamah Mokhtar..
12:30 PM..
16/1/09.. bersamaan 19 Muharam 1430H..
Jumaat..
Dsa CG..
Usm,Penang..

5 comments:

Siti Rogayah Bahari said...

cak!!
hehe..pandainyer dia karang cerpen...=)
touching!

kak gayah pun syg dikmah...makasih byk2 tau atas ksh syg dikmah slama ni..
kak gyh punya batuk ni tak lega lagi..doakanla ya..
study molek..salam syg...

-kak gayah-

Marhamah Love Chosen said...

hehe..syukran..sja try asah bakat karang cerpen..nukilan dari hati n pglmn hidup..heh..

syukran kak gayah..syukran jgk atas ksh syg k.gayah slma ni..
moga kesihatan k.gayah sntiasa baik..risau jgk..lama jgk batuk kak gayah tu..ngajaq leklok tau...salam syg dan rindu..huhuk..

~DikMah~

Anonymous said...

ooooooooooooooooooooo hehehe-kak erah

Anonymous said...

salam.. ukhwah fillah..

=)
nice.. faham situasi siGadis itu..

hmm.. nacam kisah saya.. hehehe =)

http://zani-addrawani.blogspot.com

Marhamah Love Chosen said...

salam ukhwah kembali wani..
ya ka mcm kisah awak?...heh..kisah mcm ni slalu terjadi dlm hidup kita kan...?
erm...apapun syukran sbb sudi lawat n bg komen..singgah lagi ya..

salam ukhwah fillah=')